DAIM HARUS JUJUR – PENGELAMAN BN MEMERINTAH AKAN MENAMBAH PARAH KRISIS EKONOMI

Kenyataan Media TERAS
28hb April 2013

TERAS Pengupayan Melayu (Teras) terkejut terhadap sikap Tun Zaim Zainuddin yang mengeluarkan pandangan bahawa rakyat silap jika menukar kerajaan sekarang kepada pembangkang yang tidak ada pengelaman .

Tun Daim silap besar bila mengandaikan  Malaysia akan berada dalam situasi bahaya sekiranya rakyat memilih pihak yang tidak berpengalaman untuk menerajui kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 .

tun-daim-najib-pm

Ini sama dengan mengatakan tanah Malaya yang dulu pernah dijajah selama 133 tahun ( 1824 – 1957 ) tidak boleh diserah kepada rakyat tempatan untuk memerintah kerana British mengatakan mereka tidak ada pengelaman memerintah.

Pandangan ini amat dangkal , menunjukkan sikap sempit Daim bahawa hanya BN sahaja berhak memerintah . Beliau seolah ketinggalan zaman bila tidak melihat realiti yang sedang berlaku diseluruh dunia . Bahawa banyak kerajaan yang telah ditukar walaupun sudah memerintah dengan lama kerana rakyat tidak lagi menerima amalan korupsi dan salahguna kuasa yang melampau.

Alasan bekas Menteri Kewangan itu bahawa dalam keadaan krisis ekonomi yang melanda dunia ketika ini, ia bukanlah masa yang sesuai untuk rakyat menukar tampuk pemerintahan negara .

Ini bagi kami adalah pandangan yang  merendahkan kemampuan seluruh birokrasi yang sedia ada untuk membantu pentadbiran mana-mana kerajaan yang dipilih oleh rakyat .

Seluruh birokrasi perlu bertugas dengan polisi yang ditetapkan oleh sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Seperti mana segala agensi yang mentadbir  negara telah bekerja dibawah kerajaan sebelumnya , menjadi kewajipan seluruh birokrasi menjalankan tugas dibawah kerajaan yang baru.

Sebenarnya  krisis ekonomi adalah akibat kerajaan yang memerintah yang menyebabkan rakyat dibanyak negara bangkit untuk menukar kerajaan yang dilihat lemah dan korup.

Bukankah di negara-negara Asia Barat yang diperintah oleh regim berpuluh tahun menyaksikan krisis ekonomi adalah disebabkan oleh salahguna kuasa yang mengkayakan kerabat dan kroni sedangkan rakyat terbanyak merana.?Bukankah dengan sebab itu rakyat bangkit dan memberi mandat kepada kerajaan yang baru ?

Daim sebagai bekas Menteria Kewangan tidak jujur mengakui bahawa kerajaan kini telah banyak melakukan salah urus kewangan negara sehingga berlaku ketirisan , rasuah , berbelanja dengan sangat membazir , pengaliran wang haram keluar negara yang merugikan berbilion ringgit dalam cukai negara dan membiarkan jurang kaya-miskin yang semakin melebar.

Beliau berpendapat oleh kerana sekarang ini krisis ekonomi dunia akan berlaku iaitu di Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, India, China , maka Malaysia tidak perlu menukar kerajaan. Beliau menafikan hakikatkan bahawa rakyat sedang menilai dengan kritikal semua kerajaan didunia yang kini menyebabkan krisis ekonomi itu berlaku.

Kami berpendapat jika kerajaan yang sedia ada dibiar terus berkuasa , krisis ekonomi yang kini melanda dunia akan memberi kesan yang jauh lebih parah kepada rakyat dalam masa terdekat.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
April 2013
M T W T F S S
« Mar   May »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
%d bloggers like this: