MAPIM GESA MALAYSIA JANGAN TERUSKAN PERUNDINGAN DALAM TPPA

Kenyataan Media MAPIM
20hb May 2013

MAPIM mengesa kerajaan Malaysia tidak  meneruskan menandatangani  rundingan Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) yang dijangka akan dimeterai pada October 2013 di Brunei.

Dari penelitian kami , ternyata TPPA akan memberi kesan negatif kepada ekonomi negara sepertimana yang pernah diingatkan oleh pelbagai Ngo dahulu bila Malaysia hampir menandatangani perjanjian Free Trade Aggreement (FTA) dengan USA.

tppa

Kesan TPPA sudah diteliti oleh pelbagai pakar ekonomi dari kalangan penyelidik serta Ngo yang jelas mendapti ia akan berakhir dengan kerugian yang akan ditanggung oleh usahawan tempatan serta membebankan kualiti hidup rakyat keseluruhannya.

Adalah dijangka kesan TPPA melibatkan  peningkatan kos hidup rakyat. Antara yang telah dilibatkan dalam perjanjian itu ialah soal harga ubat-ubatan . Perjanjian itu akan melibatkan peraturan  ubat generik  tidak dibenarkan dijual iaitu ubat tiruan yang lebih murah yang mempunyai kandungan dan kesan yang sama dengan ubat asli.

Bermakna ubat  hanya boleh dibeli secara langsung dari syarikat farmasi asal yang akan menyebabkan kos ubat sangat mahal . Ini berlaku kerana dalam perjanjian TPPA  Hak Harta Intelektual ke atas ubat dikuatkuasakan untuk melindungi  syarikat gergasi Farmasi antarabangsa.

Demikian juga peneliti ekonomi dari pelbagai Ngo telah mendapati TPPA bakal memberi kesan buruk keatas industri padi negara apabila beras dari USA yang menerima subsidi yang tinggi akan dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi  di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai.

Termasuk juga khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat professional tempatan yang lain akan berhadapan persaingan pasaran terbuka. Keadaan ini akan bertambah buruk apabila syarikat tempatan dan negara akan terdedah kepada tindakan undang- undang antarabangsa jika ada layanan lebih di beri kepada syarikat tempatan.

Soalnya TPPA sangat berisiko tinggi untuk Malaysia  kerana klausa yang terkandung didalamnya  boleh merangkumi hampir semua industri dan mengujudkan persaingan yang akan merugikan ekonomi tempatan.

Kami kesal perundingan TPPA tidak didedahkan kepada awam untuk mendapatkan maklumbalas. Malah ahli Parlimen juga tidak dimaklumkan untuk dibahaskan di Dewan Rakyat. Padahal natijah jika ia dimeterai akan memberi kesan yang sangat besar kepada seluruh kehidupan rakyat.

Kami menegaskan  perjanjian seperti ini tidak sepatutnya dimeterai secara rahsia dan terlindung dari pengetahuan orang awam. Rakyat berhak tahu dan memberi pandangan bila perjanjian seperti ini melibatkan kualiti hidup mereka sama ada dalam jangka panjang mahupun jangka pendek.

Malah menyertai pusingan rundingan TPPA kali 17th yang dilaksanakan sekarang ini di Peru  bermula 15hb Mei hingga 24 hb Mei 2013 itu sendiri tidak diketahui oleh Ahli Parlimen , apatahlagi orang awam.

Kami dengan ini menyuarakan bantahan kami terhadap penyertaan Malaysia dalam rundingan TPPA kerana perjanjian yang mempunyai implikasi besar seperti ini tidak sepatutnya diteruskan sebelum ia dibahaskan diperingkat rakyat Malaysia terlebih dahulu .

Banyak maklumat penting mengenai TPPA yang belum diperolehi oleh masyarkat awam supaya satu proses maklumbalas dan konsultasi antara masyarakat sivil dan kerajaan dapat digerakkan.

Malah penyertaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)  dalam rundingan TPPA  bersama 11 negara lain (Australia, Brunei, Canada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, United States dan Vietnam ) itu tidak diketahui oleh ahli Parlimen sendiri. .

Pada asasnya TPPA adalah versi baru dari FTA  dengan USA . Perjanjian FTA menerima bantahan dari pelbagai pihak yang akhirnya  tidak ditandatangani antara Malaysia dan FTA mengikut jadual asal.

Kami kesal perjanjian seperti ini dilakukan secara terlindung dari pengetahuan awam . Kami mendesak kerajaan Malaysia tidak meneruskan penyertaan dalam rundingan TPPA tersebut sehingga analisis terperinci dapat dihasilkan untuk dibahaskan kepada umum mengenai kebaikan dan keburukan perjanjian TPPA tersebut.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Mei 2013
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: