AHLI PARLIMEN MALAYSIA DISERU BERSAMA SERAH MEMO KEPADA PBB KL – PERINGATAN NAKBAH 2013

Kenyataan Media MAPIM
13 hb Mei 2013

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Universal Justice Network  menyeru semua ahli Parlimen Malaysia tidak mengira parti politik bersama menyokong petisyen untuk dihantar kepada Setiausaha Agong PBB , Ban Ki Moon ,  sempena Hari Peringatan Nakba Palestin pada 15hb Mei 2013.

Pada tarikh tersebut genaplah 65 tahun penderitaan ratusan ribu rakyat  Palestin yang terbunuh , rumah dan kebun yang dimusnah , tanah dirampas , dan lebih 4.7 juta telah menjadi pelarian.

18654

Pada 15hb Mei 1948 , lebih 700,000 orang rakyat Palestin diusir dan lebih 500 perkampungan orang Palestin dimusnah dan dirampas. Peristiwa itu tidak mungkin dapat dilupa oleh dunia kerana ia adalah permulaan kepada keganasan Yahudi Zionis yang tidak kunjung selesai sehingga hari ini.

Malapetaka yang diistilah sebagai  “Nakbah” oleh rakyat Palestin , pada 65 tahun yang lalu itu , pada hakikatnya tidak reda sehingga hari ini. Kesengsaraan rakyat Palestin sedemikian lama maseh tidak mendapat pembelaan dari masyarakat dunia kerana sehingga hari ini nasib mereka tidak berubah.

Kezaliman Yahudi Zionis yang mencipta negara Israel yang didokong oleh British dan US tidak ada tandingannya sehingga ke saat ini. Sebuah negara berdaulat Palestin dilenyapnya dipeta dunia .

Kami mengingatkan bahawa sehingga sekarang PBB , terutama Majlis Keselamatan PBB , lebih berperanan untuk turut kepada hegemoni kuasa besar dunia terutama US dan UK , mengizinkan Israel terus bermaharajalela menindas rakyat Palestin.

Kami percaya kedamaian tidak boleh dicapai dengan “perundingan” kerana apa yang kononnya disebut “perundingan keamanan” hanyalah muslihat Israel dan US untuk menguasai  negara-negara Arab di rantau Asia Barat dengan mengukuhkan kedudukan Israel.

Kedamaian sebenar hanya boleh dicapai dengan mengembalikan semua hak rakyat Palestin terutama hak untuk kembali ke tanah air mereka , iaitu bumi Palestin, tanah mereka dipulangkan semula , segala pampasan diatas kemusnahan harta mereka di bayar , semua pendudukan Israel keluar dari tanah yang dicerobohi sejak 1967 , Jurusalem berada di bawah kuasa kaum Muslimin Palestin sepenuhnya , penjenayah Zionis Yahudi di hukum diatas segala perlakuan jenayah ke atas kemanusian dan Palestin diisytihar sebagai negara berdaulat.

Semua hak rakyat Palestin ini tidak boleh dirundingkan , malah perlu dilaksanakan tanpa syarat.

Kali ini seluruh jaringan Ngo dunia termasuk MAPIM bersepakat untuk memberi fokus kepada isu “Right of Return” ( Hak Untuk Kembali ) . Kempen dan perhimpunan bertema Global Campaign for Right of Return ” diadakan serentak di ibukota seluruh dunia .

Antara acara yang telah diatur oleh MAPIM ialah menyerahkan Memorandum kepada Setiausaha Agong PBB , Ban Ki Moon.

Acara lain yang disusun bermula 11hb hingga 18hb Mei 2013  oleh Sekretaraiat MAPIM serta badan gabungan lain seperti Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia ( SALIMAH ) , ABIM , Persatuan Ulama Malaysia , PKPIM , TERAS termasuk tayangan filem Amal Valley of the Wolves , Ceramah dan forum di Masjid-masjid , perhimpunan Nakbah di Universiti , Khutbah Jumaat serta Perhimpunan Kanak-kanak Little Friends of Palestin .  Untuk menyertai segala  acara boleh berhubung dengan Hj Aziz 019 6011617 , Pn Harzlina 0192544669 , Raja 0133894041 dan Cik Roha 0124317948.

Memorandum yang akan diserahkan  itu akan menegaskan PBB telah mengkhianati perjuangan rakyat Palestin kerana gagal menyelesaikan hak orang Palestin untuk pulang ke tanah air mereka iaitu Palestin .

MAPIM dan beberapa Ngo di Malaysia akan menyerahkan memorandum tersebut pada 15 hb Mei 2013 di pejabat UN , Damansara KL jam 11.00 pgi.

Semua ahli Parlimen Malaysia dijemput hadhir untuk bersama menjayakan acara penyerahan Memo tersebut.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Mei 2013
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: