RAIS CIPTA ALASAN DANGKAL

Kenyataan Media TERAS
10 hb April 2013

Respon Datuk Seri Rais Yatim Menteri Penerangan , Kebudyaaan dan Komunikasi mempertahankan Jabatan Penerangan boleh diguna  untuk kempen BN sangat dangkal dan menunjukkan beliau tidak layak menjadi Menteri.

Alasan bahawa kerajaan BN memerintah sehingga hari penamaan calon seolah menyatakan selama BN memerintah semua premis kerajaan dan jabatan kerajaan boleh diguna untuk majlis Parti politik BN .

salah

Adakah ini secara mutlak benar .  Sedangkan terdapat prosedur am bahawa kegiatan politik parti tidak boleh diguna dalam premis agensi awam.

Walaupun ini adalah amalan BN selama ini akan tetapi ia jelas suatu pelanggaran etika demokrasi yang sangat ketara. Ini juga adalah petanda kenapa selama ini dakwaan kerjaaan BN adalah tidak demokratik adalah benar.

Apabila Rais mengguna alasan ia dibolehkan kerana kerajaan sementara maseh berfungsi seperti kerajaan biasa  , maka ia menunjukkan BN tidak mempedulikan samasekali peraturan yang adil dalam pilihanraya.

Disatu pihak parti politik pembangkang samasekali dilarang mengguna premis agensi awam , malah adakalanya premis persendirian juga pernah disekat oleh pihak berkuasa , namun BN dengan mudah dan bebas menggunakan sekolah , universiti , maktab perguruan , pejabat kerajaan untuk kegiatan parti sewenang-wenangnya.

Dari segi mengguna peruntukkan wang sangat jelas juga pihak BN tidak merasa bersalah mengguna peruntukan awam dalam kegiatan parti politik . Pihak perbendeharaan negara nampaknya tidak bermasalah membenarkan hal ini malah tidak mengambil tindakan untuk memperbetulkan amalan perbelanjaan yang menyalahi peraturan awam.

Jika ini yang dijadikan permainan politik BN maka semua peraturan am yang menetapkan peraturan  jentera birokrasi awam tidak boleh  dipolitikkan tidak bermakna dan kalau begitu harus di mansuhkan oleh pihak JPA.

Kami berpendrian bahawa politik yang jelas tidak menyalahgunakan agensi awam sepatutnya menjadi antara teras demokrasi. Bukan sahaja ia tidak sepatutnya berlaku malah ia amat menyimpang dari segi peraturan kewangan negara.

Kami membantah keras semua agensi awam dari diperalatkan oleh parti politik. Pihak SPR sepatutnya mengambil tindakkan yang wajar untuk menegaskan persoalan ini.

Jika tidak BN tidak layak membentuk kerajaan kerana perkara yang sangat asasi seperti ini tidak boleh difahami.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
April 2013
M T W T F S S
« Mar   May »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
%d bloggers like this: