MAPIM GESA PENGUNDI ISLAM BENTERAS KEMUNGKARAN POLITIK

Kenyataan Media MAPIM
24hb April 2013

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa semua pengundi Islam pada PRU 13 ini melaksanakan tanggungjawab mencegah kemungkaran politik yang selama ini menjadi gejala yang serius dalam masyarakat .

“Mungkar”  atau “fasad”  tidak hanya terbatas  kepada arak , judi dan zina . Ia juga termasuk soal merosakkan dan merendahkan  maruah dan kehormatan rakyat dalam berpolitik dan ia  juga termasuk mungkar yang serius .

104717262_1e8f0e7519

Menipu dalam pilihanraya adalah kejahatan yang besar kerana ia melibatkan kerosakan kepada  kedudukan umat Islam dan menggugat  masa depan negara. Ia  melibatkan  menyerah kerajaan kepada  tangan mereka yang tidak layak dan boleh menyebabkan kemungkaran dan fasad lebih besar akan berleluasa .

Jika kemungkaran politik tidak dibenteras ia akan mengheret negara kepada kemungkaran yang lain termasuk merompak dan mengsonglap khazanah negara , memonopoli dan menyeleweng wang rakyat untuk kepentingan diri  atau kroni .

Kami juga menjangka bila mandat diberi kepada mereka yang tidak layak , maka gejala memberi , menerima atau menjadi perantara rasuah  juga pasti akan merebak seperti selama ini berlaku.

Malah menipu dalam pilihanraya mengakibatkan salahguna kuasa oleh mereka yang akan bertindak melindung jenayah dan penjenayah kerana mereka yang kononnya menang dan berkuasa sangat mudah mengkhianati amanah rakyat dan memperalat institusi awam untuk kepentingan diri.

Kami bersandar kepada panduan Al Quran :

“Dan janganlah kamu cenderung menyokong orang-orang yang zalim kelak (kalau kamu berbuat demikian), api neraka akan membakar kamu. Pada hal tiada seorang penolong pun untuk kamu selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat apa-apa pertolongan.” (Surah Hud : ayat 113)

Oleh kerana itu Mapim berpendiran pengundi Islam tidak boleh  mendiamkan diri atau bersikap berkuacli terhadap kemungkaran politik.

Tanggungjawab mengundi dan menolak calon dan parti yang melakukan pelbagai kepincangan dan penyelewengan adalah suatu kewajipan.

Islam menuntut semua Muslimin mempunyai tanggungjawab politik untuk mencegah kemungkaran politik . Tuntutan imannya ialah mengambil berat terhadap ehwal dan masalah ummah – membela mereka yang lemah , memerangi penzalim dan penindas. Dengan mengambil sikap berkecuali  , ia akan mengundang kemurkaan dan azab Allah  .

Mengundi dalam pilihanraya adalah suatu “syahadah”. Suatu “syahadah” yang adil  adalah undi yang akan dipertanggungjawabkan disisi Allah S.W.T.

Pengundi  tidak mengundi atau mengambil sikap berkecuali dalam pilihanraya yang menyebabkan kekalahan kepada calon yang layak dan boleh dipercayai untuk memimpin kaum Muslimin dan membentuk kerajaan , maka dia telah menyalahi perintah Allah dalam hal memberi ” syahadah ” yang dituntut ke atasnya.

Memberi syahadah menyokong mereka yang derhaka adalah kezaliman yang mengundang kebinasaan.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
April 2013
M T W T F S S
« Mar   May »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
%d bloggers like this: