MAPIM SERU KERAJAAN PENUHI TUNTUTAN PEKERJA UNTUK KEADILAN DAN KEHARMONIAN NEGARA

Kenyataan Media MAPIM
1hb Mei 2013

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)  mengesa kerajaan memenuhi tuntutan pekerja untuk mendapat gaji minima sesuai dengan perkembangan sosio-ekonomi semasa.

Tuntutan gaji minima sudah disuarakan berkali-kali oleh pihak kesatuan sekerja . Kami berpendapat tuntutan itu adalah manasabah dan sepatutnya dipenuhi oleh kerajaan.

images

Gerakan pekerja sedunia telah mengiktiraf bahawa gaji minima adalah suatu hak yang sepatutnya diberi kepada semua pekerja yang sah tanpa mengira pekerja tempatan ataupun pekerja asing.

MAPIM berpandangan seorang pekerja yang mencurah keringat semada pekerja awam atau swasta tetap menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

Mendiskriminasi pekerja adalah zalim dan tidak diterima berasaskan prinsip Islam .  Islam menekankan keadilan untuk pekerja dan ia mesti dilaksanakan oleh majikan untuk pekerja dengan saksama.

Memandangkan sistem ekonomi yang yang kini sedang berjalan didominasi oleh sistem pasaran bebas , pekerja terdedah kepada penganiayaan apabila syarikat swasta lebih terdorong untuk mengurangkan kos dan memaksimakan keuntungan.

MAPIM tidak bersetuju levi dipindahkan kepada pekerja atas dasar majikan tidak mahu menanggung kerugian bila pekerja meninggalkan kerja . Sepatutnya mekanisme yang lebih adil dilaksanakan agar pekerja yang mencurah keringat untuk mencari nafkah hidup dan memajukan syarikat mahupun agensi awam ,  tidak dianiaya oleh majikan.

Andaian dan kes yang terkecuali bila pekerja menyalahguna dan mengambil kesempatan atas permit kerja , tidak boleh dijadikan alasan untuk mereka ditekan untuk membayar levi.

Kami tetap menyarankan budaya dan etika kerja Islam yang ada di negara ini  dijadikan asas perhubungan antara majikan dan pekerja di negara ini.

Sudah sampai masanya majikan memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada  pekerja semada pekerja tempatan mahupun pekerja dari luar yang telah menyumbang kepada pembangunan negara.

Majikan  perlu mengamalkan pengurusan yang adil dan menjaga kebajikan pekerja . Manakala pekerja pula perlu melaksanakan kerja yang diamanahkan dengan upah yang dipersetujui dengan sebaik mungkin dan penuh bertanggungjawab.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Mei 2013
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: