Kewajipan Memileh dan Mengundi Wakil Rakyat – Elakkan fitnah , ugut dan politik wang

KENYATAAN MEDIA MAPIM
4hb April 2013
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengharapkan kefahaman bahawa memileh dan mengundi dalam pilihanraya adalah sebagai satu kewajipan penting yang perlu diambil berat oleh semua pengundi yang berdaftar.
Masa depan negara akan ditentukan melalui pemilehan wakil rakyat yang akan mendudukki kerusi di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen. Di tangan mereka inilah masa depan negara dan generasi mendatang akan diukir.
Dari pemerhatian kami , mendapati terlalu banyak kepincangan yang perlu diperbetulkan dan ia akan dapat dilakukan dengan memileh  wakil rakyat yang beramanah dan istiqomah dalam memperjuangkan prinsip kebenaran dan keadilan.
Mapim menyeru rakyat tidak terpedaya dengan sogokan , ugutan dan politik fitnah dalam memileh wakil rakyat pada hari mengundi di PRU 13.
Sepanjang keghairahan menjalankan kempen agresif oleh parti pemerintah rakyat telah menyaksikan politik samseng dan politik fitnah dan lucah menjadi budaya yang sangat menjijikkan. Ini adalah petanda bahawa pilihanraya kali ini akan diduga berjalan dengan sangat sengit hatta kepada pendekatan “matlamat menghalalkan cara”.
Bagi kami asas terpenting yang harus menjadi fokus adalah isu uruskelola pemerintahan. Rakyat harus matang untuk berfikir siapakah pihak yang layak membawa negara ke tahap baru dalam politik dan pentadbiran.
Kepincangan yang berlaku selama ini dalam pengurusan kewangan negara telah mengakibatkan korupsi , kebocoran dan salahguna wang negara yang melibatkan berbilion ringgit.
Wakil rakyat yang bakal dipileh disetiap DUN dan Parlimen perlu mempunyai kredibiliti dan integriti yang tinggi untuk menerima mandat membentuk kerajaan yang baru bagi tempoh pemerintahan akan datang.
Mereka hendaklah mempunyai rekod keperibadian yang bersih dan perlu mempunyai pengelaman dan pengetahuan yang tinggi dalam kegiatan bermasyarakat dan bertugas dalam agensi awam.
Mapim ingin menegaskan dalam tempoh kempen yang akan berjalan lebih intensif setelah pembubaran Parlimen diumumkan  kelmarin , pelbagai pihak yang terlibat mesti menunjukkan politik yang matang , bersih dan berrtanggungjawab.
Pilihanraya ini akan hanya bermakna jika ia berjalan dengan adil dan saksama. Kami amat kesal kenyataan yang dikeluar oleh pemimpin negara bahawa huru-hara akan tercetus jika pihak lawan menang. Ini adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan rakyat harus tegas menolak calon yang mengguna taktik ugut.
Negara ini sangat memerlukan demokrasi yang berfungsi dengan kematangan rakyat dalam menjalani proses pilihanraya , jika negara ini hendak dihormati dimata dunia.
Kali ini kami mengharapkan rakyat boleh memileh dengan matang dan PRU ke 13 ini akan tercatat sebagai pilihanraya yang bersejarah untuk menampilkan sebarisan calon yang berwibawa untuk memacu negara ke arah demokrasi yang matang dan bersih dari politik wang dan politik samseng.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
April 2013
M T W T F S S
« Mar   May »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
%d bloggers like this: