DITANGAN WANITA PERUBAHAN SESUNGGUHNYA

Jika ada pengertian  perubahan yang sangat dirasai kepentingannya , kaum wanitalah yang tahu intisarinya. Sebabnya . Mereka yang lebih dahulu tahu denyut nadi susah senangnya anggota keluarga dan kesan yang bakal diterima kepada keluarga mereka bila ada sesuatu yang tidak kena.

Dirumah,  dapur berasap atau tidak , anak ada wang saku ke sekolah atau tidak , harga bahan dapur , gas , susu , gula , garam , minyak masak , ikan , ayam , sayur  dan beras sudah naik harga atau tidak , bil air dan eletrik dan telefon meningkat atau tidak ,bila anak jatuh sakit termampukah ke klinik swasta mendapat rawatan atau tidak .

Demikian jika anak terpengaruh dengan kerosakan akhlaq , keselamatan  anak tak terjamin bila ke sekolah , anak solat atau tidak , tahu membaca Quran atau tidak  …semua ini kaum wanita yang lebih dahulu merasai.

Bukan kaum lelaki tidak tahu tapi sang ibu jauh cepat merasa cemas dan lebih cepat berfikir bagaimana keadaan perlu diubah segera.

Demikian kami mendapati urusan sebesar Pilihanraya Umum ke 13 yang getir kali ini. Ia nampaknya sangat genting. Bukan kerana menentukan siapa calon yang akan menang tetapi kerana natijah yang bakal dihadapi . Bila sebuah kerajaan dibentuk  yang akan memegang kuasa semada akan menjaga kepentingan institusi keluarga atau sebaliknya .

Kaum wanita dapat menjangka keadaan akan bertambahbaik atau bertambah buruk bila mereka berada dirumah menguruskan keperluan keluarga mereka..

SPR mengeluarkan kenyataan bahawa pengundi wanita pada PRU 13 adalah lebih besar bilangannya berbanding pengundi lelaki. Bertambah jelaslah kepentingan wanita menentukan perubahan. Pasti perlu diambil perhatian oleh semua parti , oleh semua calon.

Lantaran itu kami menyeru agar satu rumusan dan tekad dimantapkan dalam PRU kali ini. Kami menyatakan ditangan wanitalah perubahan sesungguhnya . Wanita boleh menghasilkan dan menentukan perubahan. Kerana ibu sepatutnya lebih tahu , anak-anak akan mewarisi suatu yang baik atau sebaliknya dari sebuah kerajaan yang berkuasa.

Kami menginsafi hal ini. Dengan gejala politikus upahan mutakhir  ini yang membuat politik semakin tidak siuman. Politik lucah bukan setakat mengaibkan malah menghina. Hampir membuat kita jadi malu dimata dunia . Politik lucah dengan politik tanah air , hampir mujur tidak jadi sinonim.

Ia amat menghinakan. Menghina kaum ibu , menghina anak-anak , menghina bangsa dan jauh lebih berat menghina Agama.

Tak kurang mencelakakan lagi . Media jadi pendokong menyebar keaiban. Saban hari mendedahkan keaiban lawan. Tak lain yang disasarkan. Musuh politik mahu ditelanjang semua. Tidak kira kesan kepada anak dan ibu. Dipaksa menonton semua  kejilikan.

Rakyat disuntik sehingga jadi lali. Seolah-olah tidak mengapa malah perkara biasa  mengaibkan orang.

Semua berpunca dalam satu konspirasi menelanjang seorang musuh politik  dengan sangat hina pada tahun1998 . Dari sebuah pembicaraan yang sungguh mengaibkan bukan kepada orang yang didakwa tetapi kepada seluruh keluarga. Tidak , malah seluruh negara. Rakyat jadi mual dan muak melihat gelagat konspirator beraksi. Dari institusi kehakiman , pihak keselamatan , media awam sehingga golongan politikus.

Sangat jelas . Mereka yang kemaruk kuasa. Dicari balaci . Diupah laskar tidak takut Tuhan. Biar akibatnya amat buruk dan sangat menjijikkan . Kuasa yang ada ditangan tidak boleh terlepas. Biar hancur budaya , hancur bangsa , hancur negara. Pedulikan. Musuh politik mesti dihabiskan.

Buat kaum ibu , jelas tak terbayang pemimpin dan parti yang bertarung tergamak melakukan sejauh itu. Sejak 1998 politik negara sudah dicop sebagai negara      ” porn-politic” ( politik porno ) . “Gutter politics” kata mereka . Kata kita ” politik longkang “.

Setelah angin perubahan dirasai dan pergelutan merebut menjadi calon mula terdedah , tahulah kaum wanita bahawa segelintir,  jika tidak semua , maseh melihat mandat untuk berkuasa adalah untuk kepentingan diri. Bukan kerana nak bela rakyat.

Kaum ibu yang maseh bergelut dirumah , urusan dapur , menyekolahkan anak , memastikan hal ehwal rumah tangga terurus , ada makanan mencukupi dan terhidang untuk anak-anak dan suami , mengingatkan urusan suami yang perlu dijaga , wang simpanan yang tidak mencukupi . Semua ini belum tentu  difikirkan oleh calon-calon sebagai agenda penting.

Soalnya wanitalah yang sering menunggu akibat dari kepincangan yang berlaku dalam pemerintahan. Padahal yang merasai peritnya kemiskinan adalah wanita. Yang merasai peritnya membesarkan anak dengan kos hidup yang mendaki tak turun-turun ialah wanita. Yang akan sarat menanggung susahnya menyara keluarga akhirnya , wanita jugalah.

Nah , sekarang tiba masanya  50.23% dari pengundi yang merupakan wanita membuat penentuan. Mahu kerajaan yang benar-benar beramanah untuk menjaga kebajikan wanita dan institusi keluarga atau mahu kerajaan yang menjadikan kehidupan bagaikan orang yang menderitai sakit sembelit. Hidup seperti perut yang  memulas. Serba tidak kena .

Mahu kerajaan yang bersungguh  diketuai oleh mereka yang tahu erti kesusahan wanita atau mahu kerajaan yang tidak menghiraukan maruah wanita dinodai oleh budaya yang memperalatkan wanita . Mahu kerajaan yang sudah menghabiskan wang negara dan kini berhutang berbilion ringgit yang bakal ditanggung oleh rakyat. Lalu semua akan dicukai untuk menampung beban hutang negara. Atau mahu kerajaan yang bersungguh mahu membentaras rasuah atau yang akan melenyapkan kekayaan negara kepada tangan yang rakus yang berlegar disekitar kelompok yang kecil .

Ditangan wanita kali ini seharus kepimpinan negara ditentukan. Mengingatkan kita peristiwa seorang wanita menegur khalifah Saidina Umar Al Khattab atas isu penetapan mas kahwin “Perempuan ini benar dan Umar telah bersalah. Semoga Allah merahmati seseorang yang menunjukkan kepadaku tentang keaiban diriku.”. Kita mendambakan wanita berperan seperti itu.

Jika negara ini mahu diselamatkan dari tangan rakus yang hanya mahu meraut kekayaan untuk diri sendiri dan kerabat keluarga , jika masyarakat dan rakyat tidak mahu membiarkan budaya dan jati diri terhakis dek akibat pemimpin yang dipilih tidak ambil peduli semua itu bila memegang kuasa , maka kali inilah.

Wanita perlu berani. Perlu tahu. Perlu sedar. Kuasa yang dimandatkan akan diwarisi kepada generasi selanjutnya. Jangan tersilap lagi . Jangan terpancing lagi. Ditangan wanita perubahan sesungguhnya.

Mohd Azmi Abdul Hamid
7.05 pgi 19hb April 2013
Tren 23 Senandung Mutiara , Ipoh-KL

Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “DITANGAN WANITA PERUBAHAN SESUNGGUHNYA
  1. JIWA HAMBA berkata:

    Reblogged this on jiwa hamba.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
April 2013
M T W T F S S
« Mar   May »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
%d bloggers like this: