MEMBENCI KAUM LAIN TIDAK AKAN MENGUKUHKAN BANGSA SENDIRI

Kenyataan Media TERAS

12 hb Jun 2013

Kecenderungan untuk mengungkitkan sentimen membenci kaum sangat merbahaya jika dibiarkan berterusan. Apatahlagi bila sentimen ini dikaitkan dengan sikap politik yang tidak lagi melihat perpaduan kaum sebagai keutamaan dalam negara.

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyelar pihak yang tidak henti-henti membakar semangat perkauman jahiliyyah . Iaitu sentimen mempertahankan kaum sendiri tidak kira samada benar atau salah .

Teras yang memang sangat mengambil berat mengenai isu bangsa Melayu itu sendiri menolak sikap perkauman cauvinis yang sempit .

Kenyataan yang terus menerus membangkitkan kecurigaan antara kaum tidak sama sekali membantu mengukuhkan bangsa Melayu itu sendiri. Jauh sekali menjaminkan keamanan negara.

Ia jelas menunjukkan sikap sempit dan dangkal , tidak bertanggungjawab dan tidak manu belajar dari sejarah , apabila pertimbangan politik mengatasi segalanya sehingga kesilapan sendiri tidak mahu diperakui.

Bukankah ujudnya kepimpinan Melayu yang tidak berpegang kepada dasar Islam dengan jujur dan konsisten dan tidak  mengurustadbir negara menggunakan prinsip Islam , yang telah menyebabkan bangsa lain tidak percaya lagi untuk memberi mandat.

Dengan sebab mereka bertindak mementingkan diri dan tidak menunjukkan komitmen kepada Islam , maka mereka sendirilah yang telah menghakiskan kepercayaan bangsa lain .

Sepatutnya pemimpin Melayu mampu memenangi hati orang bukan Islam dengan contoh yang baik , bukan dengan rasuah , menyalahguna kuasa , mengAli-babakan ekonomi negara.

Kini setelah sedemikian lama sikap pemimpin Umno yang dibela dengan sogokkan wang haram , bersikap hipokrit dalam memperjuangkan bangsa Melayu , kini jelas bukan sahaja bangsa lain menolaknya malah jelas sudah ramai bangsa sendiri yang turut tidak mempercayainya lagi.

Persoalannya apakah dengan  sentimen membenci kaum lain , ia akan memulihkan kembali sokongan bangsa ?

Teras berpendirian ini bukan caranya untuk memulihkan kesetiaan , kerana ia tidak akan bertahan lama. Oleh kerana bangsa Melayu telah lama dipupuk dengan penyakit hanya bergantung kepada kuasa politik dan sentimen kebangsaan sempit, maka ia pasti akan terlerai semula kerana sikap hidup materialisme dijadikan dorongan yang lebih utama , mengatasi nilai agama.

Sementara pemimpin Melayu bersemangat nasionalis maseh percaya sentimen perkauman sahaja yang boleh menyelamatkan bangsa , Teras menekankan ia adalah pendekatan yang bukan sahaja salah malah bertentangan dengan agama.

Sangat jelas sikap assobiyyah adalah terlarang dan dianggap perjuangan yang batil dalam Islam.

Bila media Melayu dan pemimpin Melayu menggunakan sentimen perkauman yang tajam ,  menyerang bangsa lain dengan penuh kebencian, harus diingat apakah dikira media bangsa lain akan mendiamkan diri ? Pasti reaksi balas dengan mempersoalkan kedudukan bangsa Melayu akan juga diungkitkan.

Jika ini berterusan , Teras khuatir negara ini akan berada dalam keadaan berisiko tinggi untuk berdepan dengan  konflik perkauman yang boleh menghancurkan segala tunggak yang telah diasaskan selama ini.

Teras kesal nampaknya pihak polis tidak melihat ini sebagai unsur hasutan yang boleh menjejaskan keamanan. Jelas , kenyataan merbahaya seperti ini , oleh kerana dikeluarkan dari pihak yang pro kerajaan , nampaknya  tindakan tidak diambil.

Teras mempersoalkan apakah apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini baru pihak keselamatan mahu bertindak ?

Kami mendesak agar kenyataan berbaur perkauman segera dihentikan dan pihak polis hendaklah bertindak tegas tanpa mengira ia datang dari mana-mana parti politik sekalipun.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Jun 2013
M T W T F S S
« May   Jul »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
%d bloggers like this: