SIKAP PREJUDIS TERHADAP ISLAM OLEH CHUA SOI LEK LAMBANG SEMANGAT BN

Kenyataan Media TERAS
27 hb April 2013

Apabila President MCA Datuk Seri Chua Soi Lek menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah ahamad Badawi adalah sama kerana mereka adalah pemimpin yang hanya bercakap soal Islam berbanding Najib yang menekankan ekonomi , maka kami berpendapat itulah semangat yang sebenar yang melatari BN.

Sikap prejudis beliau terhadap Islam mengambarkan penyertaan MCA dalam BN  adalah lantaran BN tidak mahu meletakkan agenda Islam sebagai agenda terpenting.

images

BN hanya bersepakat bahawa Islam hanyalah urusan ritual dan bersifat peribadi dan tidak boleh dibawa dalam urusan pentadbiran negara.

Beliau yang mengatakan Pak Lah hanya bercakap mengenai Islam Hadhari dan Anwar dilihat sebagai seorang yang mempunyai sentimen Islam yang kuat akan menjadikan orang bukan Islam dipaksa menerima semua program Islam di negara ini.

Jelas kenyataan Soi Lek mengambarkan sikap negatif beliau terhadap program-program Islam di negara ini .

Kami mempersoalkan inikah gambaran sikap parti-parti komponen  BN  berkaitan dengan agenda Islam yang diperkenalkan dalam pembangunan Malaysia? Jika benar maka Umno sebagai tunjang kepada BN harus menyatakan sikap yang jelas dalam isu ini.

Dengan menyamakan Anwar dan Pak Lah yang dilihatnya mempunyai program Islam yang lebih dari Najib , maka umat Islam harus menilai dengan serius apakah BN harus disokong lagi untuk  berkuasa di kerajaan pusat.

Jika BN diberi mandat seterusnya , maka sikap tidak mengizinkan program Islam menjadi program utama dalam negara akan menjadi ciri kerajaan BN.

Presiden MCA nampaknya cuba mentafsirkan Islam setakat mana yang patut dilaksanakan di negara ini dan Umno terpaksa mengikut kehendak MCA dalam soal ini.

Soal ekonomi dan Islam tidak boleh dicampur adukkan seperti yang difahamkan oleh Soi Lek bahawa itulah yang Najib lakukan sekarang dan ini disokong oleh MCA.

Kini jelas BN mempunyai parti komponen yang mempunyai sikap prejudis kepada Islam yang tinggi. Lantaran itu umat Islam wajib beralih sokongan kepada Pakatan yang dianggotai Pas yang kuat agenda Islamnya  jika kedudukan Islam mahu diperkukuhkan

“Pak Lah adalah sama seperti Anwar (atas), mereka tidak tahu tentang ekonomi, mereka hanya bercakap mengenai doa,” kata Chua yang dipetik Malaysiakini.

Kenyataan ini sangat jelas mengambarkan bahawa MCA yang menjadi rakan Umno dalam BN menolak samasekali perkaitan antara ekonomi dan Islam yang ingin dibawa oleh Pak Lah dan Anwar.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
April 2013
M T W T F S S
« Mar   May »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
%d bloggers like this: