MAPIM MEMBINA GERAKERJA DI TURKI

 

13 hb – 16 hb Mac 2013 – Selepas selesai berucap di UNHRC di Geneva Cikgu Azmi dan Ahmad Tarmizi berlepas ke Turki mewakili Mapim  melakukan misi ke Turki untuk melawat kem pelarian Syria di sempadan Turki/Syria .

 

Di kota Adana , selatan Turki delegasi Mapim  terdiri dari Cikgu Azmi , Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman  (Timbalan Presiden) ,  Abdul Aziz Abu Bakar (Ketua Kordinator Projek  Mapim) , Pn Masadah Sajadi (wakil Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia- ( Salimah ) dan Harzlina Sahar (Pegawai Sekretariat Mapim) ,  telah dapat melawat dan bertemu dengan beberapa Ngo untuk mengadakan kerjasama dengan Mapim.

556909_298745063587061_1555269973_n

 

Ngo itu termasuk beberapa cabang Ngo kebangsaan di Adana iaitu Og-Der ( pertubuhan Guru) , Gancuyu ( Ngo Kemanusiaan) , Agd Anadolu Genclik Dernegi( Persatuan Belia ) , Parti  Hizbul Saadat , Milli Gazete ( sebuah akhbar harian ) , Radio Baris FM Adana dan Syed Mulla Muhammad ( Seorang ulama ketua gerakan Sufi )

 

Lawatan juga dibawa meninjau ke Madrasah Tahfiz Anadolu Cinari , Markaz Tahfiz di biayai  Perusahan Beyza ( syarikat pembekal daging ayam terbesar di Turki ) dan di Sekolah Menengah Hakki Polat Anadolu Imam Hatip Lisesi iaitu sekolah berorientasi Islam.

 

Lawatan telah dilakukan ke kem pelarian Syria  di kawasan Adana iaitu sebuah kem yang baru sebulan yang lalu diujudkan. Dalam penerangan yang diberi oleh pihak Hilal Ahmar ( ngo yang mengendali kem ) kepada delegasi Mapim kem ini setakat ini mempunyai 2730 khemah yang memuatkan 10,000 pelarian. Dijangka pelarian akan bertambah hingga 15 ,000 orang dalam masa terdekat. Mapim menyerahkan USD 2,000 untuk keperluan persekolahan kanak-kanak  dan pakaian untuk pelarian melalui Ustaz  Ikram Ulu , Ketua Og Der cabang Adana.

 

Cikgu Azmi telah diundang untuk berbicara di Forum Antarabangsa Pendidikan ke 3 Og Der di Adana. Beliau menyampaikan persoalan Imperialisme dan Pendidikan. Beliau berpanel bersama Prof.Dr. Syekh Abdul Maboud , Pengarah Islamic Academy , Universiti  Cambridge UK.

 

Cikgu Azmi  juga di minta berucap dalam sebuah temubual Radio Baris Fm mengenai isu umat Islam . Disamping itu beliau di jemput dalam bicara program TV “Different Views” di stesyen TV Nurs di Adana. Beliau diminta mengulas isu imperialisme dan kesan ke atas kehidupan umat dan dunia keseluruhannya.

 

Delegasi juga berkesempatan bertemu dengan kepimpinan Ngo-ngo Islam di Adana iaitu dari kalangan kelompok media , usahawan , gerakan pemeliharan keluarga , gabungan Ngo Islam , Ngo Hak Asasi Manusia , persatuan belia dan persatuan guru. Dalam pertemuan itu isu mengenai kesatuan ummah , inisiatif D8 oleh Necmuddin Arbakan serta cabaran imperialisme dan Zionisme dibincangkan.

 

Perhatian kepada inisiatif Mapim mendapat perhatian dari kalangan pemimpin Ngo . Mereka sangat mengharap jaringan dengan Mapim dibina di Turki.

 

 

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Mac 2013
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: