TAHAP KESELAMATAN SOSIAL DI MALAYSIA PERLU SEGERA DINILAI SEMULA.

Kenyataan Media MAPIM
27 hb April 2013

Pembunuhan nekad ala mafia di satu lokasi di pusat pentadbiran negara dan tidak jauh dari kompleks Polis Putrajaya membawa mesej yang besar mengenai tahap keselamatan dan jenayah di negara ini.

Terbunuhnya  Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, mati ditembak ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Dengkil ke pejabatnya di Putrajaya, pagi semalam sangat mengejut dan menyedihkan.

mole-Deputy-Customs-director-general-Datuk-Shaharuddin-Ibrahim-was-shot-dead

Betapa Malaysia yang sering disebut sebagai negara selamat , pada hakikatnya tidak boleh diyakini hanya dengan retorik semata.

Ini bukan pertama kali pembunuhan seperti ini dilakukan. Jika statistik jenayah dikatakan menurun namun tidak dapat dinafikan bahawa jenayah berat seperti bunuh tetap tidak menurun.

Cara membunuh dengan nekad di hari dan waktu kerja dengan hanya suspek sebagai pembonceng motosikal melepaskan tiga das tembakan disimpang jalan , bermakna asasinasi ala mafia sudah bertapak di negara. Sindiket pembunuh upahan tidak dapat dinafikan kini beroperasi di Malaysia dengan berani.

Kami mengutuk sekerasnya pembunuhan ini dan mereka yang bertanggungjawab mesti dibawa ke pengadilan.

Penyiasatan yang terperinci tidak boleh dilengahkan lagi. Walaupun setakat ini tidak ada lagi bukti tanda motif pembunuhan diketemui , namun jika ia tidak diambil perhatian segera , Malaysia bakal menjadi hub kepada pelbagai jenayah yang mengerikan.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
April 2013
M T W T F S S
« Mar   May »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
%d bloggers like this: