10 PERKARA USULAN Sempena Mesyuarat Perancang Panitia Persiapan Muzakarah Ulama

Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)
&
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
untuk

Dewan Perancang Panitia Persiapan Muzakarah Ulama (DP3MU)
16-17 Rabiul Akhir 1434 / 27-28 hb Februari 2013
Banyuasin , Sumatera Selatan, Indonesia

Muqaddimah

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” (Maksud Surah al-Nisa’(4):59).

“Mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka turutlah olehmu (wahai Muhammad) akan petunjuk mereka; Katakanlah: “Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai petunjuk (Al-Quran yang aku sampaikan) itu. Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk alam seluruhnya.” (Maksud Surah al-An’am (6):90).

318220_542615759104626_803319435_n

# Menginsafi peranan Ulama adalah kesinambungan tugas nubuwwah menyebarkan Risalah Dinullah dan merealisasikan Iqamatuddin .

# Menyedari Ulama boleh berperanan lebih berkesan dengan melengkapkan diri dengan kefahaman terhadap maklumat dan kemahiran terkini dalam berkomunikasi serta mengikut perkembangan semasa status umat Islam diseluruh dunia.

# Meyakini bahawa para ulama di rantau Melayu boleh berperanan besar dipentas dunia , lantaran itu harus menyertai secara aktif gerakan ulama antarabangsa untuk menyumbang kepada mempertahankan izzah Islam dan mengembleng umat diseluruh dunia bagi mengenengahkan demi mengarusperdanakan syariat Islam dalam kehidupan umat bernegara.

# Menyedari keperluan ulama ketika mengeluarkan pendirian mengenai pelbagai isu pokok umat Islam hendaklah bermuafakat agar dapat memberi respon yang lebih padu dan mengelakkan kekeliruan dikalangan umat .

# Berpendirian Ulama rantau Asia perlu digembleng terlebih dahulu dalam proses membina jaringan ulama sedunia

SHURA dan MAPIM berpusat di Malaysia mengusulkan;

1. Muzakarah Ulama yang dicadangkan bergerak untuk siap menganjurkan Muzakarah Ulama SeDunia hendaklah terlebih dahulu memantapkan jaringan ulama seAsia. melalui proses komunikasi , menghantar delegasi dan berdialog dalam pelbagai isu umat . Menjaring ulama ditingkat Asia harus di bahagi kepada :

1.1 meja Asia Timur
( Jepun , Taiwan , China , Korea , Taiwan , Mongolia )
1.2 meja Asia Tenggara
( Indonesia , Malaysia , Singapura , Brunei , Filipina , Thailand , Kemboja , Vietnam , Laos , Myanmar )
1.3 meja Asia Selatan
( Afghanistan Pakistan , Bangladesh , India , Sri Langka , Nepal , Maldives)
1.4 meja Asia Oceania
( Australia , New Zealand , Fiji …)
1.5 meja Asia Tengah
( Kazakhstan ,Kyrgyzstan ,Tajikistan,Turkmenistan ,Uzbekistan Russia )
1.6 meja Asia Barat (Armenia,Yerevan,Azerbaijan,Bahrain,Cyprus,Georgia,Iran,Iraq,Israel,
Jordan,Kuwait,Lebanon,Oman,Palestine,Qatar,SaudiArabia,Syria,Turkey,U.A.E.,Yemen)

2. Sebuah jaringan ulama yang fungsional , terorganiser dan berdaya aktif semada secara individu mahupun secara organisasi yang berasaskan perkongsian informasi perlu diujudkan.dengan tahap professionalisme yang tinggi

3. Analisa status dan realiti umat harus dibentang dan dikemaskini dengan tujuan memberi fokus yang betul dan tepat untuk memungkin ulama mengeluarkan pendirian dan tindakan yang tepat . Suatu daftar rekod Kualiti Hidup umat perlu didokumenkan sehingga menjadi garis panduan untuk ulama bertindak dan melancarkan pengangkatan martabat hidup yang lebih layak tutama dalam status sosio-ekonomi.

4. Melengkap informasi semasa melalui pengujudan sebuah Markaz Informasi Ulama yang bertindak sebagai Pusat penyebaran maklumat terkini mengenai pelbagai isu umat diseluruh dunia dan merakam geraktindak ulama untuk respon kepada isu yang muncul.

5. Mengujudkan Kumpulan Kerja Ulama pelbagai bidang yang mampu mengumpul dan menganalisis isu terkhusus serta mengeluarkan rekomendasi yang sesuai untuk mengangkat suara ulama dalam isu berkaitan :

5.1 Pendidikan
5.2 Ekonomi
5.3 Sosial
5.4 Politik dan Urus tadbir
5.5 Pembangunan dan Prasarana
5.6 Kualiti Hidup
5.7 Kemiskinan
5.8 Kesihatan
5.9 Alam Lingkungan dan Pengurusan Sumber Bumi
5.10 Media Massa
5.11 Sains dan Teknologi

6. Muzakarah Ulama perlu respon segera terhadap pelbagai isu umat Islam minoriti yang tertindas. Kini yang segera harus diberi perhatian ialah isu Rohingya di Myanmar. Suatu kempen pengemblengan kebangkitan umat oleh ulama untuk membela umat Islam Rohingya perlu digerakkan sekurang-kurangnya dalam dua kerja segera : Bantuan kemanusiaan dan desakan agar Negara OKI menekan pemerintah Myanmar menghentikan kezaliman ke atas umat Islam Rohingya atau menghadapi konsekwuansinya.

7. Muzakarah ulama perlu menyusun kerja mengujudkan perhubungan dengan kepimpinan umat Islam dipelbagai belahan dunia , lokal , regional dan internasional bermula mengumpul informasi untuk merangka sebuah direktori pelbagai gerakan ulama sedunia di setiap negara.

8. Ulama harus siap memahami konsep dan praktik siyasah Islam serta turut terlibat membawa perubahan dalam proses rakyat memileh pemerintah agar berusaha menjadikan model uruskelola pemerintah Islam yang praktis sebagai pilihan .

9. Menganjurkan Muzakarah Ulama Asia pada 2014 dengan tema yang
dicadangkan seperti berikut :

9.1 Pengelolaan Kenegaraan yang baik Menurut Perpsektif Islam

9.2 Ciri- ciri Kepintaran dan Kemahiran Di zaman Mutaakhir Yang diPerlukan dalam Sistem Pendidikan Islam.

9.3 Pengelolaan dan Pengagihan Hak , Pengurusan Kebebasan untuk Mengangkat Martabat Rakyat

9.4 Pencerobahan Hak Asasi Islam dan Hak Asasi Minoriti Islam

9.5 Ulama , Pembangunan dan Pemurnian Politik dalam Negara umat Islam.

9.6 Perancangan Musuh Islam dalam pelbagai medan dan ruang cakupan serta kesan kepada Umat Islam.

9.7 Masalah umat Islam Syria – peranan ulama dan Umat

9.8 Media sosial – impak pedegogi , kebudayaan , ekonomi dan politik ummah.

9.10 Teknologi informasi ,media baru dan peranan ulama

9.11 Peranan Ikatan Universiti Islam dalam membangun Ulama dan Intelektual kontemporari ( Universiti Insaniyyah Malaysia sebagai teras global Islamic University)

9.12 Merangka Manifesto Umat – Memenuhi Hasrat Umat dalam Parti Politik setempat

9.13 Sejarah Gerakan Ulama Indonesia – cabaran dan prospek masa depan

9.14 Jalur gerakan ulama Malaysia – prospek masakini dan masa depan.

9.15 Sejarah Persatuan Ulama Palestin – sejarah dan masa depan ( dan lain-lain )

9.16 Peranan Persatuan Ulama seDunia – Menyelaras kegiatan ulama al ummah

9.17 Peranan Ulama Iran – suatu penilaian

9.18 Laman web Fatwa Ulama dan peranan menyelesaikan kemelut mutaakhir syariat dan perundangan.

10. Mengusahakan Rangkaian Media Ulama yang efektif untuk menyebarkan pandangan dan pendirian yang berwibawa dalam pelbagai isu umat.

Ustaz Abdul Ghani Samsudin
PENGERUSI /Ketua Umum SHURA

Haji Mohd Azmi Abdul Hamid
PRESIDEN/ Ketua Umum MAPIM

Haji Amin Menjamin
Jawatankuasa lembaga tertinggi SHURA-Thailand

Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman
Naip Presiden MAPIM

Haji Mohammad bin Ibrahim
Pengerusi TERAS Negeri Selangor , Malaysia

Ustaz Jamal Abdul Nasir bin Ahmad
Ahli Lembaga SHURA ( Kemboja )

Haji Zain bin Mahmud
Wadah Pencerdasan Ummah , Kedah , Malaysia

Ahmad Afif Zuhdi bin Ahmad Zaki
Angkatan Belia Islam Malaysia , cabang Kedah

 

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Mac 2013
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: