KONFLIK TUNTUTAN SULTAN SULU KE ATAS SABAH – MAPIM USULKAN SELESAI SECARA ISLAM

Kenyataan Media MAPIM
11 hb Mac 2013

MAPIM memgingatkan kerajaan Malaysia dan pihak penyokong Kesultanan Sulu yang kini telah menceroboh wilayah Sabah hendaklah memilih penyelesaian secara Islam dalam konflik yang tercetus antara kedua belah pihak.

Kami percaya tuntutan yang diistiharkan oleh kumpulan yang memasukki wilayah Malaysia secara haram dan dilengkapi dengan senjata hendaklah memahami tindakan keselamatan Malaysia mempertahankan wilayahnya adalah tindak balas yang sepatutnya boleh dijangka.

mole-LAHAD-DATU-STANDOFF-3

Oleh itu , untuk meneruskan sikap berkeras dengan memasukki secara bersenjata bukan satu operasi yang bijak kerana is  berkait dengan isu yang perlu dibincangkan secara matang dan berfakta .

Sudah tentu masing-masing mempunyai hujah yang boleh dipertahankan , akan tetapi untuk mengguna pendekatan bersenjata adalah suatu tindakan yang tidak akan membawa manfaat dalam jangka masa panjang .

Kami melihat adalah malang jika perselisihan berlaku antara sesama saudara Islam dalam sebuah rantau yang tercatat sebagai kawasan rumpun Melayu yang mempunyai sejarah wilayah Kesultanan Islam yang gemilang , kini mengistihar perang antara satu sama lain hanya kerana menuntut hak Wilayah yang boleh dibangun secara harmonis.

Penyokong Kesultanan Sulu hendaklah bersedia untuk menerima pendekatan Islam sebagai prinsip , manakala kerajaan Malaysia memberhentikan tindakan operasi keselamatan secara ofensi agar , suatu proses  perdamaian yang konstruktif dapat dimulakan untuk masa depan yang lebih harmonis.

Kami percaya dan amat yakin jika pendekatan bersenjata diteruskan , ada pihak yang akan mengambil kesempatan yang merugikan umat Islam dikedua belah pihak.

Rantau ini masih boleh berbangga dengan keadaan yang relatif stabil berbanding dengan rantau lain. Mencetuskan konflik antara satu kerajaan dengan kerajaan yang lain akan menjadi medan subur untuk pihak luar mencuri peluang meraih manfaat dari perselisihan yang berlaku.

Prinsip Islam dalam sebarang pertikaian adalah jelas iaitu mengadakan musyawwarah . Dalam proses musyawwarah itulah kepimpinan yang terbuka , saling menghormati dan berpegang kepada janji diaplikasikan sehingga titik persepakatan diketemukan antara sesama Islam . Ini jelas arahan yang diutarakan dalam Al Quran dalam Surah Syura: 38 mengenai urusan sesama golongan mu’min adalah melalui syura

Dengan operasi bersenjata yang sudah berlarutan menghampiri sebulan , jelas situasi yang bertambah buruk bakal berlaku . Selanjutnya ketegangan akan kekal berada dirantau ini yang sukar dipulih.

Pendekatan Islam yang mengutamakan keadilan , keamanan dan kebenaran pasti akan akan dapat mengatur  perhubungan antara satu pihak dengan yang lain dengan penuh harmonis.

Inilah masanya pendekatan Islam dalam konflik serius seperti ini harus digunakan. Prinsip mendamaikan antara dua pihak yang bersengketa sehingga melancarkan perang hendaklah didamaikan menurut yang dituntut oleh Al Quran Al Hujurat :9 iaitu dengan arahan “fa aslihu bainahuma” ( maka damaikan antara keduanya)

Kami percaya semua pihak di rantau ini insaf bahawa kawasan ini tidak memerlukan satu lagi konflik antara umat Islam sebagai tambahan kepada berbagai jenis yang tercetus di rantau yang lain.

Usha harus digerakkan untuk penyelesaian damai ditemukan dengan cara yang dituntut Islam supaya tidak berlaku gejala ‘ menang jadi arang, kalah jadi abu”

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Mac 2013
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: