JANGAN DILAGAKAN ANTARA KAUM

Kenyataan Media TERAS
7hb Mei 2013

Teras amat kesal dan mengutuk ujudkan percubaan mengapi-apikan dan melagakan antara kaum akibat persepsi dari keputusan PRU13 yang dikatakan PENGUNDI Cina menolak BN.

BN yang hilang beberapa kerusi Parlimen , banyak kerusi Dun dan gagal mencapai dua pertiga di Parlimen dan di empat negeri iaitu Kedah , Perak , Trengganu dan Negeri Sembilan telah dilihat sebagai “tsunami Cina” oleh PM Datuk Seri Najib Tun Razak.

Komen spontan PM dan didokong oleh media perdana yang cuba mengambarkan bahawa apa yang berlaku adalah ” tsunami Cina ” kini telah mencetuskan kemarahan antara kaum Cina dan Melayu . Sikap cauvanis segelintir golongan dari kedua etnik ini pasti akan mula diterjemahkan dalam pelbagai kenyataan yang kini dapat dilihat dalam media sosial.

utusan_kosmo

Kami amat kesal kenapa PM terjebak dengan sentimen perkauman yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum bila beliau sendiri mengeluarkan kenyataan yang berpotensi memprovakasi konflik.

Ini adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan beliau harus menghentikan semua kenyataan yang berbau perkauman sempit agar kestabilan di negara ini dapat dikekalkan.

Kami berpendapat pada hakikatnya PM lah yang sebenarnya tidak menerima kekalahan BN dari segi undi popular serta undi di kawasan bandar dan semi bandar . Padahal analisa tersebut jika dilihat  secara terperinci juga adalah tidak tepat. Banyak bukti undi orang Melayu di bandar dan semi bandar telah beralih kepada Pakatan Rakyat seperti di Bukit Katil , Melaka.

Komen beliau tersebut cuba mengambarkan orang Cina menolak BN atas sentimen perkauman . Manakala Utusan Malaysia menunjukkan sikap lebih jelas bila terang-terangan mengeluarkan tajuk utama hari ini ” Apa Lagi Cina Mahu” dan Kosmo pula ” Pengundi Cina Bersikap Talam Dua Muka”.

Kenapakah pihak keselamatan tidak mengingatkan provokasi seperti ini akan mencetuskan kemarahan orang Cina dan dengan itu sentimen perkauman akan berpotensi menjejaskan kestabilan awam.

Sebagai seorang PM dan Pengerusi BN yang merupakan gabungan pelbagai parti Melayu dan bukan Melayu harus ingat kenyataan itu boleh mencetuskan konflik hangat dikalangan golongan yang fanatik kepada bangsa masing-masing.

Kami menegaskan PM sepatutnya menerima kemahuan rakyat dengan rasional dan bersikap objektif terhadap segala fakta pilihanraya yang telah dikeluarkan.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Teras Pengupayaan Melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Mei 2013
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: