KEBERGANTUNGAN MELAYU , SENJATA UMNO BERKUASA

Kenyataan Media TERAS
13 hb Mac 2013

TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS) menegaskan bahawa pendekatan kerajaanlah selama ini yang telah menanam mentaliti kebergantungan Melayu kepada kerajaan dalam ekonomi.

Pandangan  bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam  yang menekankan orang Melayu mesti ada semangat juang tinggi dan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan adalah tepat.

subsidi_thumb

Akan tetapi beliau harus juga akur betapa pelbagai pendekatan kerajaan yang diterajui oleh UMNO telah menyebabkan orang Melayu terus hidup bergantung . Sebabnya , keghairahan UMNO supaya orang Melayu jangan bergantung kepada pihak lain.

Sebagai natijah , akibat indoktrinasi Melayu hanya boleh bergantung kepada UMNO , mentaliti kebergantungan terus kekal sehingga kemajuan ekonomi orang Melayu dikongkong hanya dikalangan kelompok elit orang-orang UMNO .

Musa tidak boleh menafikan mentaliti Melayu bergantung kepada kerajaan yang diterajui UMNO sangat ketara sehingga tender kecil seperti menjadi pembekal makanan diprogram awampun disyaratkan perlu ada pertalian dengan UMNO.

Akibatnya orang Melayu terus bergantung kepada kerajaan kerana kuasa pemerintahan UMNO sangat bersandar kepada orang Melayu yang bergantung kuat kepada kerajaan.

Kami juga berpendapat untuk memungkinkan orang Melayu tidak terlampau terbelenggu dalam sindrom ‘inferiority complex’ , kerajaan perlu merubah pendekatan yang mengikat orang Melayu.  Pendekatan yang memanjakan orang Melayu dengan subsidi secara berpanjangan telah mengakibatkan kreativiti dan sikap hidup berdikari terbantut.

Sindrom tidak boleh berjaya jika tidak mendapat sokongan dari kerajaan , secara sengaja ditanam kerana hanya dengan cara ini , slogan ” jika tidak ada UMNO orang Melayu akan ketinggalan ” dapat diperkukuhkan.

Ini bermakna penyakit asas orang Melayu yang terlampau bergantung kepada kerajaan adalah minda yang ditanam sendiri oleh kerajaan . Untuk maju dalam perniagaan perlu bergantung kepada tender kerajaan yang hanya boleh diperolehi jika mendapat sokongan dari pemimpin UMNO.

Kami mendapati hanya sebilangan kecil usahawan Melayu yang berjaya tanpa bergantung kepada kerajaan kerana mereka berpendirian bahawa terlalu banyak budaya rasuah yang diamalkan dalam UMNO untuk mendapat tender dan lesen .

Mereka bebal dengan sikap kerajaan yang menyebabkan kemajuan ekonomi dikawal ketat oleh orang politik dalam kerajaan yang diterajui UMNO.

Hakikatnya psikologi keberganungan orang Melayu sehingga sekarang maseh disemai . Malah dalam keghairahan mendapat sokongan undi orang Melayu , pihak pemerintahan menabur wang secara berleluasa sehingga sindrom kebergantungan akan terus kekal dikalangan orang Melayu.

Lebih parah ialah apabila bergantung kepada kerajaan adalah senjata politik yang paling berkesan untuk UMNO terus berkuasa.

Malah tidak sedikit contoh pemimpin UMNO sendiri yang mencantas pemimpin korporat Melayu yang berwibawa dikalangan orang Melayu akibat amalan budaya politik kebergantungan yang selama ini menjadi kaedah UMNO untuk terus berkuasa.

Inilah punca kenapa ramai orang Melayu yang mempunyai kemampuan dan kebolehan yang tinggi untuk maju menjadi bebal dengan kerajaan dan UMNO dan memilih alternatif lain untuk mengembangkan karier bisnes mereka ditempat lain.

TERAS percaya selagi kerajaan yang diterajui UMNO sendiri yang tidak mengubah sikapnya , selagi itulah kebergantungan orang Melayu akan berkekalan.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Mac 2013
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: