MAPIM TUNTUT TPPA DIBAHASKAN DI PARLIMEN

Kenyataan Media MAPIM
14hb Jun 2013

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menegaskan isu TPPA  (Trans Pasific Partnership Aggreement)  adalah isu yang sangat serius yang perlu dibahaskan di Sidang Parlimen yang akan datang.

Oleh kerana ia ada kaitan dengan persoalan kedaulatan ekonomi dan kesan kepada pelbagai industri negara , maka wajar ia diusulkan sebagai isu yang segera , berkepentingan awam dan relevan dengan pelbagai dasar kepentingan negara.

tppa

Malaysia yang dilibatkan sebagai salah sebuah negara anggota dalam perundingan TPPA dilakukankan tanpa pengetahuan pelbagai pihak berkepentingan di negara ini.

Kami mengingatkan bahawa isu ini sangat serius  kerana ia akan mendedahkan  pelbagai industri negara kepada persaingan yang tidak adil . Jauh lebih berat ia juga akan mengakibatkan pelbagai dasar negara seperti status syarikat bumiputera dipinda atau dimansuhkan kerana dianggap sebagai penghalang kepada pasaran bebas.

Oleh kerana penglibatan Malaysia dalam perundingan TPPA dilakukan tanpa pengetahuan  awam , parlimen adalah wadah yang sewajarnya diguna untuk membahaskan mengenai baik buruknya negara diheret dalam hegemoni ekonomi kuasa besar seperti Amerika .

MAPIM hairan kenapa perundingan yang sangat berisiko ini tidak melibatkan proses konsultasi awam .

Kenapakah TPPA menjadi rahsia kepada kerajaan sehingga rakyat tidak tahu menahu apa yang dirundingkan sedangkan ia sangat berkait dengan nasib mereka.

Kini perundingan itu sedang masuk ke fasa terakhir dan Malaysia akan trurut menandatangani suatu perjanjian yang mempunyai implikasi besar kepada ekonomi dan kedaulatan negara.

MAPIM menggesa ahli parlimen memainkan peranan tidak membenarkan isu TPPA diputuskan tanpa  dibahaskan walaupun ia dianggap sebagai isu yang boleh diputuskan oleh badan esksekutif iaitu Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa .

Parlimen dan orang awam seharusnya dimaklumkan mengenai terma-terma syarat sebenar perjanjian itu. Ia tidak sepatutnya menunggu  sehingga prosesnya  berakhir . Jika itu berlaku , maka sebarang input yang akan dicadangkan selepas itu tidak  bermakna lagi.

Suatu perjanjian perdagangan yang ada implikasi besar kepada rakyat  tidak boleh  dirundingkan atas nama warga Malaysia.

Jika konsultasi awam semada bersetuju atau tidak Malaysia terus terlibat dalam perundingan ini tidak dilaksanakan , maka Parlimen sepatutnya menjadikan sidang kali ini untuk membahaskannya secara terbuka.

Pihak kerajaan tidak sepatutnya membelakangkan pandangan awam , seolah mereka yang menjadi perunding di TPPA tahu semua untuk membuat keputusan yang sangat besar.

Dengan membenarkan Malaysia terus terlibat dalam perundingan TPPA dan akhirnya menandatanggani perjanjian itu , rakyat Malaysia akan menerima natijah jangkapanjang yang parah akibat kedaulatan ekonomi negara digadai dalam perjanjian tersebut.

Seluruh agenda melindungi industri Malaysia akan gagal dipertahankan kerana perjanjian TPPA memberi penekanan kepada prinsip kuasa pasaran terbuka dan pasaran bebas.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

 

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Jun 2013
M T W T F S S
« May   Jul »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
%d bloggers like this: