MAPIM GESA TANGANI ISU PENCEROBOHAN DENGAN CARA PERUNDINGAN

Kenyataan Media MAPIM
5 hb Mac 2013

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa agar kedua – dua pihak iaitu antara pihak yang menuntut dan pihak keselamatan  kerajaan Malaysia menghentikan serangan.

Dengan terbunuhnya beberapa orang dari kedua-dua pihak keadaan berpotensi untuk berpanjangan .

Kami yakin ada pendekatan damai untuk berunding agar tuntutan dari pihak penceroboh boleh diperjelaskan agar persepakatan boleh dicapai.

mole-LAHAD-DATU-STANDOFF-3

Kami mendapati sikap keras yang diambil oleh pihak penceroboh adalah apabila jalan perundingan telah ditutup kerana pihak keselamatan hanya memberi kata muktamad dengan memberi amaran serah diri atau hadapi tindakan keras .

Kami sangat kesal dengan pertumpahan darah yang telah berlaku. Kepada keluarga mereka yang terkorban kami menyampaikan takziah.

Kami mengesa pihak kerajaan Malaysia dan Filipina tidak menutup terus jalan perundingan kerana keadaan yang semakin rumit akan menjadikan krisis ini berpanjangan jika pertempuran berterusan.

Perundingan untuk mengendurkan serangan hendaklah diusahakan kerana dikhuatiri akan berlaku situasi saling membalas serangan yang bakal menjalar ke kawasan lain seperti yang berlaku sekarang ini.

Kami kesal berita angin yang kini berlegar sehingga menegangkan suasana. Pihak media perlu memastikan semua maklumat disahkan agar tidak berlaku spekulasi yang akan menjejaskan keamanan awam.

gf

Sekarang bukan masanya untuk saling tuduh menuduh kerana keadaan yang tegang ini perlu ditangani terlebih dahulu.

Kami kesal media mengambil kesempatan untuk melempar tuduhan kepada pihak tertentu hanya bertujuan untuk mencemar dan memburukkan keadaan. Dengan hanya mencedok dari sumber yang tidak sohih dan cuba membayangkan seorang itu terlibat sebagai dalang adalah suatu tindakan tidak bertanggungjawab dan berniat jahat.

Kami mengesa rakyat jangan dikelirukan dari isu yang sebenar dan mereka yang terlibat dalam tuntutan tersebut perlu diberi fokus agar perundingan dapat dilaksanakan segera.

Kami menerima isu kedaulatan sempadan negara yang tidak boleh dikompromikan akan tetapi jika isu ini ditambah rumitkan lagi dengan fakta yang tidak sahih keadaan akan bertambah buruk.

Jika perundingan dapat dilakukan dalam kes krisis antara pejuang Moro demgan kerajaan Filipina , kami tidak nampak kenapa hal ini tidak boleh dilaksanakan dalam kes yang tercetus di Lahad Datu.

Perundingan betapa lama pun ia perlu diadakan tetap merupakan cara yang lebih baik dari mengistihar perang. Lantara itu tidak ada jalan lain yang seharusnya menjadi pilihan selain dari mengadakan perundingan .

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “MAPIM GESA TANGANI ISU PENCEROBOHAN DENGAN CARA PERUNDINGAN
  1. JIWA HAMBA berkata:

    Reblogged this on .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Mac 2013
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: