MESEJ MAPIM SEMPENA PERINGATAN NAKBAH KE 65 TAHUN

Kenyataan Media MAPIM
14hb Mei 2013

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)  mendesak Setiausaha Agong PBB , Ban Ki Moon bertindak tegas mengimplementasikan Resolusi 194(III) yang diputuskan oleh PBB untuk memungkin pelarian Palestin kembali ke tanah air mereka .

Resolusi PBB 194 (III) itu mencatatkan “pelarian yang ingin kembali ke tempat asal ( rumah mereka ) dan hidup secara aman dengan jiran tetangga mereka perlu dibenarkan pada masa yang paling cepat dan yang praktikal , dan pampasan perlu dibayar ke atas harta mereka yang memilih tidak mahu pulang dan kehilangan atau kemusnahan hartabenda , dibawah prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa atau kesaksamaan , perlu disempurna oleh kerajaan atau pihak berkuasa yang bertanggungjawab ”  (the refugees wishing to return to their homes and live at peace with their neighbours should be permitted to do so at the earliest practicable date, and that compensation should be paid for the property of those choosing not to return and for loss of or damage to property which, under principles of international law or in equity, should be made good by the Governments or authorities responsible.)

palestine_un_1

Sempena Hari Peringatan Nakba Palestin tahun ke 65 ,  pada 15hb Mei 2013 , Mapim  menegaskan , PBB tidak boleh lagi berdalih untuk membiarkan Israel terus berdegil tidak mengendahkan resolusi ini pada hal setiap negara yang menganggotai PBB berjanji untuk patuh kepada semua Resolusi yang diluluskan.

Pada 15hb Mei 2013 ini tersebut genaplah 65 tahun penderitaan ratusan ribu rakyat  Palestin yang terbunuh , rumah dan kebun yang dimusnah , tanah dirampas , dan hampir 6  juta telah menjadi pelarian.

Pada 15hb Mei 1948 , lebih 700,000 orang rakyat Palestin diusir dan lebih 500 perkampungan orang Palestin dimusnah dan dirampas. Peristiwa itu tidak mungkin dapat dilupa oleh dunia kerana ia adalah permulaan kepada keganasan Yahudi Zionis yang tidak kunjung selesai sehingga hari ini.

Malapetaka yang diistilah sebagai  “Nakbah” oleh rakyat Palestin , pada 65 tahun yang lalu itu , pada hakikatnya tidak reda sehingga hari ini. Kesengsaraan rakyat Palestin sedemikian lama maseh tidak mendapat pembelaan dari masyarakat dunia kerana sehingga hari ini nasib mereka tidak berubah.

Kezaliman Yahudi Zionis yang mencipta negara Israel yang didokong oleh British dan US tidak ada tandingannya sehingga ke saat ini. Sebuah negara berdaulat Palestin dilenyapnya dipeta dunia .

Kami mengingatkan bahawa sehingga sekarang PBB , terutama Majlis Keselamatan PBB , lebih berperanan untuk turut kepada hegemoni kuasa besar dunia terutama US dan UK , mengizinkan Israel terus bermaharajalela menindas rakyat Palestin.

Kami percaya kedamaian tidak boleh dicapai dengan “perundingan” kerana apa yang kononnya disebut “perundingan keamanan” hanyalah muslihat Israel dan US untuk menguasai  negara-negara Arab di rantau Asia Barat dengan mengukuhkan kedudukan Israel.

Kedamaian sebenar hanya boleh dicapai dengan mengembalikan semua hak rakyat Palestin iaitu :

1.hak untuk kembali ke tanah air mereka , iaitu bumi Palestin,

2.tanah mereka yang dirampas , dipulangkan semula ,

3.segala pampasan diatas kemusnahan harta mereka di bayar sepenuhnya,

4.semua pendudukan Israel hendaklah keluar dari tanah yang dicerobohi sejak 1967 ,

5. al Quds hendaklah kembali berada di bawah kuasa kaum Muslimin Palestin sepenuhnya ,

6. penjenayah Zionis Yahudi dibicara di Mahkamah Jenayah Antarabngsa diatas segala perlakuan jenayah ke atas kemanusian dan pelanggaran undang-undang antarabanga ,

7. Palestin diisytihar sebagai negara berdaulat.

Semua hak rakyat Palestin ini tidak boleh dirundingkan , malah perlu dilaksanakan tanpa syarat.

Jika Israel masih terus berdegil dan tidak mahu tunduk melaksanakan Resolusi 194 (III) maka kami mengusulkan supaya keanggotaan Israel di PBB digantung , sekatan ekonomi dan ketenteraan dikuatkuasakan ke atas Israel dan Israel diheret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa ke atas segala jenayah yang dilakukan keatas rakyat Palestin di Tebing Barat , Tebing Gaza dan Timur Jurusalem.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Mei 2013
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: