Sambungan ‘The Tunnel Girl’

Melawat  Green House

 

Pengembaraanku memperkayakan aku. Kami dibawa ke tapak pertanian Green House untuk melihat sendiri projek tanaman yang berjaya dibangunkan dengan bantuan dana dari rakyat Malaysia melalui SALIMAH, OKT (Orang Kota Bharu) dan MAPIM. Aku sangat terkejut.

 

“Apa di Gaza mampu bertani ditengah risiko diserang ? ” tanya hatiku . Aku perhatikan kehijauan tanah yang kelihatan subur.

 

” Dikala keadaan menjadi terdesak dan pilihan terbatas , Gaza menjadi kreatif dan berani” seolah Kak Ilham tahu air mukaku kehairanan.

 

” Cukupke makanan yang dihasilkan dari projek Green House ini? ” kali ini aku bertanya .

 

” Cukup tak cukup mereka perlu berusaha apa yang boleh. Ekonomi Gaza memang sangat dipaksa bergantung kepada Israel. Bayangkan , sudahlah segalanya cuba dihancurkan , bekalan makanan pula didera , dari luar tak boleh masuk , dari dalam tak boleh dihasilkan ” Kakak Ilham cuba menjelaskan penderitaan Gaza.

 

Ditengah-tengah ladang itu kami menjamu selera dengan timun dan bell pepper yang baru dipetik. Cukup enak. ” Allah memberkati tanah ini ” kata hatiku .

 

Terletak di daerah Deir Al-Balah yang difahamkan pernah didiami oleh penduduk Yahudi Israel setelah berlaku perampasan wilayah. Akhirnya dilepaskan semula kepada rakyat Palestin di Gaza. Tompokkan tanah yang dibebaskan dari Yahudi ini di gelar “Muharrarat”

 

Sejarah perampasan tanah Palestin sangat perit . Rumah-rumah rakyat Palestin dirobohkan dengan jentolak. Tergambar pada ingatan ku anak-anak Palestin dan kaum ibu berdiri dihadapan kereta kebal dan jentolak Israel. Tangan mengengam batu . Ada yang memegang lastik. Itu sajalah senjata untuk mempertahankan hak mereka. Mereka tahu mereka tak mungkin boleh bertahan. Tapi mereka tak mungkin menyerah mudah.

 

Lalu berlakulah episod kanak-kanak dibelasah , diheret ke truk tentera Israel , ibu ditangkap ,pemuda ditembak. Tidak sedikit yang gugur syahid hanya kerana menghalang rumah mereka dari diroboh , tanah mereka dari dirampas.

 

Sebab itu bila tanah yang dicerobohi dimerdekakan , maka mereka menggelar tanah itu sebagai Muharrarat ( tanah yang dibebaskan ).

 

Tanah luas ini dibangunkan dengan projek pertanian yang menghasilkan pelbagai jenis tanaman. Dana yang dibawa masuk oleh pelbagai agensi luar negara membolehkan ratusan penduduk Gaza bekerja di sektor ini demi membekalkan keperluan yang cukup untuk keluarga dan Gaza amnya.

 

Antara tanaman yang diusahakan adalah timun, bell pepper, jagung, mangga dan lain-lain.

 

Kawalan ketat di sempadan oleh tentera Israel menyebabkan aktiviti import eksport hasil pengeluaran sektor pertanian di Gaza terbantut malah masalah saliran air juga tidak dapat diselesaikan sehingga kini. Potensi perkembangan eknonomi Gaza ternyata adalah tinggi sekiranya para pelabur mengambil inisiatif untuk memajukan projek green house ini ke peringkat antarabangsa.

 

” Agaknya baja dan benih dan kelengkapan pertanian yang lain diseludup melalui terowong ” tiba-tiba suaraku spontan menyuarakan kata hatiku.

 

” Memang terowonglah laluan yang ada. Melalui jalan biasa tak dibenarkan. Kalau dibenarkan kuantitinya sangat sedikit. Kata Israel baja boleh ditukar untuk bikin bom. Sebab itu baja tak boleh masuk . Ayah kata memang ada terowong khas untuk memasukkan alat pertanian . Bawa traktor melalui terowong pun ada  ! ” jawab Kak Ilham.

 

” Gila …gila sungguh ! ” kataku.

 

Ternyata hidup dalam keadaan begini harus fikir gila-gila agaknya. Rupanya benar sungguh. Bila aku semak google , ternyata benar. Lembu , kambing , lori , kereta….dibawa masuk melalui terowong !!

 

” Wallah ! , we have special tunnels for everything ! ” terlintas kata-kata seorang pemuda Gaza ketika aku bersama ayah.

 

Tanah-tanah yang dibebaskan itu pernah juga diracuni oleh penduduk Yahudi sebelum meninggalkannya. Niat mereka satu. Agar tidak ada apa sekalipun yang boleh ditanam di atas tanah itu. Bukan sahaja zalim. Tapi super zalim !!

 

“Farming without Land, Fishing without Water:  Gaza Agriculture Sector Struggles to Survive” , itulah tajuk yang aku terbaca dalam laporan Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO) yang dikeluarkan pada Mei 2009.

 

Kehidupan Gaza sudah sengsara lebih 2400 hari sejak blockade yang dikenakan oleh Israel . Pertanian sebenarnya mampu menyara Gaza tapi soalnya bekalan bahan pertanian tidak mencukupi.

 

Ada lagi tanah pertanian yang tak dapat diusahakan sebab musnah semasa serangan “Cast Lead” oleh Israel 2008-2009 dan termasuk dalam  “security buffer zone” ( hampir 30 % tanah pertanian terletak di kawasan ini yang boleh menghasilkan gandum , almond , zaiton , barli , sayuran , kekacang )

 

” Blockade itu tak boleh dipecahkan ? ” aku semakin berani bertanya persoalan yang aku kira berat bagi ayah untuk menjawab .

 

” Sehingga ini belum boleh.” jawabnya rengkas. ” Ada persoalan politik antara Israel dan Mesir yang belum boleh dirongkai. Sebabnya . Pergantungan Mesir kepada Amerika maseh kuat…Israel mendapat dokongan Amerika untuk mengenakan blockade ke atas Gaza” sambung ayah lagi.

 

” Untuk nak beli makanan buat ternakanpun tak boleh ?” aku terus tak puashati .

 

” Kalaupun boleh kosnya sangat tinggi” spontan ayah menjawab.

 

” Pengeluaran pertanian terbatas. Harga makanan melambung . Kesihatan menurun. Inilah resepi untuk membunuh seluruh populasi Gaza” entah macamana aku tiba-tiba terkeluar kata-kata yang mengejutkan ayah.

 

Kini mengikut laporan Save the Children UK 50% hidup di  buffer zone areas yang menyebabkan mereka tidak dapat menyara hidup. Manakala sejak 2000 ,  73% isi rumahtangga yang hidup di kawasan ini  dalam kategori miskin tegar .

 

” Setelah perang 2008-2009 , orang Gaza terpaksa bertahan dengan bantuan kemanusiaan dengan apa yang ada. Sebuah isirumahtanga berbelanjan 56 sen setiap 1USD  untuk makanan. Maknanya sangat parah untuk hidup dalam keadaan serangan sentiasa boleh berlaku bila-bila masa” tambah ayah.

 

” Begitulah laporan “Operation ‘Cast Lead’ ketika serangan berlaku ke atas Gaza , kemusnahan sektor pertanian merosakkan  17% tanah pertanian kerana dilanyak bulldozer dan diracuni dengan bahan kimia” ayah terus mengesahkan nasib Gaza.

 

 

Menziarahi Rumah As-Syahid Sheikh Ahmed Yassin

 

Aku sudah lama mendengar nama As Syahid Ahmed Ismail Hasan Yassin. Nama yang besar lagi ulung ,  menjadi jantung inspirasi perjuangan rakyat Gaza. Teruja sekali untuk melawat rumahnya. Rumahnya hanya 100 meter dari lokasi beliau di sasar dengan misil dari helikopter Israel yang menghancurkan seluruh tubuhnya yang sudah sedia lumpuh .

 

Namun rasa kerdil mencengkam nuraniku. Masakan aku yang setahun jagung , baru merasa masingnya garam layak bersama menziarahi insan besar ini.

 

Aku perhatikan beberapa potretnya dibeberapa simpang jalan di Gaza. Ayah pernah berkata ” Syeikh Ahmad Yassin  adalah pejuang paling digeruni Israel walaupun lumpuh seluruh badan , berkerusi roda dan buta.”  

 

Awalnya kami disinggahkan di pusara beliau yang terletak bersebelahan pusara As-Syahid Abdul Aziz Rantisi , seorang lagi pejuang Hamas yang dianugerah syahid setelah Helikopter Apache Israel menghujani tubuhnya dengan peluru selang  sebulan setelah As Syahid Syeikh Ahmad Yassin gugur. Di situ kami diterangkan bagaimana dia diasasinasi oleh tentera  Israel ketika baru selesai solat Subuh di masjid berhampiran rumahnya di Gaza City.

 

alah seorang pengasas Hamas yang sangat terkenal dengan daya juang dan sifat zuhud, rumahnya sangat sederhana. Di pintu masuk, bendera Hamas berkibar. Ruangan tamunya kini penuh dengan gambar-gambar kenangan sepanjang beliau bergiat sebagai pejuang kebebasan Palestina. 

 

Di satu ceruk terletaknya sebuah kerusi roda usang yang pernah digunakannya ketika masih hidup. Di satu ceruk lagi merupakan kerusi roda yang hampir terburai akibat missile yang dijatuhkan ke atasnya ketika operasi asasinasi.

 

Isterinya lembut menghulurkan sambutan tapi kami hanya mampu diam dan tersenyum gara-gara batasan bahasa, Kami jadi sayu bila hanya mampu memeluk dan memberi kata-kata semangat dalam ungkapan yang dia tidak dapat fahami. Tapi lebih pedih bila semua berebut untuk mengambil foto dengannya, sedangkan mungkin hatinya masih menangis.

 

” Ya Allah , ampunkan kami , kerana kami hanya ghairah berfoto tetapi belum tersemat dalam hati kami untuk mejejaki langkahnya. Seluruh gerak hidupnya , seluruh usianya, seluruh nafasnya  adalah untuk perjuangan. Alangkah kerdilnya kami …” hatiku merintih.

 

 

Cerita Sheikh Ahmed Yassin berlatarbelakangkan  perjuangan dan ujian ,  bermula dari perampasan tanah airnya oleh tentera Israel sejak 1948 sehingga belia syahid pada 22 Mac 2004 . Dia menjadi lumpuh sejak usia remaja. Setelah dihalau keluar dan mendapat perlindungan di Gaza, beliau berhijrah ke Kaherah pada pertengahan 1950 untuk meneruskan pengajian dan mula mengenali dan bergiat aktif dengan Ikhwanul Muslimin. 

 

Disebalik kecacatan tubuh, usaha dan jasanya dalam berdakwah dan membangunkan hospital, klinik dan sekolah percuma di Palestin membuatkan seluruh rakyat Palestin dan Tanah Arab mengangkatnya sebagai pemimpin para syuhada.

 

Beliau mengasaskan Harakah Muaqqawamah Islamiyyah ( Hamas ) sebuah pertubuhan yang sangat digeruni Israel dan Amerika tetapi disayangi rakyat Pelstin.

 

Ketika pengkebumiannya As Syahid di iringi oleh 200,000 rakyat Palestin.

 

Aku terjumpa satu blog yang mengutip kata-kata beliau . Ingin aku perkongsikan dengan para pembaca:

 

Kata-katanya mengenai perjuangan rakyat Palestin:

 

Rakyat Pelastin hanya mempunyai dua pilihan, sama ada menyerah diri ataupun meneruskan perjuangan mereka.

 

Ditanya mengenai pandangan barat terhadap perjuangan rakyat Palestin:

 

Mereka (barat) haruslah memahami prinsip perjuangan rakyat Palestin yang mempertahankan diri dengan batu dan segala yang mereka ada demi membalas tindakan kekerasan yang mereka (rakyat Palestin) terima daripada rejim Zionis.

 

Apabila ditanya mengenai desakan barat agar HAMAS menghentikan perjuangan bersenjata mereka:

 

Pemahaman Barat terhadap isu ini amat dangkal dan silap. Mereka meminta kami (rakyat Palestin) meninggalkan perjuangan kemerdekaan kami dan langsung tidak meminta para penjajah (rejim zionis) meninggalkan tanahair kami dan memulangkan kepada yang lebih berhak.

 

Apakah HAMAS akan mengubah cara perjuangan mereka seperti PLO?:

 

Sehingga saat ini, HAMAS akan tetap menjadikan Jihad sebagai usaha penentangan yang paling strategik dan tidak akan meninggalkan jalan ini kecuali pihak zionis menyerah kalah.

 

Bagaimanakah kriteria pejuang HAMAS?:

 

Orang-orang yang tenggelam dalam maksiat dan dosa tidak layak untuk bersama-sama memperjuangkan isu umat ini. Mereka juga tidak layak bertempur dengan musuh-musuh mereka.. (Subhaanallah).

 

 

Apakah rahsia kejayaan HAMAS mengekalkan keutuhan maksud perjuangan di kalangan ahli-ahlinya tanpa berubah arah atau menyerah kepada Israel seperti segelintir anggota gerakan rakyat Palestin:

 

Rahsianya terletak pada keimanan yang jitu dalam cara Islam yang mereka pegang dan menjadi landasan perjuangan mereka. Bagi golongan materialis, jika mereka kehilangan habuan dunia, mereka akan berasa rugi yang tidak terhingga. Ini tidak berlaku kepada mereka yang mempunyai keimanan yang tinggi kerana jika mereka kehilangan nyawa, mereka yakin mereka akan ke Syurga yang jauh lebih luas daripada dunia dan isinya. Mereka semua menantikan detik terakhir kehidupan mereka untuk meneruskan perjalanan menuju TUHAN. Untuk mencapai tujuan itu, mereka berjuang dan tetap utuh di atas jalan yang mereka pilih sehingga ke nafas terakhir.

 

Apakah masa depan Negara Israel?:

 

Apa yang saya lihat. entiti haram Israel ditegakkan di atas kekejaman dan perampasan tanah milik orang lain. Apa sahaja entiti yang diasaskan atas dasar itu tidak akan kekal dan akan hancur kerana perpecahan di kalangan mereka sendiri.

 

Bila ditanya tentang ancaman rejim Zionis untuk membunuhnya selepas percubaan pertama membunuhnya gagal:

 

Jika saya terkorban, akan muncul seribu yang lain seperti diri saya.

 

Apakah dengan tindakan rejim Zionis, rakyat Palestin akan menyerah kalah?:

 

Mereka (Zionis) mesti tahu bahawa peperangan akan berterusan dan rakyat kami akan sentiasa memburu mereka. Mereka akan membayar harga kekejaman yang telah mereka lakukan terhadap rakyat Palestin.

 

Pandangannya mengenai perjanjian damai di antara pihak Autonomi Palestin dan Israel:

 

Perjanjian Damai yang wujud kini hanya menguatkan lagi penjajahan Zionis ke atas bumi Palestin dan juga penderitaan rakyatnya. Ini bukanlah damai yang sebenar!.

 

Apakah pandangannya terhadap rakyat Israel:

 

Semua anggota Zionis adalah tentera di medan peperangan.

 

Bila ditanya mengenai masa hadapan perjuangan rakyat Palestin:

 

Saya yakin bahawa penderitaan kita semakin parah dan memerlukan pengorbanan serta kesabaran. Namun, insyaALLAH, masa depan adalah milik kita.

 

Saya ingin menegaskan kepada anda sekalian, ALLAH SWT berkuasa ke atas segala urusan-NYA. Keyakinan kami kepada ALLAH SWT dan kepercayaan kami kepada rakyat Palestin yang beragama Islam, beriman serta bersemangat amat tinggi. Insya-ALLAH, dengan doa anda sekalian sebagai umat Islam dari serata dunia dan juga sokongan material dan moral, kami akan berjaya mengalahkan rejim Zionis dan ALLAH SWT akan memberikan kami kemenangan setelah ujian yang getir ini.

 

Adakah HAMAS boleh membawa perubahan kepada rakyat Palestin sedangkan mereka tidak mengepalai kerajaan yang sah seperti PA?:

 

Saya ingin menegaskan bahawa rakyat lebih kuat dan lebih berupaya daripada kerajaan. Anda semua telah menyaksikan rakyat Palestinlah yang menerajui perubahan dan perlawanan dengan rejim Zionis berbanding apa yang anda namakan sebagai ‘kerajaan’. Rakyat jugalah yang telah menggagalkan segala yang telah dirancang oleh musuh. Saya yakin, Islam pasti menang. Projek Zionis dan Amerika di bumi Palestin akan hancur dengan izin ALLAH SWT dan kemenangan akan berpihak kepada rakyat Palestin.

 

Perjumpaan dengan Ketua Wanita Hamas, Polis Wanita Gaza dan NGO Wanita Gaza

 

Pasti aku terfikir persoalan wanita. Dalam semua yang aku saksikan wanita sentiasa menjadi perhatianku. Pasalnya ,  merekalah kekuatan sebenar dibelakang mujahid yang berjuang disaf depan.

 

Aku pernah tergerak untuk mencari buku mengenai sejarah Muslimah unggul. Ayah tak henti-henti menyuruh aku membaca , membaca dan membaca. Letih juga , kerana mengejar waktu menelaah pelajaran , menyiapkan kerja sekolah . Tapi ayah tak pernah mahu menerima alasan itu.

 

Sekarang aku mendapat peluang lebih istimewa . Bertemu langsung dengan pejuang-pejuang muslimah !!

 

Lalu aku terpesona. Kami dibawa bertemu dengan Ketua Wanita Hamas. Kata ketua rombongan , Hj Aziz , motitif pertemuan adalah untuk membuka ruang perkenalan antara dua dunia wanita yang berbeza. Dunia wanita yang setiap saat berada dalam perjuangan , dengan dunia wanita seperti kami yang maseh sarat dengan tabiat bersungut bila sedikit keselesaan ditarik.

 

” We are proud to receive and welcome you. Its gives us great strength to carry on our struggle to resist the Israel occupation ” kata aluan dari

 

Tenyata mereka yang kami jumpa bersikap tegas dan tidak menunjukkan lagak meraih simpati dari kami. Kesemuanya menunjukkan usaha gigih mereka memainkan peranan dalam mempertahankan kelangsungan Gaza.

 

Dalam ucapan yang diberikan, intipatinya sama. Peranan wanita dalam perjuangan membebaskan tanah Palestin bukan terletak pada senjata, tetapi sebagai tulang belakang kepada para pejuang yang perlukan tarbiyah islamiyah yang utuh dan sumber semangat dari tunggak keluarga iaitu wanita itu sendiri.

 

Ibarat pepatah “Behind every great man is a great woman.”

 

Dalam sesi perkongsian yang dibuat, kami dapat melihat aktiviti-aktiviti pembangunan yang dibuat oleh komuniti wanita Gaza antaranya projek membantu ibu-ibu tunggal dalam menghasilkan kraf-kraf tangan bertema Palestin dan Al-Aqsa dan juga dalam bidang bakery untuk jualan amal,

 

Selain itu, program-program pengisian seperti Summer Camp untuk anak-anak diadakan dari semasa ke semasa demi menyedarkan mereka tentang realiti jasad dan ruh mereka sebagai pembela Al-Aqsa.

 

Antara yang benar-benar menyentuh hati adalah kuatnya hubungan mereka dengan Al-Quran. Sepertimana Al-Qassam, polis-polis wanita Gaza juga merupakan mereka yang terpilih berdasarkan penguasaan dalam bidang hafazan al-Quran.  

 

 

Sebab itu aku tidak terkejut membaca watikah surat Muslimat Gaza seperti yang aku ketemukan ini :

 

Surat Mujahidah Palestin untuk Muslimah harapan ummah dimana sahaja……

 

 

Pasca kepulangan tim Relawan Komat yang berangkat ke Gaza, Palestina, beberapa waktu lalu, sebuah surat khusus dari mujahidah Palestina dititipkan melalui Relawan KOMAT Palestina, al-Ustadz Muhammad Ikhwan Abdul Jalil, Lc.

 

Surat tersebut berbahasa Arab yang kemudian diterjemahkan oleh Divisi Kajian Komat Palestina, ustadz Abul Miqdad Al-Madany. Berikut isi surat terbuka yang diperuntukkan kepada para muslimah di Indonesia ini.

 

Bismillahirrahmanir rahim

 

Saudari-saudariku para muslimah .…

Aku sampaikan salam penghormatanku untuk kalian, salam penghormatan Islam yang agung:

 

Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wa barakatuh,

 

Amma ba’du…

 

Kami adalah saudari-saudari muslimah kalian di Palestina. Kami tumbuh di medan ribath dan jihad. Dan kami selalu berusaha untuk berpegang teguh pada agama kami yang agung, serta mendidik anak-anak kami untuk itu. Karena berpegang teguh pada agama Islam adalah (satu-satunya) tali keselamatan, berdasarkan Firman Allah Ta’ala dalam Surah Ali Imran:

 

“Dan barang siapa yang menginginkan selain Islam sebagai agama, maka itu tidak akan diterima darinya, dan kelak di akhirat ia termasuk orang-orang yang merugi.”

 

Karena itu, kami selalu berusaha untuk komitmen dengan al-Qur’an dan keislaman kami. Dan seperti itu pula komitmen pemerintahan Islam kami untuk menumbuhkan sebuah generasi yang selalu menjaga al-Qur’an, serta melahirkan ribuan penghafal Kitabullah di setiap tahunnya.

 

Dari bumi Palestina,medan ribath ini, kami mengirimkan surat persaudaraan dari lubuk hati yang dipenuhi cinta kepada saudari-saudari kami di Indonesia. Melalui surat ini, kami haturkan rasa terima kasih kepada semuanya atas sikap dan dukungan mereka untuk anak-anak bangsa Palestina kami.

 

Melalui surat ini juga, kami mendorong mereka untuk selalu mentarbiyah (membina) anak-anak mereka dengan tarbiyah Islamiyah dan komitmen dengan Syariat Allah; karena dalam itu semua terdapat pembinaan terhadap ruh dan jiwa, serta keteladanan terhadap akhlak Rasul kita yang mulia Shallallahu ‘ALaihi wa Sallam dan para sahabatnya yang mulia. Perhatikanlah sahabat mulia, ‘Abdullah bin ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu ketika mengatakan:

 

“Janganlah seorang dari kalian meminta dari dirinya selain al-Qur’an. Sebab jika ia mencintai al-Qur’an dan mengaguminya, niscaya ia akan mencintai Allah Ta’ala dan Rasul-Nya Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Namun jika membenci al-Qur’an, maka ia akan membenci Allah Ta’ala dan Rasul-Nya Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam.”

 

Karena itu, siapakah di antara kita yang dapat menerima dirinya atau anak-anaknya menjadi orang yang benci kepada Allah dan Rasul-Nya yang kelak akan memberi syafaat kepada kita di hari kiamat?

 

Itulah sebabnya, saya membisikkan ke telinga saudara-saudara kami tercinta, kaum muslimin di manapun berada: “Kalian harus terus mempelajari dan menghafalkan al-Qur’an, serta berpegang teguh dengan ajaran-ajaran Islam. Sebab sesungguhnya siapapun yang menginginkan kemuliaan dengan Islam, niscaya Allah akan memuliakannya. Namun siapa yang mencari kemuliaan dengan selain Islam, niscaya Allah akan menghinakannya.”

 

Semoga Allah selalu memberikan taufiq-Nya untuk kalian untuk mengikuti apa saja yang dicintai dan diridhai-Nya.

 

Saudari-saudarimu, para muslimah yang sedang berjihad di bumi Palestina

Gaza, 29/6/2010.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Jun 2013
M T W T F S S
« May   Jul »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
%d bloggers like this: