TERAS GESA SEMAK SEMULA POLISI BARU PETRONAS

Kenyataan Media TERAS
11 hb Februari 2013

TERAS mendesak kerajaan agar  polisi baru yang berkaitan dengan anugerah tender yang kini berjalan di bawah presiden dan CEO Petronas Tan Sri Dato’ Shamsul Azhar Abbas , disemak semula .

Walaupun CEO Petronas  tersebut ada menyatakan mahu melakukan reformasi besar dalam pengurusan Petronas , namun perubahan polisi yang menyisihkan syarikat tempatan dan syarikat bumiputera bukanlah perubahan yang dapat diterima.

Berdasarkan perkembangan terkini yang melibatkan penganugerahan konsesi Petronas kepada syarikat asing , peranan Petronas untuk meningkatkan penyertaan syarikat bumiputera dalam industri minyak dan gas kini terjejas.

petronas
Perubahan dari polisi yang asal kepada yang baru dalam Petronas jelas tidak memenuhi aspirasi Petronas untuk membantu membina keupayaan syarikat kontraktor tempatan terutama syarikat bumiputera untuk aktif dalam industri minyak dan gas.

Kami mengikuti perkembangan sebuah syarikat luar Technip yang telah membolot konsesi yang besar dari projek tanpa tender dan  tender tertutup Petronas sehingga banyak syarikat bumiputera yang dahulu dapat turutserta dalam industri hiliran minyak dan gas kini tersisih.

Kami amat prihatin bagaimana sebuah GLC gergasi yang merupakan agensi tulang belakang ekonomi negara kini semakin menyisihkan peranannya untuk membantu bumiputera untuk maju dalam industri berkenaan.

Kami mengesa bahawa kategori yang khusus untuk vendor bumiputera sepatutnya diteruskan , bukan membatalkan pelesenan yang biasa untuk penyertaan syarikat bumiputera seperti yang berjalan dalam polisi yang asal.

Petronas yang selama ini mengujudkan Program Pembangunan Vendor (VDP) tidak sepatutnya memberhentikan polisi ini malah harus diperkemaskan serta dikukuhkan.

TERAS tidak dapat menerima perubahan polisi dibawah kepimpinan Petronas kini yang memberi keutamaan kepada syarikat luar .

Kami dimaklumkan  Program Pembangunan Fabrikasi dihentikan untuk syarikat tempatan. Ini sangat bertentangan dengan dasar mengutamakan syarikat tempatan yang seharusnya diberi ruang dan peluang mengukuhkan keupayaan syarikat bumiputera .

Soalnya apakah syarikat luar terjamin mampu melaksanakan program fabrikasi yang belum tentu sempurna berbanding jika ia diberi kepada syarikat tempatan?

Ternyata kepimpinan Petronas sekarang yang tidak menjiwai perjuangan memperkasa syarikat Melayu untuk industri penting dalam negara ini akan menjejaskan matlamat memperkasa syarikat Melayu . Kepimpinan pengurusan Petronas dengan ini harus disemak semula.

Jawatan “Executive Vice President” (Exploration and Production Bussiness) hendaklah terdiri dari orang yang mempunyai pengelaman dan kemahiran dalam urusan industri minyak dan gas dikalangan kakitangan Petronas sendiri yang sekaligus memahami aspirasi Petronas.

Malah Pengarah Urusan dan CEO Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MMHE) milik negara yang bukan dari rakyat Malaysia seharusnya disemak semula kerana ada ahli professional tempatan yang layak untuk menjawat jawatan strategik tersebut.

Keuntungan MMHE dibawah CEO yang ada sekarang semakin menurun sejak 2 tahun kebelakangan ini , oleh itu pihak pengurusan atasan Petronas harus menjelaskan kenapa ini boleh berlaku .

Dominique De Saros  yang diberi jawatan CEO di MMHE sejak 1 hb Februari 2011 pernah memegang jawatan President Subsea dalam Technip sejak Oktober 2007.  Technip adalah sebuah syarikat asing berpusat di Perancis kini diberi keutamaan dalam semua tender tertutup dalam industri minyak di Malaysia melalui MMHE.

Syarikat Technip yang melibatkan bidang kejuruteraan , pembinaan dan perkhidmatan , bertaraf global ini terlibat dengan kes rasuah di Nigeria untuk mendapat projek bernilai USD 6 bilion . Ia didapati bersalah pada tahun  2010 oleh Securities and Exchange Commission US berkaitan dengan Foreign Corrupt Practices Act (FCPA)  .Technip terpaksa membayar USD 338 juta untuk menyelesaikan kes rasuah tersebut . Ia didapati merasuah pegawai kerajaan Nigeria sepanjang tempoh 10 tahun untuk mendapat kontrak.

Suatu siasatan oleh SPRM  dan Suruhanjaya Sekuriti Bursa Saham KL  terhadap semua tender MMHE yang diberi kepada Technip hendaklah dijalankan untuk mengenalpasti semada ada kepentingan peribadi terlibat dalam penganugerahan tender.

Kami berpandangan mereka yang menjawat jawatan kanan dalam pengurusan Petronas perlulah mempunyai komitmen yang tinggi untuk merealisasikan matlamat meningkatkan penyertaan syarikat Melayu dalam industri minyak dan gas. Pengurusan oleh warga asing tidak menjamin kepentingan bumiputera diutamakan seperti terbukti dalam perlaksanaan polisi baru yang kini sedang digunapakai oleh Petronas.

Pemberian konsesi kepada syarikat luar iaitu Technip yang dipersoalkan kepakaran dan rekod pencapaiannya adalah sangat dikesali. Bukan sahaja Petronas telah mengenepikan syarikat tempatan malah ia telah mengadai khazanah negara kepada syarikat asing.

Jikapun syarikat bumiputera tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi apakah pihak agensi yang berkenaan seperti PEMANDU dan MTEM tidak boleh membantu meningkatkan keupayaan mereka melalui pengawasan yang rapi.?

Pemberian lesen dan tender Petronas kepada syarikat tempatan sememangnya patut disaring dengan rapi tetapi kami berpendapat syarikat tempatan terutama syarikat Melayu tetap perlu diutamakan bagi memberi peluang kepada syarikat bumiputera untuk membangunkan kemahiran dalam sektor ini.

Kami yakin ramai anak Melayu yang sudah mampu mengendalikan operasi korporat gergasi seperti Petronas dan MMHE setelah sekian lama industri minyak dan gas bertapak di negara ini.

TERAS juga mengingatkan anak-anak syarikat Petronas di luar negara yang berpotensi besar dan memberi keuntungan tidak dijual dan digadaikan memandangkan peluang ekonomi diperingkat antarabangsa semakin mengecil untuk diterokai kembali.

TERAS menuntut supaya  Presiden/CEO Petronas mengambil perhatian terhadap isu-isu  yang dibangkitkan. Dasar membuka ruang kepada syarikat asing dan warga asing menguruskan industri minyak dan gas akan merugikan negara dalam jangka masa panjang.

Rakyat akan terus meletakkan tanggungjawab Ini kepada kerajaan jika wang Petronas dibolot oleh warga dan syarikat asing. Jika kerugian ini terus diselindung , rakyat akan menunjukkan amarahnya dalam Piliharanraya ke 13 akan datang.

Mohd Azmi Abdul Hamid.
Presiden TERAS

Dikirim dalam Minda Presiden
2 comments on “TERAS GESA SEMAK SEMULA POLISI BARU PETRONAS
  1. john_labu berkata:

    Aslm cikgu azmi/moderator, harap dapatkan saya email cikgu azmi utk saya dan kawan2 saya dr technip buat kenyataan balas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Februari 2013
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728  
%d bloggers like this: