KENYATAAN BIADAB MENTERI DAN BEKAS MENTERI SANGAT DIKESALI

Kenyataan Media TERAS
23hb Mei 2013

TERAS Pengupayaan Melayu (Teras) kesal terhadap semakin terserlahnya gejala Menteri dan Ahli Parlimen yang hilang adab dalam pernyataan awam bila mengenengahkan reaksi politik mereka. Dengan pernyataan yang tersiar sehingga ini jelas mereka melambangkan kerendahan budi dan emosi yang tidak sihat.

Dari Datuk Seri Zahid Hamidi , Menteri Dalam Negeri yang menyarankan supaya rakyat keluar dari negara ini sehingga Datuk Noh Omar , Bekas Menteri Pertanian yang bereaksi supaya rakyat tinggal dalam hutan , sangat mengejutkan rakyat yang kini boleh berfikir kritikal terhadap pelbagai isu yang berlaku.

Kenyataan Zahid sangat dangkal bila menyarankan mereka yang tidak bersetuju dengan pilihanraya di Malaysia harus hijrah ke negara lain. Soalnya apakah menuntut agar pilihanraya dijauhkan dari amalan penipuan itu satu tuntutan yang salah. Apakah menuntut supaya penipuan dihalang dalam proses pilihanraya itu satu dosa besar sehingga perlu mencabut kewarnegaraan  rakyat ?

Tidak kurang memalukan juga bila para editor akhbar yang pro pemerintah jelas turut tidak menghormati kematangan rakyat dalam berfikir . Api perkauman terus dibakar dengan memaparkan berita kebencian kepada satu kaum dan meningkatkan semangat perkauman yang semakin tajam .

Nampaknya sehingga hari ini semua kenyataan yang bersifat menghasut dan membawa kepada kebencian antara kaum  itu tidak diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

Datang dari pemimpin kerajaan yang berkedudukan tinggi adalah jauh lebih bahaya jika dibanding dengan kenyataan yang diungkap oleh rakyat biasa.

Lebih kesal lagi pemimpin kerajaan turut memberi komentar yang meningkatkan kebencian yang boleh menegangkan keadaan.

Teras mengingatkan pemimpin politik yang punya kedudukan dalam kerajaan perlu bertanggungjawab dengan kenyataan masing-masing dan tidak mengambil kesempatan dengan  melemparkan kata-kata yang sensitif tetapi berselindung dibalik kuasa yang ada ditangan mereka.

Jika mereka berbuat demikian jelas ia  memaparkan sikap politik yang sangat tidak matang dan tidak layak menempati barisan  kepjmpinan.

Adalah memalukan untuk mereka yang berstatus Menteri dan bekas Menteri bersikap demikian walaupun sudah lama berada dimedan politik kerajaan.

Ternyata emosi yang mengatasi rasional kini menguasai pemimpin pemerintah sehingga sukar bersikap berhati-hati ketika mengeluarkan kata-kata.

Tatkala  rakyat berhak untuk menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap proses PRU 13 , pemimpin kerajaan Pusat nampaknya lebih celupar dalam membuat kenyataan yang menimbulkan lagi kemarahan rakyat.

Mereka tidak wajar bersikap curiga terhadap  rakyat bila rakyat menunjukkan bantahan  kepada proses pilihanraya . Jika dari dulu rakyat telah membangkitkan pelbagai isu mengenai fungsi SPR yang kelihatan tidak bebas dan tidak adil , maka perhimpunan rakyat yang puluhan ribu itu seharusnya dianggap suatu pernyataan yang serius dan kerajaan harus memberi maklumbalas untuk menjelaskan apa yang dibangkitkan.

Kerajaan dan para pemimpin kerajaan seharusnya jangan mengherdik rakyat dan bertindak dengan menyalahguna kuasa untuk mengugut rakyat dengan tindakan undang-undang.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “KENYATAAN BIADAB MENTERI DAN BEKAS MENTERI SANGAT DIKESALI
  1. BASITAH BT. NAISERONG berkata:

    SESIAPA PUN AKAN TIDAK SEDAR APABILA AMARAH MENGUASAI DIRI KERANA IMANNYA GOYAH DAN RAPUH…CABARAN SEKARANG LEBIH MENGAJAR KITA MENJADI BIADAP DARIPADA BERADAB

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Mei 2013
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: