MEREKA MENGGELAR AKU “THE TUNNEL GIRL”

 KE GAZA MELALUI TEROWONG

430020_337535913041309_60408489_n 

Tak ku sangka. Debaran menjadi kenyataan. Melihat pagar Rafah dikuak . Kami bakal masuk ke gedung imigresen Mesir. Tadi kami tidak dibenar turun dari bas. Semua membisu. Mata memerhatikan gelagat anak muda , yang tua , yang sebayaku . Riuh rendah . Rupanya keadaan sebegini disebelah Mesir agak biasa. Merebut pelanggan untuk mendapat upah membawa barang , menukar wang dolar kepada shekel. Agak gusar juga perasaanku. Entah benar boleh lepas atau tidak. Aku lihat beberapa orang berpakaian soldadu ke hulu ke hilir. Ada juga polis berpakaian reman.

 

Mataku liar melihat sekeliling. Rafah yang dikata pintu masuk ke Gaza berada didepan mataku.Disebelah kanan jauh kulihat sempadan Mesir-Gaza. Disebelah kiri seperti padang pasir . Keadaan panas . Tiba-tiba seorang berpakaian putih , polis Mesir naik ke atas bas kami. Ditanya entah apa.Aku tak paham tapi mengagak . Dia bertanya berapa orang. Terus dikiranya setiap orang sehingga puas.

 

Kemudian pintu besi karat imigresen itu dibuka. Meluncur bas ke arah bangunan imigresen. Kami diarah turun. Kami dipesan agar jangan menghirau mereka yang mengerumun untuk minta membawa bagasi. Bagaikan burung kelaparan menunggu bangkai mahu dimamah.Aku mencari bagasiku dan umi . Ayah kelihatan letih. Kakak aku mencari-cari bagasi kami.

 

Seperti yang lain , kami mengheret bag kami sehingga sampai ke pintu masuk imigresen. Nampaknya beberapa orang pegawai keselamatan mengarah kami memasukkan bagasi untuk di scan . Aku menurut sahaja seperti orang lain.

 

Hatiku bertambah debar. Semua pasport dipungut dan kini kami menunggu. Menunggu dan menunggu. Hati agak tenang kerana melihat umi dan ayah bersama. Rombongan yang melebihi 70 orang itu menyebabkan aku merasa tenang juga. Apa lagi yang bakal berlaku aku tidak tahu.

 

Tiba-tiba semua dipanggil mengambil pasport masing-masing. Mereka mula bergerak . Akupun begitu. Ayah dan umi mengarahkan mengambil bagasi. Aku sudah bersedia. Mereka terus ke lorong menghala ke satu arah. Peliknya ayah masih duduk di kerusi. Umi dan kakakku juga hairan. Aku melihat kami sedang ditinggalkan. Kenapa? Ada apa? Seribu satu andaian. Ayah mendekati Mohab dan Ustaz Muin yang menjadi petugas menguruskan pasport. Aku melihat Abang Sani juga bersama.

 

Rupanya ada sesuatu yang akan diberitahu kepada aku . Pasportku dan pasport Abang Sani tidak lepas. Tidak boleh masuk Gaza! Ya Allah , tak boleh masuk ? Kepalaku terus berpinar. Hati berdebar kencang. Tiba-tiba mataku bergenang . Aku menahan nafas. Tak mungkin. Masakan aku akan ditingggalkan. Ayah juga bertegas . Umi dan kakakku takkan mahu meninggalkan aku .

 

Tapi persoalannya jelas. Imigrisen telah memutuskan tidak ada pilihan lain melainkan aku ditinggalkan bersama Abang Sani. Lebih mendebarkan lagi polis imigresen mengarahkan kami keluar dari bangunan itu segera kerana semua akan ditutup. Dalam keadaan itu ayah mendekati Mohab .

 

” We cannot leave my daughter” tegas ayahku.

 

” We have no choice. Only one way !” kata Mohab “… the tunnel !” . Nafasku berhenti seketika. Apa ini benar ? Aku tak pernah tahu mengenai terowong. Permasalahan Gaza itu sendiri aku tidak tahu. Terowong ? Terowong apa ? Di mana? Untuk apa ?

 

” Don’t worry Sany and your daughter will be fine. We will make the necessary arrangement.” Mohab terus meyakinkan ayahku. Umi memandang mukaku. Ayah membisu seketika. ” Let me follow my daughter ” kata ayah. ” I cannot let her go through the tunnel without me !” tegas ayah.

 

” No , thats not possible” Mohab membalas. ” Your pasport have been stamped , there is no choice , don’t worry we have made the arrangements . The contacts have been made. Please, we have to leave now. We will take care of the luggage. Please Syeikh Azmi . I have to ask you to leave now.”

 

Ayah mendekatiku. Ditenung aku dengan penuh pengertian. Aku diyakinkan kami akan kembali bertemu di sebelah Gaza nanti. ” Nani jangan takut . Abang Sani akan menjaga Nani . Ayah akan tunggu di sebelah sana”.

 

Aku tak tahu bagaimana nak dilafazkan. Hatiku tak dapat menerima . Takkan jadi begini. Aku yang termuda . Aku yang paling perlu berada disamping ayah dan umi. Seperti biasa bila berdepan dengan ayah aku selalunya menyepi. Ayah seorang yang penuh keyakinan. Tapi kali ini dia juga kelihatan gugup.

 

Umi tak terkata apa. Dia tak sanggup melihat mukaku.Barangkali dia lebih sanggup membatalkan pengembaraan ini . Ayah mengucup dahiku , melihat tajam ke mataku. Dia tahu ini satu ujian istimewa buat anaknya. Sudah lama dia cuba menanam keyakinan kepada anak-anaknya. Dipeluk aku erat-erat . Berat sekali rasanya. Aku tidak bersedia sama sekali menghadapi ujian ini. Bukan umur semuda aku untuk menjalani ujian seperti ini.

 

Abang Sani meminta aku bergerak segera. Aku tahu , dia juga berdebar. Namun dia juga tak ada pilihan . Kami berjalan keluar. Kami terpaksa berjalan sehingga ke pagar tempat bermula . Aku melihat beberapa orang Arab sedang bertengkar . Suara yang deras bagaikan hendak bertumbuk. Ada kereta kebal menuju kepada kami. Kami menepi . Kemudian aku lihat sebuah kereta mendekati kami. Ada empat orang dalamnya. Abang Sani menuju kearah pemandu. Entah apa yang dibicaranya. Tahu-tahu aku diminta masuk berhimpit-himpit dalam kereta .

 

Didalam kereta itu nampaknya mereka berbicara riuh rendah. Hatiku agar gementar melihat gelagat mereka. Abang Sani juga mendiamkan diri. Yang penting dia tahu pemandu akan membawa kami ketempat yang sepatutnya. Juga aku tidak dapat ikut loghat Arab yang amat kasar bunyinya. Sedikit yang aku belajar bahasa Arab di sekolah tidak dapat membantu aku memahami apa yang mereka bualkan.

 

Meluncur kereta itu bergerak sehingga sampai ke satu lokasi. Berhenti seketika . Pemandu berbual dengan seorang yang dikata penghubung. Tapi entah kenapa kereta itu bergerak lagi. Setelah bergerak tiba-tiba putar semula ke tempat yang sama. Aku tertanya-tanya mahu ke mana kami ini? Kereta itu kemudiannya sampai semula ketempat tadi. Kali ini aku diminta turun .

 

Kami berjalan ke arah sebuah “rumah” . Ada tiga empat orang sedang menunggu. Aku lihat tidak ada apa-apa dalam rumah itu kecuali sebuah lubang besar . Inilah rupanya terowong yang bakal kami lalui. Abang Sani kelihatan bercakap dengan mereka . Mereka memberi isyarat arah yang akan dilalui dalam terowong itu. Tuhan sahaja yang tahu. Aku bingung campur cemas , takut campur excited . Tak terbayang aku perlu mengelami peristiwa yang sangat mencemaskan ini. Fikiranku bersimpang siur . Malah aku terbayang tentera Israel menunggu dihujung terowong !

 

Abang Sani melangkah dahulu . Aku mengekorinya. Ada seorang dari mereka juga turut masuk. Aku lihat ada tangga yang perlu aku guna. Aku berhati-hati . Terowong itu disinari cahaya lampu mentol sepanjangnya. Jadi tidak gelap. Kelihatan lebarnya cukup untuk berselisih untuk dua orang. Tinggi terowong cukup untuk Abang Sani. Untuk aku lumayan.Tapi jika untuk orang Arab seperti Mohab , pasti harus membongkokkan badan. Dikiri dan kanan dinding terowong itu ada yang dilekatkan papan . Tidak ada kayu penyangga yang aku jumpa. Ertinya terowong ini boleh sahaja runtuh dengan mudah.

 

Fikiranku cuma satu. Agar cepat keluar dari terowong ini. Apa sahaja boleh berlaku. Tanah didinding terowong kelihatan padat dan kejap. Namun aku kira ia tidak terjamin cukup kuat . Abang Sani kelihatan berjalan penuh hati-hati. Kadang-kadang dimintanya aku berjalan dihadapannya , kadang-kadang di depannya . Dia kerap menoleh kebelakang , bertanya samada ada aku berada dalam keadaan selamat . ” Nani ok ke? ” beberapa kali dia mengulangi kepada aku. Aku mengiakan sahaja. Kedua-dua kami tidak tahu sepanjang mana terowong ini. Yang pasti ia mengerikan jika terlalu panjang.

 

 

Aku terfikir siapakah mereka yang membanting tulang menggali terowong ini. Berapa orang yang terlibat mengerjakannya ? Apakah pernah ada yang mati dalam terowong ini ? Seribu macam fikiran yang terlintas.

 

Aku terasa angin sejuk dalam terowong itu . Angin dingin itu mungkin kerana waktu menjelang senja. Namun yang jelas tidak ada sebarang bunyi yang kedengaran melainkan tapak kaki kami.

 

Tetiba satu lembaga muncul. Sepertinya dua orang . Menuju menghala kami. Aku tidak dapat lihat dengan jelas kerana dihalang oleh Abang Sani. Yang aku tahu Abang Sani terus menyapa dan berpelukan. Ustaz Muin ! Rasa tersangat lega. Hilang rasa ketakutan . Aku menarik nafas panjang. Aku yakin kami akan selamat keluar dari terowong ini. Belum sempat hendak melanjutkan langkah , aku terhenti. Rupanya Abang Sani mahu bergambar dalam terowong ! Saling pukul gambar !

 

Bukan senang nak dapat peluang seperti ini. Tak semua yang berani termasuk aku dan Abang Sani dan Ustaz Muin. Jika boleh tak siapapun yang mahu. Termasuk orang Gaza sendiri. Terowong maut kata mereka. Sudah ramai yang mati dalam ribuan terowong yang digali disepanjang sempadan Rafah. Sebabnya rakyat Gaza tidak punya pilihan. Mereka dikepong oleh Israel dari darat , udara dan laut.  Celakanya , tentera Mesir dan Israel masih bersekongkol untuk melanjutkan sekatan itu.

 

Terowong adalah urat nadi untuk rakyat Gaza. Mereka nekad , tidak ada siapapun dan apapun yang akan menghentikan mereka mengguna terowong. Ribuan tenaga nekad mencari makan melalui terowong. Yang muda , yang tua. Inilah nasib rakyat Gaza yang terperangkap dalam penjara terbuka terbesar didunia. Tak terbayang aku bagaimana mereka boleh melanjutkan hidup.

 

 

Aku baru nak faham semua ini. Kenapa harus ada terowong? Tidak pernah aku tahu sebuah negara diperlaku sebegini . Kezaliman yang terlalu jelas. Apa dosa kanak-kanak Gaza sehingga dinafikan alat pendidikan , ubat dan makanan. Inilah yang berlaku ke atas Gaza.

 

Rupanya kepungan oleh Israel telah menyekat semua. Pintu Rafah sahaja yang ada untuk membawa masuk semua bekalan ini. Namun ia juga tidak mudah. Ada barangan yang terlarang atas ketentuan pihak keselamatan Mesir dan Israel. Minyak , gas , alat gantian mobil , bahan binaan sangat susah untuk dibawa masuk ke dalam Gaza. Ada yang dirampas.

 

Apa pilihan mereka ? Menunggu dan mati hina ? Atau ikhtiar untuk bangkit dan terus melawan.  Terowong ! Itu saja pilihan yang ada . Inilah yang tak pernah aku tahu.

 

Aku memang teruja untuk ke Gaza. Paling sedikit yang aku tahu hanya mengenai penderitaan akibat keganasan paling kejam tentera Israel ke atas Gaza. Aku pernah menyaksinya dalam berita TV. Aku pernah mendengar ayahku berceramah disekolahku mengenai Gaza. Takku tahu rupanya ada persoalan terowong. Terowong yang menjadi talian hayat kepada kanak-kanak Gaza. Bukan , kepada semua rakyat Gaza.

 

Baru aku tahu inilah yang kini menjadi persoalan Gaza. ” Gaza is under siege” mengikut satu artikel yang aku baca. Jadi , sementara Gaza sangat perlu kepada bantuan kemanusiaan , ia adalah persoalan politik. Terowong adalah persoalan politik. Terowong adalah simbol penafian hak untuk hidup , hak untuk hidup merdeka.

 

Ketika dalam terowong kepalaku tidak berhenti berfikir . Berapa ramai yang bergantung hidup dengan terowong ini. Keselamatanku sentiasa dikhuatiri ayah dan umi. Tapi anak remaja sebayaku yang turut mencari nafkah hidup dengan bekerja di terowong penuh risiko ini , siapapula yang khuatir terhadap keselamatan mereka.?

 

Baru aku tahu banyak terowong yang menjadi sasaran jet pejuang Israel. Rafah adalah lokasi sasaran kerana ia merupakan tempat keluar masuk barangan Gaza – Mesir melalui terowong. Terowong adalah nyawa Gaza. Ada yang besar , ada yang kecil. Tapi yang jelas semacam ada sistem juga yang mengatur keluar masuk terowong. Ada surat izin. Ada bayaran yang dikenakan. Ada semakan pasport juga !

 

Akupun lega menghampiri hujung terowong. Abang Sany dan Ustaz Muin berjalan cepat . Bernafas cepat . Aku juga tak mahu lama dalam terowong. Terlintas dalam kepala entah mungkin dibom Israel ketika kami dalam terowong. Tamatlah riwayatku disini.

 

 

Hatiku hanya mengingatkan umi dan ayah. Mahuku hanya satu. Ayah dan umi berada didepan nanti bila aku keluar dari terowong. Inilah masa paling genting padaku . Berada dinegeri orang , di kawasan paling bahaya. Ayah memang sangat berat membiarkan aku pergi melalui terowong. Tapi dia juga bangga anak bongsunya melalui pengalaman sangat unik ini.

 

Memang ayahku itu begitu . Paling suka mengusik aku dengan mencabar fikiranku. Aku teringat wajahnya ketika bersamaku. Selalu melihat wajahku dengan penuh pengertian. Penuh kaseh . Pasti dia akan memegang tanganku agar aku jadi yakin bahawa dia disisiku. Tapi dalam terowong aku tidak bersama dia . Hanya bersama orang yang dia percaya. Abang Sani. Inilah pertama kali dalam keadaan paling tidak menentu aku terasa sangat memerlukan ayah. Dia ketua Mapim. Sangat dihormati dan keputusannya pasti boleh membuat keadaan begini lebih selesa untukku.

 

Tapi kini aku perlu bergantung kepada keyakinan diriku sendiri. Aku menetapkan pada diriku , ” Aku perlu tenang. Aku pasrah kepadaMu Ya Allah . Terlalu kerdil bagiku menghadapi ujian ini. Tapi Engkau yang menentukan . QudratMu mengatasi segalanya.Aku hanya bergantung kepada Engkau semata-mata. La haulawala quwwata illah billahil ‘aliyil ‘azim”.

 

Aku terfikir sudah pasti ratusan malah ribuan terowong di sepanjang sempadan Rafah itu menyimpan banyak rahsia. Entah yang menggalinya adalah tangan-tangan muda yang hanya mahu mencari upah untuk sesuap rezeqi. Entah berapa keluarga yang bergantung kepada mereka untuk menyara hidup. Bagi aku , tiada yang difikirkan selayaknya bagi seorang anak muda melainkan  sewajar dia berada disekolah . Belajar , bersama guru dan rakan , berada dirumah bersama ibubapa.

 

Tetapi di Gaza , ribuan yang  tidak berkesempatan menghidupi keremajaan. Jauh sekali dari menikmatinya. Malah menyabung nyawa menggali terowong menjadi kerjaya mereka. Bagaikan nyawa dihujung tombak. Usia remaja semacam tidak berharga. Pilihan hanya antara dua sahaja . Kerja keras atau mati mulia !

 

Bila sampai ke hujung terowong aku lihat beberapa orang sedang menunggu. Aku mengandai ini petugas terowong. Kami diberhentikan . Pasportku diminta.

 

Yang memegang pasportku bertanya  ” What is your name?” seorang pemuda berjambang  bertanya ” Sakinah Hanani Mohd Azmi” jawabku. Kenapa pula dia bertanya , sedangkan pasportku ada ditangannya. Kemudian dia menyerah semula pasportku selepas membelek-beleknya . Cemas juga rasanya. Entah tidak lepas pula kali ini. Mataku melihat disekeliling. Ada sebuah mobil menunggu. Dipersekitaran bagaikan rumah yang ditinggalkan. Aku tetap mencari ayah. Dia berjanji akan menunggu aku.

 

” Ah ! Aku perlu belajar berdikari. Perlu berani menghadapi apa yang perlu ku hadapi. Kehidupan dalam usia beginilah kesempatan terbaik untuk aku membina keyakinan”

 

Teringat pasport aku baru disiap sebelum aku berangkat ke Cairo via Singapore bersama 30 orang lebih delegasi Mapim ke Gaza. Jumlah semuanya aku tak pasti. Katanya 77 orang . Satu rombongan lagi jadualnya dari KL langsung ke Cairo. Tapi bertemu di Cairo semua 77 orang dan dua buah bas disewa dari Cairo menuju ke sempadan Rafah.

 

Rasanya aku termuda agaknya. Sekarang terpaksa pula masuk melalui terowong. Hairan juga aku. Kenapa untuk keluar dari Mesir harus menjadi susah. Yang sepatutnya susah ialah untuk masuk ke Palestin. Kenapa Mesir pula yang menentukan siapa boleh keluar , siapa yang tidak. Gambaran mengenai persoalan Gaza semakin memeningkan aku. Tahulah aku betapa isu ini lebih besar dari hanya persoalan terowong semata-mata.

 

Demikan aku semakin paham betapa Gaza dan terowong berkait dengan dengan soal Amerika mendokong Israel. Pernah aku terbaca kata-kata ” Israel itu adalah Amerika kecil dan Amerika itu adalah Israel besar “. Inilah yang menyebabkan remaja semuda aku tak memahami penderitaan Gaza . Ia sangat besar kaitannya dengan politik dunia yang melibatkan kuasa besar seperti Amerika.

 

Setiap kerikil di terowong itu melambangkan persoalan politik dunia. Mereka yang bertarung nyawa menggali terowong adalah berkait dengan isu politik dunia. Sebab itu aku tidak merasa takut hanya kerana bahaya berada dalam terowong . Tapi aku cemas kerana terowong adalah sasaran Israel untuk memotong aliran nyawa dan talian hayat Gaza.

 

Aku sempat memerhatikan pemuda-pemuda yang menyambut aku dan Abang Sani di hujung terowong . Kelihatan matang dan sangat serius. Memang mereka jauh memahami persoalan disebalik terowong ini. Aku memerhatikan ada semacam satu ketegasan yang tidak boleh digoyah oleh Israel dengan serangan seganas manapun.

 

Sejak 2006 sejumlah terowong digali bukan sahaja sebagai pilihan menyambung nyawa Gaza , tetapi adalah juga satu “resistance” yang sangat mencabar Israel dan Ameirka . Tidak ada istilah ” give in ” atau ” give up”. Yang ada hanya ” stand up dan fight ” . Aku lihat wajah mereka membayangkan kekentalan jiwa juang mereka. Sudah banyak yang dimusnahkan , ribuan yang dibunuh  oleh Israel. ” what more have they not done to us ” seperti kata-kata yang terukir dibibir mereka.

 

Kini aku hanya dapat merasa tidak lebih dari sekitar 5-10 minit berada dalam terowong. Secebis rasa azab , sekelumit rasa sempit , sepintas rasa ngeri , sedetik rasa takut , dan setitik rasa derita . Yang sedikit dari sebuah kesengsaraan yang sudah berlarutan sejak 1948. Ya , Israel telah mengazab rakyat Palestin sejak 1948 . Satu kezaliman yang hanya mungkin dilakukan oleh sebuah negara bernama Israel bersaiz hanya kelingking dikelilingi oleh negara-negara Arab yang besar kerana dibelakangnya adalah kuasa dunia iaitu Amerika.

 

Nah , inilah yang aku katakan politik disebalik terowong. Ertinya penyelesaian Gaza ialah penyelesaian politik.

 

Susah juga aku dalam usia semuda ini mahu memahami isu sebesar ini. Tapi ini bukan alasan. Terowong ini akan menjadi kelas aku yang istimewa kali ini. Setiap langkahku adalah pelajaran , setiap nafasku adalah ujian. Jika aku lulus maka perjalananku ini akan bermakna sekali. Sebaliknya jika aku gagal , terowong hanya satu episod ngeri.

 

Terowong ini hanya berlantaikan pasir. Aku kurang tahu ilmu geologi mengenai tanah. Tapi yang aku tahu jika ia berpasir bermakna dia mudah lerai dan luruh. Bermakna tidak perlu menunggu dibom. Bila kekuatannya sudah maksimal , daya tahannya tidak mungkin lama . Tak menentu. Bila-bila sahaja ia boleh runtuh dan sekelip mata sahaja ia boleh jeblos.

 

Hairan juga aku. Ketika ia digali bagaimana ia boleh bertahan. Kerana kelihatan seperti sebuah telaga yang digali dari atas , kemudian melandai kebawah. Aku membayangkan penggali telaga tidak sebahaya menggali terowong. Sebabnya telaga hanya perlu digali lurus ke bawah. Tapi terowong harus digali kebawah kemudian mendatar. Mungkin tidak mendatar seluruhnya. Ada ketika lantai meninggi , ada menurun.  Harus bermula dari mana dan akan digali untuk muncul dimana? Ertinya , perlu diukur juga. Tak boleh main agak-agak sembarangan.

 

Entah dari mana ilmu terowong ini mereka perolehi. Andaian aku hanya satu. Kalau sudah terdesak apa sahaja boleh dilakukan. Memang itulah bayangan aku. Survival adalah dorongan yang membuat mereka nekad. Soalnya jika tidak begitu , kehidupan akan terhenti terus.

 

Sebaik sahaja kami keluar dari terowong tanpa lengah kami terus menaikki kereta yang dipandu laju meluncur ke arah mana aku tidak pasti. Ustaz Muin rancak berbicara dengan abang Sani. Semua dalam kereta saling bercakap. Aku diam sahaja . Aku hanya mahu segera dipertemukan dengan ayah dan umi dan kakakku Ilham. Hati lega bercampur bingung. Sambil mahu melihat-lihat keadaan di Gaza , hatiku maseh tertanya-tanya begini parah sekali Gaza harus melalui kehidupan. Akan aku saksikan seterusnya dengan mata kepalaku sendiri dalam misi kemanusiaan 4 hari yang aku sertai ini.

 

Apabila sampai di mat’am di tengah bandar Gaza , aku tak terkata apa , bila melihat ayah. Dia menyambutku dan dipeluk aku erat , wajahnya berseri. Kedengaran beberapa tepukan tangan para ahli rombongan dan ungkapan “alhamdulillah” , “tahniah”. Aku terus mencari umi dan Kak Ilham. Mencium dan dicium umi dan kakak Ilham , bagaikan tak bertemu sekian lama.

 

Berlalu sebabak hidupku yang belum selesai. Aku siap menanti babak seterusnya dengan penuh yakin.

 

 

…………………………………………………………

 

KEMBALI KE TEROWONG UNTUK KELUAR DARI

GAZA

 

Aku merasa istimewa sekali. Di kamar hotel , aku sudah menjangka. Ayah paling banyak bertanya kepadaku . Seperti biasa , ayah paling cepat mencipta nama . Mulai sekarang katanya , aku digelar ” the tunnel girl” . Kak Ilham paling cepat respon ” Yes ! The tunnel girl ” . Umi hanya ketawa kecil . Kerana baginya nama itu tidak penting. Yang penting anaknya berada disisinya.

 

Mula-mula aku tidak berapa teruja dengan gelaran itu. Tapi entah kenapa , aku terlintas , ayah memang ada hajat besar untukku. Dia itu tak pernah kering idea. Sebab itu aku tak pernah melihat ayah sunyi dalam berfikir. Umi selalu menegurnya agar berihat . Jangan terlalu banyak merancang itu dan ini. Sungguh aku dan umi pernah melihat ayah kesakitan , pernah menyaksikan dia kehabisan tenaga. Jika kami bercerita tentang keadaan dirinya bila dia sakit , dia hanya sepi seketika. Selepas itu bersiap lagi untuk ke program entah apa lagi. Umi hanya diminta menyiapkan bekalan pakaian untuk beberapa hari dia akan berprogram. Kadang-kadang aku sendiri tak tahu kemana dia akan pergi. Untuk meminta dia agar berhenti , tak mungkin. Kerana aku tahu ayah sudah mewakafkan dirinya. Tak mungkin dia berhenti dari bekerja untuk umat.

 

Begitulah ketika aku memperkenalkan diriku disalah satu perjalanan di atas bas ketika di Gaza , aku berbicara , ” ayah panggil saya the tunnel girl ” . Demikianlah . Bila  aku bertalu-talu ditanya oleh ahli rombongan , mereka juga menggelar aku ” the tunnel girl “.

 

Disaat misi berakhir , aku berdebar lagi. Seusai semua lawatan dihari terakhir di Gaza, kami langsung bergerak ke sempadan Rafah untuk keluar dan masuk ke Mesir semula. Kalau sudah masuk melalui terowong , pastinya keluar Gaza perlu melalui terowong juga. Aku harus berpisah dengan ayah dan umi dan kakakku lagi.

 

Aku sempat pamitan dengan umi. Umi memeluk aku erat-erat . Walaupun dia pasrah , sebagai umi , aku tahu dia sangat berat hati melepaskan aku untuk masuk terowong lagi. Dia pernah ditegur ahli rombongan , bagaimana dia boleh tenang. Umi menjawab dia hanya serah kepada ketentuan Allah. Umi insan istimewa buatku. Terasa bersalah kadang-kadang melihat umi bertungkus lumus menguruskan aku ke sekolah. Sedangkan dia terus sibuk dirumah tapi sering kalut menguruskan kerja sosialnya dalam Salimah , sebuah Ngo , yang aku juga diheret umi untuk turut bergiat. Hairan juga aku melihat umi . Masakan sudah pencen , lebih sibuk berbanding ketika mengajar sebagai guru disekolah.

 

Kakak Ilham juga merenung wajahku dengan penuh harapan. Dia tahu perangaiku yang kelihatan bersahaja. Namun kali ini dia juga menyimpan rasa khuatir. Sepanjang aku bersama dia aku paling rasa aman. Memang dia jauh pengelaman berkembara berbanding aku. Jauh luas ilmunya . Lebih tajam pengamatannya. Aku juga mengharapkan doanya untuk keselamatanku.

 

Aku segera diminta menaikki kereta , berpisah dari bas rombongan yang akan bergerak ke kawasan sempadan Mesir. Sempat sebentar bersalaman dengan ayah , yang terus mendoakan agar aku selamat.

 

Kali ini debaran tidak sehebat ketika aku masuk. Cuma sedikit khuatir dan mushkil. Apakah keluar melalui terowong yang sama ?

 

Kereta bergerak laju menghantar aku dan abang Sani. Bersama dengan beberapa orang Gaza sendiri , kami menuju ke lokasi terowong. Rupanya kami akan melalui terowong yang sama. Sedikit lapang rasanya. Kerana tidak perlu berfikir apakah keadaan terowong yang akan dilalui. Kalau sudah kenal , maka tak terlalu susah untuk mengagak. Soalnya adakah satu pengelaman yang lain yang aku akan tempohi pula?

 

Sebaik sampai , kami terpaksa menunggu lama di luar rumah terowong. Aku tak faham. Nampaknya mereka yang mengatur laluan kami . Mereka saling berbicara . Aku dapat meneka dari beberapa kalimat yang disebut oleh mereka, ia berkaitan dengan soal laluan dan keadaan yang akan dihadapi disebelah Mesir.

 

Panas menikam perit ke tulang. Tapi angin Gaza rasanya maseh enak berbanding panasnya Mesir. Aku tidak fikir terlalu banyak kali ini. Hanya mahu melepasi terowong dengan selamat. Abang Sani bersalaman dan  berpelukan dan pamitan untuk berpisah dengan kumpulan yang menghantar kami. Mereka melafazkan doa agar perjalanan kami aman.

 

Aku melangkah masuk ke terowong. Terasa sedikit udara panas . Laluan ini sangat segar dalam ingatanku. Tiada yang berbeda sejak 4 hari sebelum ini  ketika aku masuk dari Mesir. Langkah kami kali ini sedikit cepat dari yang sebelumnya. Abang Sani sempat lagi bergambar ( sebenarnya sangat dilarang untuk berfoto ) . Aku mahu segera keluar.

 

Memang melalui terowong bukan sahaja bahaya , akan tetapi juga perlu bayaran yang tinggi juga. Aku tidak tahu setepatnya berapa ongkosnya. Pokoknya harus bayar. Sebab itu dalam keadaan terdesak begini , rakyat Gaza sengsara berganda. Bahaya , berisiko besar dan perlu biaya besar. Aku tak boleh membayangkan jika aku berada dalam situasi begini. Apakah untuk mempertahankan hak hidup , Gaza dibiar menderita. Ekonominya lumpuh , taraf kesihatan sangat perit , kemudahan asas musnah , sekolah hancur , hospital dibom , masjid dibedil . Gaza terputus bekalan eletrik 8-10 jam setiap hari.

 

Aku membayangkan betapa persoalan terowong ini sudah dimaklumi sedunia. Nasib rakyat Gaza yang terpaksa menagih simpati untuk boleh masuk ke Mesir sering menghadapi proses yang sangat sukar. Untuk mendapat kelulusan melewati cara yang biasa iatu melalui imigrisen juga sangat rumit. Ada yang menunggu giliran berbulan-bulan untuk mendapat kelulusan.Ada yang diharamkan terus setelah disaring dengan ketat oleh perisik Mesir.

 

Terowong bagi setengah rakyat Gaza sudah menjadi pilihan yang satu-satunya. Kalau sudah terdesak tak perlu berfikir panjang. Risiko tidak dikisahkan. Setelah  sekatan darat , udara dan laut dikenakan ke atas Gaza , untuk keluar dan masuk melalui terowong adalah satu kebiasaan. Terowong persis lubang bernafas untuk Gaza yang dicekik.

 

Aku terbaca maklumat terowong Gaza. Terowong mulai digali sejak 2006. Sehingga sekarang ada lebih 1000 terowong.Yang lebih mengerikan ialah ada yang mati dalam terowong akibat serangan Israel dan ada yang mengatakan terowong disalurkan gas beracun. Pihak Mesir pada zaman Hosni Mubarak pernah memerintahkan agar  ditanam besi geriji sepanjang sempadan Mesir-Gaza untuk menyekat terowong digali.  Dikatakan lebih 240 yang mati dalam terowong akibat runtuhan atau serangan bom Israel.

 

 

Aku mula membaca kisah terowong Gaza melalui google . Sangat memeranjatkan aku. Lagi banyak yang aku cari maklumat lagi faham aku betapa isu terowong ini sudah diketahui umum. Akan tetapi mengetahui mengenainya dan mengalami melaluinya adalah berbeda.

 

Ada terowong yang mengguna “lift” turun ke bawah seolah telaga . Ia digali begitu kerana lokasi dan tanah yang memerlukan terowong begitu. Dilengkapi kabel dan ril besi. Turun kebawah sedalam 30 meter. Terowong juga ada yang seluas muatan kereta . Sudah pasti jenis terowong begini diperkukuh dengan penyangga yang kuat.

 

Aku baca sebuah festival yang pernah dianjurkan di Gaza. Namanya Palfest

( Palestine festival ). Berani sungguh peserta dari beberapa negara Eropah dan Arab. Sehari sebelum masuk terowong ada satu terowong yang sedang digali runtuh dan seorang pemuda  19 tahun Hamada Abu Shalouf dari Rafah terbunuh.

 

 

Ketika ditanya kepada seorang pria penggali terowong ,  apakah dia takut. Jawabnya ” tidak pernah” sahutnya lagi ” Kami singa ” . Tapi bagiku seekor singa sekalipun tak boleh survive dalam keadaan begini jika tertimbus.

 

Apakah justifikasi hilangnya nyawa seorang remaja bernama Hamada dan anak-anak yang lain dan saudara serta bapa mereka yang terbunuh hanya kerana mahu menghubungkan Gaza kepada dunia luar.

 

Terowong sekali pandang memang satu keperluan , tapi kini juga sudah jadi mata pencarian kepada peniaga Palestin. Pokoknya ia menyambung nyawa ekonomi Gaza.

 

Aku perhatikan terowong ujud dalam kawasan  yang sebelum ini  diduduki rakyat Gaza sebelum dimusnahkan oleh Israel pada 2003-2004. Kini kawasan ini dipenuhi alatan penggali terowong dan setor yang diselindungi khemah .

 

Aku terlihat lori yang membawa pelbagai barangan termasuk gravel , batang besi , simen , batu bata. Ada terowong yang membawa masuk minyak benzin yang dipam kedalam tangki plastik yang pastinya untuk diedar diseluruh Gaza.

 

 

Pelbagai keperluan lain seperti generator dibawa masuk melalui terowong kerana Gaza bergelap hampir separuh hari setiap hari kerana tidak cukup elektrik. Aku membayangkan derita pesakit di hospital , di rumah , di sekolah , di universiti.

 

Aku berhitung sendiri. Mungkinkah terowong ini boleh memenuhi kehendak 1.7 juta penduduk di Gaza? Dalam keadaan begini aku tahu Gaza tak boleh bertahan lama.. Nampak beberapa bangunan sedang giat dibina , akan tetapi tak boleh dikata ekonomi sedang maju.

 

Aku bertanya dengan ayah ” Mereka bina bangunan-bangunan itu dengan bahan apa?  Sambil melihat keluar tingkap hotel , ayah menjawab” dengan batu-bata bangunan yang telah musnah dibom oleh Israel dan semua sisa serpihan batu-batu itu dikitar semula “.

 

Aku tak habis-habis kehairanan. Adakah mungkin rakyat Gaza boleh bertahan dalam keadaan yang sangat rumit sudah hampir 7 tahun sekatan dikenakan sehingga rencana ini aku tulis. Yang pasti apa sahaja yang masuk melalui terowong tak mungkin dapat memenuhi keperluan Gaza , dari segi kuantiti mahupun dari segi kos. Mereka tak punya pilihan . Gaza perlu berusaha membina , dan membina semula.

 

Persoalannya bila melihat semua ini , kenapa bila semua orang tahu mengenai operasi terowong berskala ini , maseh tidak dapat membela Gaza?

 

Mesir memang tahu operasi terowong ini . Pihak  keselamatan tahu dimana mereka beroperasi. Jadi , kenapa pihak Mesir tak mahu mengizinkan barangan keperluan melewati melalui saluran biasa.?

 

Baru aku tahu , Israel memang mahu menyisihkan ekonomi Gaza. Mesir telah lama mengikat perjanjian dengan Israel. Jadi syarat masuk ke Gaza ditentukan oleh Mesir dan Israel. Jelas tujuan Israel juga adalah untuk memaksa Gaza bergantung kepada barangan dari Israel. Sehingga Shekel iaitu nilai wang Israel juga diguna dalam urusniaga di Gaza.

 

Ah ! Aku harus cepat dewasa dan matang untuk memahami politik Israel ini. Tidak , harus segera faham situasi seluruh politik dunia. Politik terowong , politik Israel , politik Amerika dan politik dunia. Rupanya saling berangkaian dan berkaitan.

 

Sekali pandang tanpa memahami perjalanan ekonomi , aku yang semuda inipun boleh menangkap. Terowong adalah satu kompromi yang sebenarnya telah memakan ratusan nyawa walaupun untuk memungkinkan ekonomi Gaza bernafas. Gaza bergantung kepada ekonomi bawah tanah. Mahu tak mahu inilah realitinya. Tak boleh berniaga diatas tanah , jawabnya harus beroperasi dibawah tanah.

 

Pintu Rafah sering buka dan tutup. Ertinya ia jadi pintu penjara buat Gaza. Realiti yag sangat brutal. Rakyat Gaza terpaksa menagih simpati untuk keluar dan masuk ke Gaza. Hatta untuk mendapat rawatan pesakit sekalipun. Bagaikan peminta sedekah.

 

Baru aku tahu selepas Arab Spring keadaan tak terlalu banyak berbeda.  Mesir maseh menguatkuasakan polisi bahawa mereka yang berumur dibawah 40 tahun sering dihambat balik ke Gaza . Polisi ini sama dengan keadaan yang dikenakan Israel keatas pemuda dibawah umur 40 tahun yang dilarang untuk masuk ke Jurusalem atau Baitul Muqaddis. .

 

Antara Mesir dan Gaza memang terasa berbeda. Sepanjang lawatan yang aku ikuti , di Gaza  ada ketertiban dalam kekurangan. Ada disiplin dalam kedhaifan. Ada keazaman dalam penderitaan.

 

Lawatan kami disambut dengan meriah dan mesra. Wajah yang menumpaskan kekecewaan sangat terserlah. Mereka tidak nampak mahu menagih kesian balas. Malah melihat petugas-petugas mereka yang mengurus kedatangan kami , membuat kami malu.

 

Kami tahu mereka memendam keperitan dihadapan kami. Mereka melupakan kesengsaraan kerana menyambut kami. Mereka menutupi kepedihan untuk merasa riang mendakap kehadhiran kami. ” you have made an effort to come thousands of miles from your home just to visit us . What more do we need ?” membuat mataku bergenang .

 

Ketika berpisah sekali lagi tidak terlihat kesedihan , melainkan sedih kerana kami tidak lama bersama mereka. Banyak yang mereka ingin kongsikan. Mereka bangga dapat menjalin ukhuwwah dengan kami. Lafaz yang berulang kali aku dengar hanya ini , ” Insyallah , we will one day pray together in Masjid Al Aqsa ” sebagai pesan kepada kami bahawa mereka akan berjuang sehingga target mengembalikan Masjid Aqsa kepada kaum Muslimin akan tercapai.

 

Lain pula halnya bila aku perhatikan ketika aku sampai di bangunan imigresen Mesir disempadan Rafah sebelum aku terpaksa mengguna laluan terowong. Aku perhatikan keadaan tidak terurus dan kotor. Entah kenapa . Aku amati pegawai imigresen dan polis Mesir tidak menentu cara bekerjanya. Nampak semacam tegas tapi sistemnya juga tak teratur. Melihat gelagat pekerja upahan yang berkelahi berebut pelanggan untuk meraih upah lumayan , dibiar oleh polis. Untuk keluar Mesir dikenakan cukai . Demikian untuk masuk Mesir juga dicukai. Aku tak tahu hal ini sehingga aku diberitahu ayahku.Di sebelah Mesir , semua serba tak menentu. Memerhati gelagat pegawainya tak ada yang tak kecewa.

 

Sebab itu Gaza terpaksa menerima dua beban. Beban dari Mesir dan ancaman dari Israel. Sementara Mesir maseh mengguna kuasa tentera dan perisik untuk memantau keluar masuk penduduk Gaza , pintu Rafah maseh tidak mudah . Tidak sedikit mereka yang berulang berkali-kali untuk keluar dari Gaza di Rafah tetapi tidak berjaya. Begitu juga bagi yang mahu masuk ke Gaza , Mesir tidak memberi laluan mudah. Ada yang terpaksa menunggu dipintu Rafah berminggu-minggu untuk masuk.

 

Manakala dari Israel pula ialah serangan yang tidak menentu. Terutama di sempada Rafah. Israel mendakwa senjata diseludup masuk melalui terowong. Tetapi sebenarnya Israel mahu memenjara Gaza.

 

Gaza berhadapan dengan permainan penuh tidak adil. Aku cuba berfikir apakah yang boleh disamakan keadaan ini dengan suatu permainan. Ya , permainan merebut kerusi.

 

Begini. Peserta berjalan keliling sebilangan kerusi yang kurang jumlah dari bilangan peserta. Muzik dibunyikan dan peserta bergerak keliling kerusi yang diletak ditengah. Bila muzik dihentikan peserta berebut kerusi . Akan ada peserta yang tidak dapat kerusi lalu tersingkirlah dia. Muzik dimainkan lagi dan seterusnya dan seterusnya.

 

Jika permainan ini melibatkan peserta dari Israel dan Gaza , peserta Israel jadi sangat ganas. Belum muzik dimainkan mereka sudah mendudukki kerusi. Jika ada kerusi yang dapat dimilikki peserta Gaza , peserta Israel akan merampasnya dengan paksa. Peserta Gaza dihalang untuk mendapat kerusi dalam permainan itu sehingga akhirnya mereka nampak macam mengalah.

 

Mungkin tidak tepat untuk mengatakan mereka mengalah. Kerana sebelum ini aku mengatakan mereka akan terus melawan. Tapi perlawanan itu sangat berat kerana yang menjadi mangsa ialah kanak-kanak , wanita dan warga emas. Tak terdaya aku melihat wajah anak-anak Gaza yang berlari dilorong-lorong bangunan rumah yang daif. Apa masa depan mereka . Allah sahaja yang Maha Tahu.

 

Kisah aku keluar terowong mendebarkan juga. Katanya harus lebih berhati-hati kerana polis Mesir pernah menangkap mereka yang keluar dari terowong. Didalam terowong aku terlintas entah berapa orang yang telah ditangkap sebaik keluar dihujung terowong sebelah Mesir. Terdengar cerita ahli rombongan dari negaraku sendiri sudah berapa kali melewati terowong dan ada yang tertangkap dan disoalsiasat. Ngeri juga kalau berfikir aku akan melalui episod yang sama.

 

Setiap tapak aku melangkah ,  tak terbayang entah ada lagi pengalaman untuk aku lalui seperti ini. Kerana setiap kerikil dilorong sempit itu pasti menjadi saksi kepada segala yang berlaku. Dan pasti cerita mengenai aku termasuk dalam diari cerita diterowong itu. Kalaulah dinding dan kayu , pasir ,kerikil dan udara yang ada dalam terowong itu boleh berbicara , aku pasti mahu menunggu dan mendengarnya. Apakah kisah mereka yang menggali terowong ? Apa nasib mereka yang tercedera ?. Apa bekalan yang masuk dan keluar ?. Berapakah insan yang terkorban.? Demikian terlalu banyak yang aku perlu tahu…akan aku tanya batu dan dinding dan kerikil dan udara dalam terowong ..soalan itu semua.

 

Aku tidak pandai bertanya. Ingin rasanya bersembang dengan ayah kisah terowong. Ayah tak pernah melalui terowong. Tapi dia tahu benar segala cerita disebalik terowong. Benakku mendesak agar selepas ini aku banyak bertanya dengan ayah. Sebab itu berada dalam terowong terlalu lama tak bijak. Lebih baik dunia tahu betapa keadaan sebegini tak boleh dibiarkan. Kerana , jelas sekali. Untuk apa sebuah populasi menggelar dirinya merdeka padahal untuk hidup harus bertarung dengan terowong maut.

 

” Soal Palestin sudah 65 tahun . Masih tak selesai. Ikutkan tak ada satu bangsa yang dapat bertahan dengan penderitaan seperti ini . Tanah dirampas , anak dibunuh , kedaulatan negara dinafi. Rumah dimusnah ….” ayahku kelihatan serius menjelaskan kepada aku dan Kak Ilham.

 

” Kenapa kita tak dapat buat apa-apa?” tanya Kak Ilham. Aku menunggu ayahku menjelaskan.

 

” Kita harus tahu. Soal Israel adalah soal siapa yang mendokongnya . Amerika dan UK. Mereka dah mengunci mati soal Israel. Apapun terjadi Israel tetap akan dipertahankan. Tapi lebih dari itu ialah Israel cukup licik mengguna kuasa Amerika. Mereka punya strategi mengguna White House dan Kongress Amerika. Siapapun yang menjadi Presiden Amerika takkan berani menolak Israel ” ayah selalu serius bila berbicara soal umat Islam. Cuma aku yang terpingga-pingga. Aku perlu cepat matang …

 

Teringin bertanya tapi tak tahu. Aku gagahkan. ” Kenapa Mesir tak bantu Gaza?” tanyaku. Aku betul-betul tak faham.

 

“Begini ceritanya. Mesir dan sebenarnya kullu negara Arab sudah lama dibawah pengaruh kuasa Barat. Banyak pemimpin mereka menjadi boneka Amerika bertahun-tahun. Dasar Amerika ialah pastikan negara Arab tak bersatu. Dengan itu Israel dapat berkuasa di tengah-tengah negara Arab…..” berkerut dahi ayah berbicara dengan anak-anaknya.

 

“…jadi walaupun Mesir sudah berubah pemimpin iaitu Hosni Mubarak dijatuhkan dan naik Mohammad Morsi , namun kesan pemerintah tentera zaman Hosni amat kuat sehingga hari ini. Perjanjian Mesir dengan Israel masih belum dapat diubah. Amerika maseh menekan Mesir dengan kuasa ekonomi. Sebab itu Mesir belum boleh membantu membebaskan Gaza sepenuhnya.” jelas ayah.

 

” Gaza menjadi mangsa percaturan Amerika ” sampuk Kak Ilham.” Benar” jawab ayah spontan.

 

” Kempen Mapim ada kesan  ke?” tanya aku lagi.

 

” Mapim antara ribuan NGO yang bergiat untuk Palestin. Dah lama dah bermacam usha dilakukan . Ada yang berjaya . Banyak yang tidak. Tapi jika dilihat secara usaha berterusan , kejayaan-kejayaan kecil akan membawa kepada kejayaan besar.” ayah tak pernah kecewa bila menjawab soalan begini.

 

” Kita tidak harus melihat perjuangan ini dalam masa satu generasi. Ayah selalu mengingatkan , meraih kejayaan tidak semestinya dimasa ayah hidup. Juga mungkin tidak pada zaman kamu pun. Lantaran itu menjawab kenapa kita masih belum melihat kejayaan untuk membela umat , harus dengan jawapan yang penuh yakin bahawa kita tidak pernah gagal tetapi kemenangan kita adalah pada usha kita. Menang berusaha mengatasi pilihan untuk tidak berbuat apa-apa.” kata-kata hikmah ayah yang pasti aku akan ingat sepanjang hayatku.

 

Ayah giat berkempen untuk Palestin. Sudah lama dia aktif untuk itu. Rasa kesal pula tak dapat ikuti gerakerja ayah.. Hanya mendengar kisah dia ke sana ke mari saja. Sayang aku terpaksa tumpu kepada persekolahanku. Tapi ayah punya pemikiran lain dalam mengasuh anaknya untuk bergiat dari usia muda lagi. Sebab itu jika keadaan mengizinkan dia ingin aku bersama dalam programnya. Cuma aku sahaja yang malas.

 

Aku tertarik dengan usha Ayah mendekati sasterawan negara Datuk A.Samad Said . Dalam album Siapa Peduli , ayah turut merekacipta lirik lagu-lalu khusus untuk Palestin . Pak Samad diajak mendeklamasi puisinya dalam album itu. Amat menyentuh jiwaku .” Anak-anak Palestina ” judul puisinya. Ditulisnya dengan kata-kata penuh makna . Baru sekarang aku menjiwainya . Pembaca puisi oleh  Pak Samad sendiri dirakam berlatarbelakangkan muzik sayu . Tak aku paham semuanya puisi itu tapi yang pasti puisi itu bukan hanya kata-kata tapi adalah luahan jiwa yang cuba merasa.

 

Demikian aku terbaca satu tulisan :

 

Seorang kanak-kanak Gaza , Saif, menangis bila dia cuba membaca sajak untuk sebuah majalah Al-Monitor berjudul “Flying”:

 

“It is easy to fly … You spread your wings as far they go … Use them to flap in the air … You will start to rise up from the ground … But first,… open the cage.”

 

Terowong yang aku lalui tak terlalu panjang. Tapi cukup menakutkan jika terperangkap. Aku tak yakin sepenuhnya keutuhan terowong itu. Aku pasrah. Memang pun mereka yang menggalinya tak percaya ia boleh bertahan sampai bila-bila. Jadi terserah nasib. Kalau selamat ,  ya selamatlah. Jika tidak , selesai !

 

Aku sempat melihat kiri kanan dinding terowong itu. Cuba meneka bila ia di siapkan. Tekaan aku , ia agak baru. Sebabnya ada tanda kerikil yang baru di pecah. Lampu yang dipasangpun kelihatan baru. Ah !  Tak penting meneka lama atau baru. Yang pasti ia masih diguna. Nampaknya lebih diguna untuk laluan manusia. Bukan laluan barangan.

 

Pihak Mesir dan Gaza dan Israel tahu mengenai terowong. Soalnya operasi menyerang terowong sehingga sekarang tidak mematikan tekad Gaza. Sudah terbiasa , termusnah satu terowong pada satu operasi , akan ada lagi satu terowong  digali. Tak aku tahu siapa empunya terowong. Katanya setiap terowong punya tuan. Satu maklumat yang aku tahu terdapat lebih kurang 500 tuan. Ertinya ada tuan yang memilikki beberapa terowong. Bermakna juga terowong juga adalah bisnes. Bisnes lumayan juga .

 

Jadi wang yang dibayar untuk aku melalui terowong punya sumbangan ekonomi kepada Gaza. Ia menyumbang kepada pekerjaan dan juga kepada survival keperluan Gaza. Namun takkan boleh berterusan seperti ini. Selain tidak ada pilihan , terowong bikin ekonomi Gaza terpencil.

 

Terowong sekecil itu , menyumbang kepada ekonomi Gaza . Aku gelar ekonomi ini ekonomi menindas . Persis makanan di suap. Tapi tangan diikat. Bagaikan mithal yang nampak melampau namun itulah realitinya . Disuruh bernafas tapi lehir dicekik !

 

Tak cukup hanya itu. Nelayan juga menjadi mangsa. Aku teringat ayah bertemubual beberapa orang nelayan ditepi pantai Gaza. Kelihatan puluhan bot nelayan pantai. Tak aku tahu laut Mediteranean yang berhadapan kami seluas mata memandang tidak dimilikki Gaza. Nelayan Gaza hanya boleh mencari nafkah tidak lebih dari 6 batu nautikal. Jika melebihi , akan  ditembak tentera laut Israel. Sudah berlaku beberapa kejadian nelayan di tembak. Sebelum ini katanya nelayan dihadkan kepada 3  batu nautikal sahaja. Setiap tangkapan setiap hari di laut harus dibawa mengadap tentera laut Israel sama ada dibenar membawa balik tangkapan ikan atau disebaliknya.

 

Teringat aku peristiwa serangan Israel terhadap kapal kemanusiaan Mavi Marmara pada 2010. Berita insiden itu terpancar diseluruh dunia. Wakil Malaysia juga berada dalam kapal tersebut. Padahal kapal itu hanya merupakan misi kemanusiaan dan maseh berada diperairan antarabangsa ketika diserang.

 

KEMBARA DI GAZA

 

Aku belajar banyak dalam misi lawatan Mapim ke Gaza. Satu lawatan yang mengisi minda dan jiwaku yang tak mungkin aku perolehi disekolah. Melihat kemiskinan tapi tetap ceria , penderitaan tapi tetap mesra , kesempitan tapi tetap cergas dan penuh harap.

 

Dalam acara kemuncak yang aku turut bangga ialah peresmian Masjid Umar Abdul Aziz oleh Perdana Menteri Gaza Dr Ismail Haniyeh , mesra dipanggil Abul Abid . Masjid itu yang kedua dibangunkan dari usaha Mapim . Ayah menjadi tetamu khas mengiringi Abul Abid untuk menarik kain peresmian masjid. Aku lihat ayah berada disisi Abul Abid . Ayah turut berucap. Nampak bersemangat juga dia berucap sehingga disambut dengan takbir oleh hadhirin. Padahal aku tahu dia bukan sihat sangat. Umi selalu risau takut berulang lagi peristiwa dia pengsen bila berucap. Abul Abid juga amat menghargai usaha Mapim membantu tapi dia tetap bersemangat berucap selepas ayah selesai.

 

Ada satu perkara yang aku perhatikan sungguh-sungguh. Aku lihat kanak-kanak amat ceria , berani mendekati tetamu dan teruja tanpa malu. Berlari-lari. Kejar-mengejar. Seperti kanak-kanak yang lain. Mungkin jika ditanya perorang akan ada yang mencerita kisah sugul. Mengenai teman yang terbunuh . Mengenai tangisan abang dan kakak , mengenai bapa dan ibu yang syahid.

 

Memang cerita Gaza adalah cerita derita dan pedih. Tapi dalam kesedihan ada juga kehidupan. Ada majlis perkahwinan , ada perayaan , ada majlis tamat tahfiz , ada hari graduasi. Ini yang membuat aku teruja benar dengan wajah Gaza.

 

Terlintas aku lagu terkenal tatkala Gaza dibantai seganasnya pada 2008-2009. Lagu oleh Micheal Heart ” We will not go down “

 

A blinding flash of white light

Lit up the sky over Gaza tonight

People running for cover

Not knowing whether they’re dead or alive

 

They came with their tanks and their planes

With ravaging fiery flames

And nothing remains

Just a voice rising up in the smoky haze

 

We will not go down

In the night, without a fight

You can burn up our mosques and our homes and our schools

But our spirit will never die

We will not go down

In Gaza tonight

 

Women and children alike

Murdered and massacred night after night

While the so-called leaders of countries afar

Debated on who’s wrong or right

 

But their powerless words were in vain

And the bombs fell down like acid rain

But through the tears and the blood and the pain

You can still hear that voice through the smoky haze

 

We will not go down

In the night, without a fight

You can burn up our mosques and our homes and our schools

But our spirit will never die

We will not go down

In Gaza tonight

 

We will not go down

In the night, without a fight

You can burn up our mosques and our homes and our schools

But our spirit will never die

We will not go down

In the night, without a fight

We will not go down

In Gaza tonight

 

 

Minatku kepada lirik lagu ini sangat terangsang. Semangat tidak mahu mengalah. Keazaman dan tekad untuk melawan tersurat dalam kata-kata yang dikumandangkan. Luar biasa… Inilah yang menyebabkan ayah sering mengulangi teladan yang perlu anak muda belajar dari Gaza.

 

” Tanpa semangat ini , Gaza tak mungkin boleh bertahan. Jika Palestin sudah bertahan selama 65 tahun , apa kita mungkin bertahan jika keadaan yang sama menimpa kita ? ” ayah mencabar teman-temanku ketika beliau berceramah di sekolahku satu ketika dahulu.

 

“Cuba bandingkan anak muda mereka yang bertarung hanya dengan batu dan anak muda kita yang leka dengan computer game. Cuba lihat antara belia mereka yang bercita-cita syahid dengan kita yang bermati-matian untuk menyaksi perlawanan bola sepak sampai bergaduh-gaduh.” ayah bukan sinis tapi serius betul wajahnya.

 

“Tapi , mereka berpecah ?” aku cuba bertanya.

 

“Ini cabaran yang terpaksa dihadapi untuk mencapai kemenangan murni. Penapisan dan pengukuhan … perlu berjalan serentak.” terpinga-pinga aku cuba memahami hujah ayah.

 

“Dalam mencari penyelesaian , kita harus tahu punca masalah. Musuh tahu apa yang boleh melemahkan keutuhan kita. Sebelum mujahidin Palestin bangkit melawan , kuasa penjajah tahu benar , siapa yang boleh dibeli dan mirip untuk tunduk kepada kehendak penjajah dan siapa yang tidak. Kemudian pecahkan.” sambung ayah lagi.

 

” Sejarah perjuangan selalu begitu. Sekarang Palestin seolah pecah dua. Tapi perjuangan mereka tetap diteruskan. Kesemua mereka mahu Palestin dibebaskan. Tanah yang dirampas dikembalikan. Masjid Al Aqsa kembali ketangan Muslimin.  Bagi ayah ia maseh utuh. Kita wajib turut mendokong”. Khalas ! Stop disitu. Ayah sudah merumuskan dengan padat. Aku terdiam. Kali ini bukan bingun tapi fikiranku semakin jernih.

 

Aku berkesempatan melihat pembinaan rumah penduduk miskin. Satu lagi usaha Mapim. Gigih juga Mapim . Projek pemulihan Gaza bagiku sangat menarik. Mapim mengusahakan beberapa projek ekonomi ,pendidikan , pembinaan semula masjid , penajaan anak yatim , pembekalan air dan pembinaan hospital. Baru aku tahu nama Mapim tersohor di Gaza.

 

Lebih istimewa aku diberi peluang melihat kampus IUG ( Islamic University of Gaza ). Bergaya  kampusnya. Meskipun ia turut menjadi sasaran bedilan Israel pada perang 2008-2009. Gedung makmal sainsnya menyembah bumi . Pelajarnya lebih 30 ribu. Kagum aku melihat auditoriumnya. Ayah diberi penghormatan berucap. Dia mengisytiharkan 45 orang pelajar miskin yang dibiaya oleh Mapim untuk pengajian mereka sebagai duta Mapim. Banyak aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh duta-duta ini untuk Mapim.

 

Paling mengejutkan aku ialah kini ada seorang pelajar Malaysia di IUG. Yang pertama dan satu-satunya setakat ini. Bererti Gaza berpotensi menjadi salah satu pusat pengajian antarabangsa jika diberi peluang. Tergamam juga aku bagaimana dia boleh memilih Gaza untuk belajar.

 

Teristimewa sekali ialah aku dapat melihat anggota Briged Al Qassam mengawal sempadan Gaza Israel. Sedikit gurun melihat mereka bersenjata dan memakai sarong muka. Tapi darahku melonjak. Masakan tidak. Yang aku sedang bertemu ini adalah mereka yang sedia mati..calon syahid ! Tidak dibayar apa-apa elaun. Siang bekerja , berkuliah , bertani , berniaga …malam siap menjadi benteng mempertahankan Gaza.

 

Sebab itu aku kian kagum dengan Gaza. Papan-papan tanda yang ada disepanjang jalan atau simpang jalan adalah potrait para syuhada. Tidak ada iklan syampoo atau iklan motor atau iklan pelansing badan. Yang ada cuma gambar syuhada. Dari As Syahid Syeikh Ahmad Yassin , As Syahid Dr Aziz Rantisi sehingga para syuhada dikalangan anak muda. Malah kata-kata terconteng di dinding-dinding jalan hanya mengenai jihad dan syahid, mengenai pembebasan Al Aqsa , mengenai Palestin hak kami. Tidak ada contengan tak senonoh jauh sekali kata-kata lucah.

 

” Cuba perhatikan papan tanda di Gaza ..” tiba-tiba ayah menyampuk.

 

” Apa yang kamu lihat ? ” aku tahu ayah bukan bertanya sebenarnya. Tapi mahu mengetuk mindaku.

 

Memang dendang mereka dendang perjuangan. Mimpi mereka mimpi syahid . Jeritan mereka jeritan kemerdekaan.

 

” Mereka tak mahu keluar untuk mencari tempat lebih selamat?” aku bertanya.

 

” Mungkin ada , tapi sangat sedikit dari yang sedikit . Sudah hampir 6 juta rakyat Palestin sudah diusir sejak 1948 . Mereka tak dibenarkan pulang oleh Israel. Jika ada lagi yang keluar akan pupuslah rakyat Palestin dibumi mereka sendiri. Oleh itu , mereka bersedia mati dari menyelamatkan diri di bumi orang.” tegas ayahku yang nampak berkerut dahi menahan sakit kerana ketumbuhan didadanya. Aku tidak mahu terus bertanya kerana tak sanggup melihat ayah kesakitan.

 

Memang demikian perasan aku juga. Bila aku mengingatkan betapa mereka nekad menggali terowong untuk survive , apa lagi yang mereka harus takut. Jika sudah memang harus mati , lebih mati mulia dari mati sebagai pengecut. Cuma terowong itu hanya untuk meneruskan hayat populasi Gaza yang separuh darinya adalah kanak-kanak.

 

Ya , separuh populasi Gaza adalah kanak-kanak. Masa depan Gaza bergantung kepada apa yang dapat dijamin untuk generasi tunasnya.

 

Sebab itu aku sering memberi tumpuan kepada anak-anak kecil Gaza. Kemana  saja aku lawati , kanak-kanak itulah yang menjadi perhatianku. Gelagat mereka bagaikan tidak terasa Gaza bernafas dalam penderitaan. Ke sana ke mari aku melihat kumpulan kanak-kanak berlari , saling mengusik , saling melambai rombongan kami.

 

Aku akan gagal dalam sekolah pengembaraanku ini jika aku tak tahu menjiwai nasib kanak-kanak Gaza. Sungguh aku tidak dapat berbicara dengan mereka. Tapi semacam ada satu pertalian aku dengan mereka. Lalu aku tekuni diriku untuk membaca . Inilah yang aku ketemukan dalam sebuah blog :

 

 

 

 

 

”Jeritan Hati Anak-anak Palestina”

 

(Mei 23, 2012 by redaksimediapublikasi)

 

 

Dalam rintik hujan ini,

Aku mendengar tangisan mereka,

Jeritan mereka,

Seruan mereka,

Anak-anak Palestina.

 

Seruan itu semakin jelas kudengar,

“Dimana kalian, saudaraku di mana kalian?”

“Jangan lupakan kami, saudaraku. jangan lupakan kami!”

“Kami menunggumu saudaraku!”

“Kami menunggumu!“

“Kami akan selalu mennggumu!”

 

Hatiku teriris-iris,

Sebab pada hari ini begitu banyak umat muslim sedang menikmati tidurnya,

Sedang di belahan bumi lainnya, umat muslim tak mampu bahkan dipaksa untuk tetap terjaga.

 

Sebab pada hari ini begitu banyak pikiran dan pendengaran umat muslim sedang hanyut dalam keindahan dunia,

Sedang di belahan bumi lainnya, mereka dihibur oleh suara bom dan letupan senjata.

 

Sebab pada hari ini begitu banyak umat muslim sedang tertawa ria,

Sedang di belahan bumi lainnya, wanita dan anak-anak Palestina tak punya lagi air mata untuk diteteskan, Apalagi untuk tertawa?

 

Hatiku begitu tersayat-sayat,

Sebab kedua kaki ini hanya mampu melangkah dari Masjid Raya menuju Mandala,

Ia tak mampu sampai ke bumi jihad Palestina berdiri tegak menyelamatkan Al Aqsa.

 

Sebab kepalan tangan ini hanya mampu membumbung ke angkasa menggemakan takbir pada-Nya,

Ia tak mampu mengangkat senjata dan mengarahkannya ke musuh-musuh yang telah membuat para wanita dan anak Palestina begitu menderita.

 

Sebab suara lantang ini hanya mampu menggema melawan suara kendaraan di sepanjang jalan sana,

Ia tak mampu berteriak seperti mujahid Palestina di hadapan tank-tank baja.

 

Wahai Allah,

Pada hari ini kami sedang berbaris di depan jalan sebuah kota,

Jumlah kami mungkin tak banyak, Namun ghirah kami ribuan kali lebih besar dari sekadar nyali para pengecut yang ingin merebut Al Aqsa.

 

Wahai Allah,

Sampaikan doa dan salam jihad kami kepada mujahid/mujahidah Palestina,

Turunkan bala tentara-Mu sebagaimana tentara perang Badar di bumi jihad Palestina,

Himpunkan dan satukan ghirah kami dalam ruh-ruh mereka yang sedang berjuang di bumi jihad Palestina.

 

Maka saksikanlah oleh kalian,

Wahai musuh-musuh Allah!

Bahwa ghirah mujahid/mujahidah Palestina hari ini dan akan datang,

Ribuan bahkan jutaan kali lebih dahsyat dari hari sebelumnya,

Kekuatan mereka akan bertambah dan terus bertambah,

Hingga kalian tak‘kan mampu menghitung jumlahnya,

Hingga dari setiap kesyahidan 1 mujahid/mujahidah akan muncul 1000 mujahid/mujahidah baru meneruskan perjuangan mereka,

Hingga bumi pun bergetar menahan derap langkah mereka.

 

Ketahuilah wahai Israel La’natullah,

Sebutir peluru yang menembus dada seorang mujahid/mujahidah,

Selalu menjadi senyum kemenangan di wajahnya.

 

Sebab,

Jihad adalah jalan juang kami,

Dan syahid di jalan Allah adalah,

Cita-cita kami tertinggi.

Perjuangan ini tak‘kan pernah berhenti…!

 

[Ukh’yuni’ Hikaru Sholeha]

 

Aku cuba perhatikan setiap bandar. Setiap bangunan. Setiap jalan. Setiap manusia . Agar kembaraku mengutip sebanyak mutiara untuk jadi pedoman. Memang tubuhku letih turun naik bas rombongan kami. Mataku juga kadang-kadang jadi layu dik kepanasan . Gaza sedang musim panas. Menjelang Ramadhan akan semakin terik. Tapi udara yang bertiupan maseh segar dan nyaman.

 

Melihat beberapa bangunan bekas dibedil Israel mengerikan. Beritanya dilaporkan ada tempat yang dicerobohi tentera Israel dengan kereta kebal. Walaupun tak lama tapi sempat membedil dan menembak rumah dan bangunan. Jelas kelihatan lubang peluru bersepah didinding bangunan. Tak tahu apa terjadi kepada penghuninya.

 

Ada lagi bangunan lain yang dibedil tidak dapat dibangun semula. Termasuk pejabat Perdana Menteri sendiri. Runtuh lantak semuanya. Dr Ismail Haniyeh dijadi sasaran. Sebab itu kawalan ke atas beliau luar biasa ketat. Aku kagum memerhatikan beliau dari jauh. Ketika diacara peresmian Masjid Umar Abdul Aziz beliau tenang disisi ayah. Terkejut tiba-tiba Kak Ilham memberitahu aku dia melambai kepadanya. Rupanya ayah membisik kepada Abul Abid , itu yang ditingkat atas itu , adalah anaknya. Ah ! ruginya aku.

 

…….bersambung

 

 

 

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Jun 2013
M T W T F S S
« May   Jul »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
%d bloggers like this: