BUKU TERBARU CIKGU AZMI ” RAKYAT CELIK POLITIK”

Analisis kritikal mengenai Rakyat dan tahap celik politik karya Cikgu Azmi Abdul Hamid Presiden TERAS Pengupayaan Melayu kini sudah terbit . Buku berjudul Rakyat Celik Politik  yang mempunyai 8 tajuk itu menghuraikan pandangan beliau melihat tren dan pemikiran rakyat yang melalui kemelut politik negara.

Secara kritikal beliau mengupas beberapa aspek mengenai kebangkitan rakyat dan juga hubungannya dengan kuasa dan mandat kuasa. Intisari dari huraian beliau menumpu kepada bagaimana rakyat harus memahami kuasa yang ada ditangan mereka .

524978_3994241309076_1577575613_n

Rangsangan yang sangat ketara dihuraikan ialah keperluan rakyat menjadi lebih sensitif dan lebih waspada ketika memilih pemimpin.Kematangan rakyat sangat didambakan memandangkan politik kini menjadi medan mencuri peluang untuk kepentingan peribadi. Walhasil rakyat sering menjadi alat untuk dijadi tangga pijakkan melonjak penghairah politik.

Dalam pandangan beliau yang tajam itu beliau mengurai betapa pemimpin mengambil mudah perasaan rakyat sehingga pilihanraya hanya menjadi kesempatan untuk menabur janji dan melaungkan retorika . Yang pasti nampaknya rakyat tidak mendapat pembelaan yang diharapkan. Sayangnya rakyat kerap mengizinkan mereka mengambil kesempatan.

Dalam pencerahan tulisannya , Cikgu Azmi mengamati “jalan pikir politik rakyat sangat merunsingkan” . Keresahannya ditumpahkan dalam tulisanya bila beliau menulis “Bukan kerana rakyat memang begitu pikirannya.Akan tetapi rakyat dikondisikan berpikir begitu. Jika rakyat dihamilkan oleh ibu yang takabur manakan tidak lahirlah rakyat yang berpikir gagap. Akibat kerap disergah bapak yang bengis maka jadi gagaplah rakyat yang digelar anak. Gagap untuk berkata yang benar . Gagap juga untuk menyanggah yang salah”.

Beliau berpendirian puncanya adalah bila rakyat membesar dengan asuhan naif dalam pikir politik. Katanya “atau juga memang berpikir politik yang sedia ada inilah yang bikin rakyat jadi seperti ini. Kerana tidak diajar berpolitik , tidak diajar ilmu hukum maka beginilah jadinya”.

Cikgu Azmi menganalisa dengan tajam bahawa hal ini sangat jelas , terlalu banyak persoalan yang terbeban keatas rakyat . Sebarang keputusan akhirnya rakyatlah yang menanggung natijahnya. Kerajaan boleh datang dan pergi. Tapi rakyat akan kekal berada di Negara ini. Keadaan kini  sudah menunjukkan secara cukup terang mengapa rakyat perlu mengambil sebuah sikap yang lebih kritikal dan lebih berwaspada terhadap pemerintah.

Cukup tegas juga pendirian  beliau bila menyaran agar rakyat perlu berani terutama bila rakyat bertemu wakil pemerintah. Tanyanya tahukah rakyat berbicara dengan berani. Tidak sedikit  kondisi dimana rakyat dalam kehidupan sehari-hari bertemu langsung dengan sikap tak senonoh para pembesar yang kita namakan wakil rakyat dan pegawai pemerintah.

Menyambung pandangannya “Sebab itu rakyat tidak sepatutnya hanya tahu menyebal saja . Terkadang rakyat hanya jadi  konyol dan tolol. Ini jenis rakyat yang sepatutnya tidak wujud lagi”.

Melihat keadaan begini Cikgu Azmi menyarankan “Rakyat  jangan lelah! Jangan berputus asa!  Jangan ada yang hanya puas dengan posting facebook setiap hari, padahal hasilnya tidak seperti yang diharapkan menyebabkan rakyat berpikir bahwa perlawanan seperti ini memang tidak perlu lagi.

Justru upayakan tambah dukungan ! Dukung secara nyata. Rakyat perlu relakan waktu dan tenaga .Berbaris bersama, tunjukkan identiti sebagai rakyat negara ini yang menghargai erti jiwa merdeka. Yang mahu menyahkan jiwa hamba. Yang mahu meninggalkan sebuah legasi rakyat benar-benar Merdeka dari semua , melainkan hanya kepada Allah Rabbul Jalil “.

Cikgu Azmi cuba menanam sikap berani dikalangan rakyat. Bahawa rakyat perlu berani menanggung risiko perjuangan tidak pernah tanpa beban. Beliau mengingatkan bahawa “Perlawanan tidak pernah tanpa risiko. Kita rakyat, dan kita selama ini yang menghadapi hidup hari per hari.Sementara mereka bergelumang dengan kekuasan yang menjadikan hidup rakyat seperti alas kaki”.

Sikap membisulah yang menyebabkan rakyat senang diperalat. Lantaran itu beliau menyeru “Jadi, rakyat perlu mengizinkan diri untuk tegas bersuara! Risiko bersuara lebih kecil dari risiko membiar generasi mendatang menanggung petaka akibat penguasa yang curang dan pincang”.

Persoalan semasa yang merunsingkan beliau ialah bila tumpuan berlebihan diberi kepada pilihanraya. Sehingga terlupa bahawa keperluan rakyat adalah keutamaan. Lebih parah ialah bila rakyat digula-gula dengan menabur wang. Sedangkan sepatutnya ahli politik memilikki kejujuran membenteras penyelewengan , menghapuskan kepalsuan dan memerangi pengkhianatan.

Disini Cikgu Azmi menitip pandangannya bahawa “Sesungguhnya menang pilihanraya bukan bererti menang dalam kepimpinan. Memegang jawatan politik belum boleh dianggap pemimpin sejati. Ada yang lebih tinggi dari kepimpinan politik. Ia adalah kepimpinan budaya. Persoalan yang menjadi asas adalah memimpin rakyat dengan matlamat yang lebih mulia dari hanya meraih undi rakyat. Akan tetapi adalah untuk mengangkat budaya hidup rakyat dari kondisi pasif kepada situasi dinamis dan aktif”.

Beliau tidak menafikan sememangnya kuasa amat penting. Dengan kuasa perubahan dikatakan boleh berlaku. Namun kuasa adalah mandat . Mandat perlu kepada kepercayaan  dari rakyat. Dalam demokrasi cukup bilangan majoriti disahkan sebagai mandat. Akan tetapi ada hal lain yang perlu diperkirakan . Rakyat perlu kejujuran politik lebih dari kehendak politik. Lebih dari sekedar kemenangan politik kepartian . Inilah yang nampaknya didambakan. Namun dilupakan.

Tidak sedikit kekecewaan rakyat yang telah disuara dan diterjemahkan dalam aksi dijalanan. Mengambil iktibar dari pelbagai kebangkitan rakyat di Latin Aemerika dan di Asia Barat , politik bukan lagi urusan parti politik semata. Rakyat maseh mengidamkan kejernihan dalam budaya politik dikalangan para aktivis politik. Kini terlalu jelas bahawa selepas lebih setengah dekad kemerdekaan dicapai , berpolitik dalam ertikata menunaikan hak dan mendidik rakyat dengan nilai dan aspirasi kenegaraan maseh jauh.

Celik politik bermula dari celik hak. Manakala celik hak berputik dari kesedaran mendalam terhadap tanggungjawab. Tanggungjawab menentukan masa depan generasi kini dan generasi masa akan datang. Rakyat sedar hal ini , tetapi budaya politik yang berputar dalam tangan ahli politik telah mencorakkan fikiran politik yang bercelaru dikalangan rakyat. Pemikiran politik yang bersifat kepentingan diri , bukan lagi politik merakyat. Sikap politik yang tertumpu kepada kepartian , bukan kepada rakyat terbanyak. Walhasil , rakyat menjadi alas untuk diinjak , bukan menjadi tunjang politik. Selanjutnya politik kekuasaan mengambil tempat dominan sehingga kepentingan rakyat menjadi sekunder.

Inilah sebabnya politik kekuasaan tidak boleh berpisah dari politik keagamaan kerana pada asasnya politik adalah “min a‘zam wajibat al-din” (satu kewajiban agama yang utama).

Komen admin temanteras.wordpress.com

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Februari 2013
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728  
%d bloggers like this: