PRU 13 ADALAH PELUANG UNTUK MERDEKA BANGSA MELAYU

Kenyataan Media TERAS
25hb April 2013

TERAS menyerukan para pengundi Melayu jadikan PRU 13 ini sebagai peluang untuk memerdekan bangsa dari politik sempit dan politik kotor yang selama ini disemai oleh parti politik yang berasaskan nasionalisme dan sekular.

Jika bangsa Melayu mahu merasai erti kebebasan tulin dan kemerdekaan yang sebenar  , maka memenangkan calon yang menjiwai prinsip agama dari parti yang menjadikan Al Quran dan As Sunnah  sebagai dasar iaitu PAS adalah satu-satunya pilihan.

Di bawah perintahan sekular sekarang , demokrasi telah disalahguna oleh penguasa  sewenangnya untuk mengekalkan kuasa sehingga bangsa Melayu menjadi mangsa kepada politik kotor.

Bangsa Melayu perlu insaf betapa parti nasionalisme sekular Umno  tidak boleh menjamin keselamatan bangsa kerana ia telah sarat dijangkiti kuman perkauman assobiyah yang ditolak oleh Islam akibat dasar sekular parti tersebut.

Malah ia adalah parti yang bahaya kerana menanam budaya politik ” matlamat menghalalkan cara”. Budaya politik lucah dan fitnah serta politik samseng jelas kini berleluasa adalah kerana parti Melayu yang tidak berasaskan Islam.

Bangsa Melayu berhak untuk mendapat sebuah kerajaan yang berhasrat menjadikan landasan Islam sebagai pilihan daripada mengekalkan kerajaan yang sekular.

Teras berpendapat bangsa Melayu sudah terlalu lama berkerajaankan parti yang sekular dan berlandaskan nasionalisme sempit sebagai pegangan.

PRU 13 ini harus memberi peluang bangsa Melayu melakukan “Hurriyah Siasiyyah”( pembebasan  politik )  untuk menubuhkan kerajaan yang sah dan bertunjangkan Islam .

Kerajaan yang membendung rakyat dengan ugutan , memanipulasi pilihanraya dan mengguna undang-undang yang menindas rakyat wajib diubah supaya dapat menghapuskan segala kezaliman.

Kezaliman ekonomi , politik , budaya , sosial , media , undang-undang dan atas nama keselamatan telah menyebabkan orang Melayu terbelenggu dalam minda feudal yang merosakkan.

Hanya dengan perubahan politik dalam PRU 13 ini , kehormatan dan maruah bangsa dapat dipulih.

Bangsa Melayu tidak harus ragu-ragu  untuk menilai prestasi pemerintah dengan kritikal dan membuat keputusan menukar kerajaan tanpa rasa takut.

Pada asasnya orang Melayu mesti diberi kuasa memileh dengan bebas siapa yang mereka mahu untuk mengurus urusan mereka.

Pengundi Melayu berhak untuk memileh , mengkritik dan menamatkan kuasa pemerintah yang sedia ada jika terbukti parti yang memerintah melakukan pengkhianatan dan salahguna kuasa.

Cukuplah bangsa Melayu dihina dengan sogokkan wang untuk memberi undi kepada parti yang hanya mengkayakan beberapa kerat Melayu elit

Teras menegaskan bangsa Melayu memikul amanah menjaga kemuliaan agama dengan berusaha  melaksanakan hukum Allah dan bukan menurut hawa nafsu memesongkan rakyat dari hukum Allah .

Inilah yang diperintah oleh Al Quran “Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan Allah dan janganlah engkau menurut hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari suatu hukum yang telah diturunkan Allah kepadamu.” (al-Maidah, 5;49)

Soalnya setelah sedemikian lama Parti nasionalis memerintah ,  hukum Allah bukan sahaja diketepikan malah telah ditomoh dan dimomokkan sebagai tidak sesuai dengan zaman dan dituduh sebagai hukum parti pembangkang.

Dengan memilih mereka yang tidak berhasrat melaksanakan hukum Allah bermakna menjadi pembela kepada orang-orang yang khianat.

Ketegasan Al Quran tidak dapat dimungkiri , “Sesungguhnya kami menurunkan kepadamu wahai Muhammad kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.” (an-Nisa’, 4:105)

Sebab itu Teras menegaskan PRU 13 hendaklah memenangkan calon Muslim dari parti  yang beriltizam untuk menegakkan hukum  kebenaran dan keadilan.

Menolak mereka untuk dipileh dalam pilihanraya akan menyebabkan suara Islam dalam Parlimen dan DUN akan tersisih. Pengundi Muslim hendaklah turut menyokong parti Islam yang menambah bilangan calon Islam sebagai wakil rakyat .

Parti Islam yang berteraskan Islam wajib diterima sebagai alternatif kepada parti sekular yang menolak dasar Islam .

Memileh dan menyerahkan amanah kepimpinan kepada,mereka yang bertjuan menegakkan agama Allah  adalah amal besar dalam Islam . Bangsa Melayu hanya selamat dengan Islam , tidak dengan yang lain.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Pengupayaan Melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
April 2013
M T W T F S S
« Mar   May »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
%d bloggers like this: