MAPIM dan SHURA KUTUK PEMBUNUHAN RAMADHAN AL BOUTI

Kenyataan Media MAPIM dan SHURA
22 hb  Mac 2013

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) mengutuk sekeras-keras pembunuhan Said Ramadan al-Bouti, seorang ulama tersohor di dunia Islam di sebuah Masjid di Damsyik , Syria baru-baru ini.

Ini adalah tindakan pengecut yang sangat keji.

Kami mengutuk dengan keras siapa sahaja yang terlibat dalam tindakan paling tidak bertanggungjawab dan perlu diheret ke muka pengadilan .

images

Al-Marhum Syeikh Ramadhan al-Buti

Krisis di Syria sudah cukup melihat pertumpahan darah yang melibatkan ribuan orang termasuk golongan awam yang tidak berdosa. Golongan  yang membunuh siapa sahaja yang tidak sependapat dengan mereka dalam krisis ini tidak boleh diterima samasekali.

Siapa sahaja yang terlibat dalam jenayah ini perlu menerima hukuman yang seberat-beratnya.

Kami sangat kesal krisis di Syria sudah sampai keperingkat ini. Regim Basyar perlu menerima hakikat bahawa keganasan yang berterusan ini tidak lagi boleh membenarkan kerajaannya bertahan dan terus berdegil tidak mahu berunding dengan golongan pemberontak untuk menubuh kerajaan transisi.

20130321-214054

Tempat Syeikh Ramadhan al-Buti dibunuh.

Keangkuhan dan mengguna tentera untuk menghancurkan pemberontakkan tidak boleh diterima

Kami menentang sebarang penglibatan kuasa luar untuk membekal senjata kepada kedua-dua belah pihak yang akan meningkatkan lagi keganasan .

Kami percaya rakyat umum Syria berhak mempertahankan diri dari serangan militari Basyar dan beliau tidak boleh mengguna kekuatan militari untuk menghancurkan pemberontakkan.

Pembunuhan ulama ini termasuk lebih 40 orang lagi ahli jamaah yang sedang mengikuti kuliah beliau di dalam masjid menunjukkan krisis ini tidak lagi boleh mengawal keganasan yang semakin serius.

Pemergian beliau adalah kehilangan yang sangat besar kepada dunia Islam . Sumbangan beliau dalam ilmu Islam sangat bermakna dan pembunuhan beliau perlu dikutuk dengan keras.

Mensasar seorang ulama yang tidak berganjak dari pendiriannya yang menentang keganasan termasuk kritikan beliau terhadap Basyar Assad adalah jenayah yang tidak boleh dimaafkan. Ia adalah jenayah bukan sahaja terhadap rakyat Syria tetapi juga terhadap umat Islam keseluruhannya .

Fatwa beliau yang melarang keras pembunuhan terhadap mereka yang memprotes Assad sepatutnya dihormati oleh semua.

Beliau sepatutnya boleh memberi sumbangan kepada usaha mencari penyelesaian kepada krisis Syria .

Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA

Mohd Azmi Abdul Hamid
President MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden
2 comments on “MAPIM dan SHURA KUTUK PEMBUNUHAN RAMADHAN AL BOUTI
  1. Bukankah Rasulullah s.a.w. sudah sabdakan bahawa puak2 kuffar di akhir zaman akan meratah org2 Islam bagaikan melantak dlm satu hidangan. perasaan gerun terhadap Islam dah tiada di kalangan mereka kerana kita sudah berpecah 73 firqah. Byk sangat persatuan2 hingga masing2 hanya mampu merintih dan menuding jari. Suara2 sumbang kita tak jadi apa dah sbb asyik bertelagah sesama kita hingga tumpah darah di Borneo. perhati baik2… salah kita sendiri atau Allah salah letak kita di akhir zaman. nama Pengerusi Shura elok2 pun dah tulis Abdul Ghandi Samsudddin…yooo..apa nih? was Salaam.

    • ibnuazmi99 berkata:

      tak kan masalah tersilap tulis nama pun nak ber yoo-yoo… klu tak dak akhlak, tok sah sembang la bab umat islam la, akhir zaman laa…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Mac 2013
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: