DEBAT POLITIK ANWAR – NAJIB AKAN BERMANFAAT UNTUK RAKYAT

DEBAT POLITIK ANWAR – NAJIB AKAN BERMANFAAT UNTUK RAKYAT

Kenyataan Media MAPIM

12 hb April 2013

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berpendirian sudah sampai masanya debat yang ditunggu oleh rakyat antara Anwar dan Najib dilaksanakan.

Salah satu dari reformasi politik yang akan meningkatkan kematangan demokrasi di negara ini ialah debat terbuka antara pihak yang menyertai politik pilihanraya.

debat 3
Walaupun debat belum menunjukkan ia satu budaya di negara ini agar mana-mana pihak kumpulan politik yang bertelagah pendapat mengenai bagaimana negara ini harus ditadbir  didebat secara bersemuka, namun kami berpandangan ia adalah wajar dibuadayakan untuk memungkin pandangan masing-masing diketengahkan secara bersemuka untuk dihujah dihadapan khalayak awam.

Dalam Islam , ” munaqashah ” ( debat ) adalah suatu anjuran yang dibolehkan agar kebenaran dapat dijelaskan dan dengan sebab itu kebenaran akan dapat dipertahankan dengan lebih meyakinkan.

Tidak harus ada kecurigaan dalam hal ini. Debat adalah persoalan membentang pendapat untuk kemudian direspon oleh pihak lawan. Pokoknya ia berjalan dengan sihat , berhujah dengan berdasarkan fakta dan ilmu.

Pilihanraya adalah soal membentangkan program untuk rakyat membuat pilihan. Jika debat boleh memberi peluang kepada rakyat mendengar sendiri hujah dengan terbuka dan debat berjalan dengan suasana penuh adab , kenapa perlu ada ketakutan.

Rakyat tahu membedakan antara retorik dengan  hujah yang bernas. Debat yang berjalan dengan baik pasti akan dihormati oleh semua pihak kerana masa depan negara sangat penting ditentukan dengan rasional oleh pihak yang mahu  meraih mandat dari rakyat.

Kami kecewa nampaknya budaya fitnah dan manipulasi media dibuka seluasnya tetapi debat yang lebih bertamadun dan bermaruah pula diketepikan.

Apakah ini menandakan bahawa politik Malaysia lebih bersifat fitnah dan serangan peribadi ? Kenapa ahli politik BN memandang serong kepada debat , dialog dan forum yang sehat . ? Apakah ada kebenaran dan kepincangan yang tidak mahu terdedah dihadapan khalayak ramai atau pemimpin yang tidak mampu berhujah untuk mempertahankan asas yang diperjuangkan.?

Kami mengalu-alukan sebarang penganjuran debat antara calon-calon yang bakal bertanding  di semua peringkat kawasan pilihanraya semada Dewan Undangan Negeri mahu Parlimen. Hanya dngan ini rakyat dapat mendengar keupayaan calon berhujah dan memberi sebab kenapa mereka harus dipileh oleh rakyat.

Jika semua calon dapat bersemuka dihadapan pentas debat yang boleh disaksi sendiri oleh pengundi maka pelbagai persoalan mengenai manifesto serta dakwaan dapat dihujahbalas.

Setelah 12 kali pilihanraya , kami yakin rakyat sudah cukup matang untuk mendengar dengan rasional dan menimbang dengan mendalam siapa dan parti mana yang mewakili aspirasi mereka .

Kedua tokoh tertinggi negara iaitu PM dan Ketua Pembangkang adalah figur penting dalam pilihanraya ke 13 . Rakyat berhak melihat secara sendiri kemampuan keduanya membentangkan pandangan mereka dengan hujah yang ilmiah dan matang. Tidak ada  kecurigaan yang harus dirisaukan selain kedua pendebat bersedia dan berlapang dada mendengar hujah lawan mengenai isu-isu urustadbir negara.

Jika kedua pemimpin ini dapat menunjukkan kematangan berhujah maka rakyat akan bertambah yakin bahawa reformasi politik benar-benar akan berlaku. Calon-calon diperingkat yang lain iaitu DUN dan Parlimen juga boleh melakukan yang sama.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
April 2013
M T W T F S S
« Mar   May »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
%d bloggers like this: