PERANGI POLITIK FITNAH HABIS-HABISAN

Kenyataan Media TERAS
13 hb April 2013

TERAS Pengupayaan Melayu ( Teras )  menuntut semua rakyat tidak kira penyokong mana-mana ideologi politik supaya tidak bertolak ansur dan melancarkan perang habis-habisan terhadap politik fitnah dan politik lucah .

Seperti yang telah diungkapkan bahawa PRU  ke 13 ini adalah “ibu segala pilihanraya” tanda politik kotor untuk melancarkan serangan secara peribadi terhadap kepimpinan sesebuah parti nampaknya menjadi realiti.

fitnah

Serangan terbaru dengan menghasilkan dan mengedar video lucah kini adalah serangkai lagi strategi politik kotor yang berada dalam simpanan mereka yang menjadi  tentera upahan untuk mencelar peribadi seorang pemimpin parti lawan.

Untuk kali ini strategi ini dianggap sebagai senjata paling berkesan untuk menanam kesangsian dikalangan rakyat kepada seseorang pemimpin. Kami percaya dalang yang sama juga telah melakukan asasinasi peribadi yang telah dilancar sebelum inj.

Yang pasti semada masyarakat percaya atau tidak bukan menjadi keutamaan. Mereka hanya bermotif untuk menimbulkan kecurigaan kepada pemimpin yang dimusuhi.

Tindakan mahkamah tidak digeruni kerana objektif utama ialah menimbulkan kecurigaan . Cukup orang awam dimanipulasi untuk menanam syak kepada seorang musuh politik. Dalang itu tidak mengambilkira proses undang-undang kerana tujuan asal sudah dicapai.

Kelonggaran undang-undang sivil inilah yang sedang diesploitasi. Oleh kerana  enakmen jenayah syariah mengenai qazaf tidak dikuatkuasakan maka siapa sahaja boleh melakukan jenayah menyebarkan fitnah zina dan liwat.

Kami sudah berkali-kali menegaskan bahawa politik murahan dan tidak bertamadun ini sepatutnya diperangi sehingga ke akar umbinya.

Akan tetapi jelas pihak berkuasa maseh menunjukkan sikap tidak mengendahkan gejala ini . Sebab itu , nampaknya jenayah qazaf terus dilakukan tanpa khuatir kerana mereka terlepas dari didakwa.

Kini kami menyarankan rakyat bangkit untuk memberi mesej jelas kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan gejala jijik ini dan mendedahkan golongan ini kepada khalayak ramai .

Kami menegaskan jika politik fitnah dan lucah ini yang bermula sejak 1998 tidak dibenteras , budaya ini akan dilihat sebagai  wajah politik Malaysia yang sangat memalukan.

Kami berpendapat hanya dengan mengguna pendekatan pengemblengan rakyat, gejala ini akan dapat dihapuskan. Keputusan rakyat merubah penguasa dalam PRU ke 13 sahaja yang dapat memberi jawapan muktamad untuk menghentikan politik murahan seperti ini.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
April 2013
M T W T F S S
« Mar   May »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
%d bloggers like this: