MESEJ DARI PRESIDEN TERAS – MARI KITA BANGUNKAN GURU BERIDEALISME.

Digelar guru dan berjawatan guru adalah suatu keistimewaan. Mengingatkan betapa panggilan Cikgu adalah abadi bila seorang guru memang selesa dipanggil Cikgu sampai bila-bila. Sering kita merenungkan. Cikgu itu panggilan penuh hormat , penuh kasih. Terasa amat damai hati ini jika seorang murid lama menyebut ” dia itu cikgu saya dulu” . Pastinya gurunya sampai bila-bila pun.

Akan tetapi terfikir juga kita betapa menjadi guru itu adakalanya karier pilihan terakhir bagi setengah orang. Apabila sudah tertolak untuk menjawat jawatan yang lain yang dianggap lebih berprestij , maka guru-lah menjadi pilihan. Lalu ujudlah guru separuh hati. Lantaran tidak ada pilihan yang lain , digagahkan juga menjadi guru.

cikgu-azmi-ogos-2012

Maka berlakulah guru yang tidak sebenarnya berwatak guru yang sewajarnya. Berdepan dengan murid bagaikan tunggul. Tidak berinteraksi dengan mesra bersama murid , tidak terasa perlu menyantuni pelbagai karenah murid , tidak terasa ingin untuk  murid itu benar-benar menjadi manusia yang bermanfaaat kepada masayarakat , tidak mengendahkan untuk membantu murid yang lemah kerana faktor keluarga dirumah yang serba daif.

Inilah antara isu yang kami ingin ketengahkan ketika mengingatkan Hari Guru . Saban tahun secara ritual warga pendidikan merayakan hari istimewa ini buat guru. Dengan tetap menghormati guru sebagai insan paling istimewa selepas ibubapa , maka persoalan yang seharusnya dilontar apakah impak yang paling besar  diperolehi oleh seorang murid dari seorang guru.

Selain setiap guru membekas dari segi madah (subjek) yang diajar sehingga ada yang dilantik sebagai guru pakar , akan tetapi apakah ada yang lebih dari hanya sekadar itu pakar dalam bidang yang diajar.

Kita sangat mengalukan adanya usha meningkatkan professionalisme perguruan. Skima mengijazahkan semua guru sebagai syarat utama untuk diterima sebagai guru yang memenuhi kriteria itu tidak salah. Malah amat diperlukan.

Soalnya yang agak kurang ditekankan ialah pembinaan watak guru sesungguhnya. Kami mengutarakan soal syakhsiyyah guru yang perlu diperkukuhkan kerana mereka ada tubuh yang menjadi kenderaan ilmu . Bila guru bersakhsiyyah ” hasanah ” (baik) akan membentuk syakhsiyyah murid. Disebaliknya jika berwatak ” saiyi ah ” (buruk) , maka kesan kepada pembinaan generasi akan parah.

Kami juga berpendapat Hari Guru membawa mesej hari berintrospeksi mengenai idealisme perjuangan membina generasi masa depan. Bermakna para guru adalah penanam benih idealisme bukan sahaja kepada masyarakat malah juga kepada anak murid. Seorang guru itu bertutur dan berfikir sebagai seorang futuris ( pemikir masa depan ) kerana yang menjadi kegusaran seorang guru ialah bagaimana anak muridnya perlu dibentuk pemikiran yang jernih dan murni untuk menyumbang kepada masyarakat yang beradab tinggi. Pastinya selepas itu membina tamadun tinggi.

Dalam era perjuangan kemederkaan , guru bukan sahaja memilih untuk mengajar anak bangsa tetapi adalah juga pencetus idealisme mencapai kemerdekaan tanah air.

Maka tercatat betapa ramai guru yang menjadi penggerak perjuangan yang sangat dihormati masyarakat. Catatan sejarah tidak berbohong . Memang sesungguhnya begitulah sejarah ,

Hadiah terbesar seorang guru ialah menanam bibit idealisme disanubari anak murid . Maka tidak sedikit guru dizaman penjajahan,  turun bersama di medan lapangan masyarakat , menyuara keprihatinan , mencetuskan semangat dan memberanikan diri berada dibarisan depan .

Oleh itu ketika Hari Guru disambut pada tahun 2013 ini , disamping mengungkapkan ucapan sejuta  terima kaseh dan sekuntum penghargaan , kami juga mengajak warga guru , diperingkat apa pun , mari kita bermuhasabah , mari kita mengoreksi diri , sejauhmana pendidik dan kependidikan , guru dan perguruan telah berjalan sempurna ke arah membangunkan tamadun cemerlang yang kita idamkan.

Selamat Hari Guru.

Cikgu Azmi Abdul Hamid
Presiden Teras
16 hb Mei 2013

 

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Mei 2013
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: