TERAS GESA KERAJAAN BARU ROMBAK POLISI SEWA BANGUNAN DIPUTRAJAYA

Kenyataan Media TERAS
2hb April 2013

TERAS gesa kerajaan baru jika terbentuk selepas Pru 13 nanti yang akan mengambilalih pusat pentadbiran negara di Putrajaya merombak asas perjanjian sewa dengan Putrajaya Holdings .

Bukan sahaja bayaran sewaannya sangat tinggi termasuk penyelegaraannya yang melibatkan ratusan jutaan ringgit setahun , tahap penggunaannya juga tidak memerlukan gendung-gendung yang sebesar yang ada di Putrajaya.

xz

Malah jika dilihat setiap satu bangunan di Putrajaya itu , ada bangunan yang boleh diguna untuk dua Kementeriaan . 

Teras tidak faham kenapa kerajaan BN sangat cenderung untuk berbelanja besar dan terlalu gemar bermewah dengan  gedung yang sedemikian gah tetapi penggunaannya tidak sampai ke tahap maksima dan tidak memerlukan bangunan sebesar itu.

Pendedahan Datuk Husam bahawa kerajaan berbelanja RM 1.7 bilion setahun untuk menyewa semua premis di Putrajaya adalah sangat mengejutkan. Kenapa wang dari cukai yang diambil dari rakyat  harus diguna untuk perbelanjaan yang sebenarnya tidak perlu setinggi itu untuk mentadbir negara.

Jika disemak setiap bangunan Kementerian yang ada di Putrajaya itu , ada ruang yang sebegitu luas yang hanya diguna pada tahap yang sangat minimal , sedangkan perbelanjaan penyelengaraan seperti elektrik , penghawa dingin , air , pembersihan dan pelbagai servis yang lain sahaja melibatkan puluhan jutaaan ringgit.

Pada hal tidak pernah didedahkan semada pernah dilakukan semakan mengenai  berapa bangunan kerajaan yang kosong dan tidak dimanfaaatkan diseluruh negara.

Kerajaan baru perlu melakukan reformasi pentadbiran kerajaan dengan melakukan polisi berhemat dalam perbelanjaan dan menumpukan wang dari cukai yang dikutip dari rakyat untuk diguna bagi program pembangunan khidmat  kesihatan , pendidikan , pengangkutan awam dan perumahan awam rakyat.

Kami berpendapat dengan penjimatan berbilion ringgit dari sewaan di Putrajaya bukan sahaja pembangunan rakyat dapat  dilaksanakan dengan lebih sempurna malah ia boleh mengelakkan kerajaan berhutang untuk perbelanjaan awam.

Teras percaya semua kakitangan kerajaan awam tahu pelbagai jenis pembaziran yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk menyelenggara Putrajaya itu sahaja malah mereka juga tahu bagaimana amalan kroniisme untuk mengkayakan segelintir golongan elit dalam BN telah dilakukan dalam projek yang diasakan oleh PM Sebelum ini.

Kami menuntut agar kerajaan baru nanti menukar pusat pentadbiran di Putrajaya itu  menjadi lebih sederhana dan lebih mesra rakyat. Kami mahu sebuah kerajaan yang benar-benar mengutamakan kesederhanaan dalam berbelanja untuk pentadbiran tetapi tetap mengekalkan dan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan  yang tinggi untuk rakyat.

Kami kecewa dengan infrastruktur fizikal yang dibangunkan dengan mewah untuk pentadbiran negara , aduan rakyat mengenai ketidakcekapan kerajaan maseh tinggi.

Apa gunanya kita mempunyai pusat pentadbiran yang serba mewah tetapi tahap keberkesanan pentadbiran yang tidak memuaskan dan tidak mesra rakyat.

Kami mengesa kerajaan yang baru nanti menghargai sumbangan penjawat awam dengan menumpukan kepada kesejahteraan dan kebajikan mereka melalui pelbagai insentif yang manasabah.

Wang yang dapat dijimatkan dapat disalurkan kepada program  pembangunan ilmu , kemahiran , professionalisme dan kualiti  keinsanan semua kakitangan awam disamping menyediakan prasarana yang baik untuk keselesaan mereka menjalankan tugas.

Bilangan kakitangan yang ada dalam pentadbiran kerajaan perlu dirasionalisasikan semula agar tidak berlaku pembaziran dalam sumber manusia dan kewangan negara.

Teras mengesa cara perbelanjaan seperti yang dilakukan oleh kerajaan BN mesti dihapuskan dan kerajaan baru mesti melakukan orientasi baru dalam dasar perbelanjaan berhemat , telus dan amanah.

Rakyat perlu sedar bahawa mengekalkan kerajaan yang ada sekarang akan terus meningkatkan perbelanjaan pentadbiran dan perubahan kepada kerajaan yang lebih telus , bertanggungjawab dan amanah hendaklah dilakukan dalam Pru 13 ini.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Mei 2013
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: