KEMBALIKAN NAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Kenyataan Media MAPIM
17 hb Mei 2013

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa kerajaan segera  tukar nama Kementerian Pelajaran kepada Kementerian Pendidikan. Jika benar kerajaan jujur untuk memperbaikki dan melaksnakan falsafah pendidikan negara maka ia harus kembali mengguna nama Kementerian Pendidikan.

Kami berpendapat sangat besar ertinya makna pendidikan diguna kerana ia menepati maksud sebenar pembinaan insan dalam proses pendidikan. Ia membawa maksud yang tepat mengenai matlamat dan proses pengajaran dan pembelajaran yang ada dalam istilah pendidikan itu sendiri.

Usaha-Kerajaan-bantu-SAR-berjaya-tingkat-prestasi-pelajar-Pendidikan-Islam

Soal gabungan dua kementeriaan yang berkaitan dengan pengajian di sekolah dan di institusi pengajian tinggi ia hanya persoalan pentadbiran. Sebenarnya sememangpun di kebanyakan negara di dunia hanya ada satu  Kementerian Pendidikan. Sementara sektor pendidikan merupakan sektor yang melibatkan seluruh rakyat Malaysia , maka konsep dan nama institusi dan agensi yang mengendalikannya perlu betul dan tepat.

Lebih dari hanya soal pentadbiran ,  apa yang lebih besar yang perlu diberi perhatian ialah matlamat yang hendak dicapai iaitu mendidik pelajar dengan proses pendidikan yang tepat sehingga menjadi insan yang baik .

Kami merasa kesal nama kementerian pendidikan telah ditukar kepada kementerian pelajaran sebelum ini pada tahun 2004. Walhal ketika Kementerian Pelajaran di tukar kepada Kementerian Pendidikan , ia dibahas , diseminarkan dan didalami secara terperinci oleh pelbagai pemikir , ahli intelektual serta tokoh pendidikan negara .

Kini dengan gabungan kembali Pengurusan pendidikan diperingkat sekolah dan peringkat pendidikan tinggi , maka adalah wajar dikembali semula istilah Kementerian Pendidikan  kerana ini melambangkan konsep asas yang sangat  penting .

Ketika mana  murid dan guru menghayati erti pendidikan yang sebenar , maka kami percaya kerangka berfikir  seluruh warga pendidikan , ibubapa dan rakyat amnya akan dapat diperbetulkan agar pendidikan dipandang mulia dan aspek terpentik dalam pembangunan negara.

Malah ketika istilah Kementerian Pendidikan diguna konsep kurikulum bersepadu yang dirangka dalam KBSR dan KBSM sudah cukup baik dan hanya memerlukan keiltizaman dalam perlaksanaan sahaja.

Malangnya oleh kerana politik telah menguasai pemikiran kerajaan malah diberi keutamaan lebih dari memelihara kemurnian pendidikan , konsep yang tepat telah dirombak tanpa asas yang kukuh.

Selama beberapa Menteri Pendidikan yang mengambil alih selepas tahun 1991 banyak perubahan pendidikan yang telah dilaksanakan telah dimansuhkan. Ini termasuk pemansuhan KBSR dan KBSM  dan menukar nama Kementerian.

Kami menegaskan antara kesilapan besar kerajaan ialah apabila politik dibenarkan campurtangan dalam urusan pendidikan sehingga soal nama Kementerian serta istilah pendidikan telah menjadi mangsa kepada kerangkusan politik.

Kami dengan ini menegaskan penukaran Kementerian Pelajaran kepada Kementerian Pendidikan bukan isu kecil malah ia adalah isu besar untuk membentuk pemikiran yang betul mengenai tujuan dan pendekatan serta isi pengajaran dan pembelajaran para guru , pensyarahan dan pelajar  disemua peringkat .

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Mei 2013
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: