RAKYAT TIDAK BOLEH BIAR POLITIK KOTOR MENJADI BUDAYA DI NEGARA INI

Kenyataan Media TERAS
19hb Mac 2013

TERAS Pengupayaan Melayu  mengesa agar rakyat bertindak untuk memurnikan budaya politik di Malaysia menjelang PRU 13.

Sehingga ini nampaknya pihak penguasa maseh terus menyalahgunakan kuasa sewenangnya . Tempuh pemerintahan sepatutnya sudah berakhir namun Perdana Menteri terus bertindak seolah menjadi PM yang maseh boleh mengguna peruntukan kerajaan dan mengumumkan perbelanjaan untuk meraih undi.

104717262_1e8f0e7519

Malah PM dan timbalannya terus mengguna kedudukan mereka untuk berkempen agenda politik kepada kakitangan kerajaan dan premis agensi awam seperti di sekolah.

Teras berpendirian adalah tidak wajar politik negara ini dibiar berjalan seperti ini kerana antara isu yang terpenting perlu dijamin oleh rakyat ialah agar integriti penguasa akan terus dipantau dan dikawal oleh rakyat.

Rakyat harus menganjakkan politik negara kepada tahap yang lebih matang . Membiarkan ahli politik mengguna kuasa sewenangnya akan mendedahkan rakyat menjadi mangsa kepada politik sogokkan yang merugikan generasi masa depan.

Dengan tempuh kerajaaan yang sah akan berakhir sekitar sebulan lagi , seharusnya mandat rakyat kepada kerajaan tamat dan rakyat harus menuntut supaya pilihanraya diistiharkan segera.

Lebih malang lagi , politik kotor dan lucah , manipulasi dan menyalahguna media massa milik awam  serta politik samseng termasuk mengguna agensi keselamatan dan institusi awam unttuk berkempen membuktikan demokrasi di negara ini tidak wujud malah sedang menuju kepada politik autokratik .

Beberapa perkembangan mutakhir lebih mencemaskan bila tindakan politik kotor seperti mengedar video fitnah dan manipulasi berita secara bersifat palsu yang berniat jahat untuk menjatuhkan  politik lawan maseh berterusan.

Malangnya golongan ulama dari institusi penguasa tidak nampak mahu menegur amalan politik kotor seperti ini.

Bagi Teras , manifestasi dari semua tindakan yang sangat jijik ini berpunca dari pernyataan Perdana Menteri , Dato’Seri  Najib yang dalam ucapan penggulungannya dalam satu perhimpunan agong Umno ,  bahawa Umno akan mempertahankan putrajaya sehingga titisan darah terakhir.

Sebab itu tidak menghairankan bila banyak tindakan ganas dan politik biadap untuk mengekang kemaraan parti pembangkang dibiarkan berleluasa , malah insiden mengganas terhadap majlis pembangkang juga tidak diambil tindakan. Disebaliknya pihak pembangkang pula yang sering menerima tindakan dari pihak polis.

Kali ini rakyat harus tahu bahawa politik seperti yang diamalkan oleh pihak penguasa perlu dibenteras dan hanya satu cara sahaja dapat dilakukan iaitu melakukan perubahan dalam PRU 13 yang akan datang. Jangka memerintah selama 55 tahun nampaknya tidak membawa negara menuju kepada kematangan dalam berpolitik , disebaliknya membawa rakyat kepada fikiran politik yang sangat dangkal .

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Mac 2013
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: