NADWAH ULAMA RUMUS SEBAB TOLAK BN

Kenyataan Media NADWAH
23 hb April 2013

Nadwah ULAMA dan Kepimpinan NGO Islam  yang terdiri dari tuan-tuan guru , ulama dan pemimpin Ngo Islam dari seluruh negara bermuafakat bahawa perubahan pemerintahan di peringkat pusat dan negeri dalam PRU 13 adalah suatu tuntutan kepada umat Islam khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Dengan isu-isu yang berbangkit sepanjang 1999 hingga 2013 , Nadwah yang di hadhir lebih 400  alim ulama dan 16 NGO Islam seluruh negara  berlangsung pada 12 Jamadilakhir 1434 H / 23 hb April 2013 di Alor Setar Kedah .

nadwah2

Turut hadhir adalah :

TUAN GURU HAJI SALEH BIN MUSA ( Mursyid NADWAH )

TUAN SYEIKH MOHD. ZAINOL ASRI BIN HAJI ROMLI

TUAN GURU HAJI ABDUL MAJID ABU BAKAR AN NADWI

TN.GURU HAJI ABDUL WAHAB BIN HASSAN

TN.GURU HAJI ABDULLAH BIN LEBAI SAMAH Bukit Lada

TUAN GURU HAJI MOHD REJAB BIN MD. AKHIR

TUAN SYEIKH MOHD. RODI BIN ABDUL RAHMAN AL HAFIZ

TN.GURU KHAIRUL ANUAR SHAFII

TUAN GURU HAJI MOHD. NASIR

TUAN HAJI MOHD AZMI ABDUL HAMID

USTAZ ABDUL GHANI SAMSUDIN

TUAN GURU HAJI AHMAD ABDULLAH

TUAN GURU HJ YUSUF HUSIN Pondok Penyarum

DR. MUHAMMAD FAUZI ZAKARIA

Para ulama , tuan guru dan pemimpin Ngo Islam bersepakat bahawa kuasa pemerintah perlu berubah tangan di PRU 13 ini demi menyelamatkan negara dari terus menuju kepada kepincangan dan penyelewengan dalam urustadbir negara.

Mereka yang telah memegang kuasa telah mengkhianati mandat rakyat dengan pelbagai penyalahgunaankuasa dan pembolotan kekayaan negara dikalangan pemimpin elit negara.

Isu berikut adalah alasan kenapa rakyat perlu menolak BN dan memberi mandat kepada gabungan parti alternatif dari PAKATAN RAKYAT untuk menerajui pemerintahan pusat dan negeri dalam PRU 13:

1. BN mempertajamkan sentimen agama dengan membiar pihak tertentu untuk  menimbulkan konflik,

2.sentimen perkauman sempit  semakin diapi-apikan oleh BN yang akan menghancurkan negara

4.status agama Islam tidak bertambahbaik malah semakin terjejas akibat dasar nasionalisme sempit dan faham sekular yang diamalkan oleh pemerintah ,

5.campurtangan dalam institusi awam oleh parti politik yang keterlaluan ,

6.perbelanjaan kewangan negara yang tidak telus ,

7.membenarkan politik lucah , politik wang dan politik mengaibkan yang semakin mengotorkan demokrasi ,

8.membenarkan penghakisan budaya hidup dan kelunturan aqidah umat Islam dan kerosakan moral masyarakat yang semakin parah ,

9.menyalahurus ekonomi negara sehingga menyebabkan kos hidup rakyat meningkat, beban hutang negara meningkat kepada lebih RM500 bilion ,

10.pengswastaan keperluan hidup asasi rakyat sehingga merumitkan kehidupan golongan berpendapatan rendah,

11.amalan rasuah , kronisme dan nepotisme yang semakin parah ,

12.kos hidup yang melibatkan makanan asas , khidmat kesihatan , khidmat pengangkutan , kos pendidikan , perumahan yang semakin meningkat,

13.keselamatan sosial yang semakin tidak terjamin ,

14.gejala keruntuhan akhlaq generasi muda yang semakin serius,

15.perbelanjaan kerajaan yang mencatat salahurus agensi kerajaan seperti yang dilaporkan oleh Audit Negara berulang setiap tahun,

16.keyakinan rakyat kepada agensi awam yang semakin luntur ,

17.politik kotor , politik wang , politik samseng dan politik lucah menjadi-jadi,

18.kebocoran wang haram yang berjumlah berbilion ringgit keluar negara yang merugikan pendapatan negara dari segi cukai ,

19.salahurus penggunaan tabungan awam seperti KWSP , Tabung Haji , Tabung Tentera ,

20.korporat penting negara seperti TNB , PETRONAS , TELEKOM , MAS , PNB yang disalahurus kerana campurtangan politik  yang menyebabkan ada yang rugi dan ada yang disalahguna ,

21.pelbagai agensi awam diujudkan tetapi telah membebankan perbelanjaan negara tanpa memberi pulangan yang kepada rakyat seperti yang sepatutnya ,

22.kedaulatan negara terjejas akibat kelemahan pertahanan negara yang menyebabkan banyak khazanah negara dicerobohi dan kuasa besar seperti US terus mengguna kesempatan untuk menguasai ekonomi danolitik negara ,

23.Sektor media awam disalahguna sehingga kredbiliti agensi media awam terjejas teruk akibat campurtangan parti politik pemerintah yang melampau.

Tuan Guru Hj Saleh Musa
Mursyid NADWAH

Mohd Azmi Abdul Hamid
Pengerusi NADWAH

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
April 2013
M T W T F S S
« Mar   May »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
%d bloggers like this: