SEMUA PERJANJIAN ANTARABANGSA PERLU TELUS

Kenyataan Media MAPIM
20 hb Jun 2013

Sudah sampai masanya semua perjanjian antarabangsa yang dirunding bersama dengan Malaysia dilakukan dengan telus dan mendapatkan maklumbalas awam sebelum ia ditandatangani.

Mapim berpendapat terlalu banyak perjanjian antarabangsa yang dimeterai tanpa dimaklum kepada pihak awam. Padahal banyak perjanjian tersebut mempunyai implikasi kepada kualiti hidup rakyat, bebanan kepada kewangan negara serta kedaulatan negara .

tppa

Perjanjian  Trans Pasific Partnership Agrement (TPPA) dan selama ini Free Trade Agreement (FTA) yang melibatkan Malaysia adalah contoh betapa pihak awam dan ahli Parlimen tidak diberi peluang untuk mendapat maklumat penuh untuk  memahami kandungan dan tujuan perjanjian tersebut apatahlagi ruang memberi maklumbalas dengan sewajarnya sebelum perjanjian dimeterai .

Amalan partisipasi awam untuk dibahas mengenai untung rugi sesuatu perjanjian antarabangsa yang melibatkan Malaysia sepatutnya dijadikan prosedur sebelum sebarang perjanjian dimeterai.

Kami ingin mengingatkan , bahawa kerajaan hendaklah bertanggungjawab mempertahankan kepentingan negara dalam segala aspek ,  memandangkan kini pihak kuasa imperialis dunia seperti Amerika sentiasa mencari peluang untuk memanipulasi kelemahan sesebuah negara dan secara tidak melakukan penjajahan semula terutama melalui perdagangan atas nama pasaran bebas dan liberalisasi ekonomi.

Kami kesal Malaysia yang terlibat dengan perundingan TPPA  kini berada dalam  pusingan perundingan yang hampir selesai ,  sedangkan masyarakat awam tidak tahu menahu mengenai aspek-aspek yang akan ditandatangani dan sejauhmana ia memberi kesan kepada masa depan kualiti hidup rakyat.

Mapim mengambil perhatian berat terhadap status negara dan implikasi keatas kedaulatannya bila ada perjanjian yang dimeterai mengikat dan memberi kesan kepada status kuasa dan undang-undang negara.

Melihat kepada dokumen TPPA yang meliputi aspek perundangan negara yang perlu diubahsuai , keperluan memansuhan segala halangan perdagangan bebas, membawa sebarang pelanggaran perjanjian TPPA  ke mahkamah antarabangsa , memberi layanan yang sama kepada syarikat antarabangsa serta Perjanjian meliputi semua sektor kecuali yang dinyatakan industri yang tidak termasuk dalam perjanjian (senarai negatif) , kami berpendapat Malaysia mendedahkan dirinya kepada risiko perangkap perdagangan bebas yang merbahaya.

Mapim sangat kesal kenapa banyak perjanjian perdagangan dirunding secara rahsia dengan pelobi dikalangan industri tanpa didedahkan kepada awam yang sepatutnya mempunyai hak yang sama untuk mendapat maklumat penuh.

Kurangnya ketelusan dan aliran maklumat bila perjanjian antarabangsa dan treati dirangka adalah antara isu yang sering ditimbulkan dalam perbahasan masyarakat sivil diseluruh dunia.

Tuntutan inilah yang disuarakan terutama dalam soal perjanjian perdagangan yang sering dibicncang secara tertutup antara kerajaan dan kumpulan ushawan korporat.

Ini sama sekali tidak boleh diterima. Dalam era internet yang dengan mudah dapat  memberi akses kepada deraf dokumen perjanjian  dan membolehkan masyarakat awam memberi komen kepada dokumen tersebut , menyebabkan maklumbalas awam sepatutnya menjadi satu syarat sebelum perjanjian di meterai atau sebaliknya.

Malangnya selama ini polisi yang lebih terbuka dan telus tidak menjadi amalan kerajaan untuk pelbagai rundingan  antarabangsa dibahas diperingkat awam .

Kami mengambil perhatian kepada kes bagaimana sebuah Ngo iaitu Corporate Europe Observatory mengambil keputusan bertindak secara undang-undang ke atas  European Commission pada Februari lalu mengenai perundingan perdagangan  secara rahsia antara EU dan India .

Saman yang difail kerana Europian Commission enggan memberi maklumat penuh kepada  Ngo tersebut sedangkan kepada industri dan korporat dokumen penuh diberi. Ini dianngap oleh Ngo tersebut sebagai melanggar peraturan telus EU .

Demikian juga pelbagai protes dilancarkan oleh kumpulan masyarakat sivil di US , New Zealand dan Australia terhadap TPPA kerana dianggap bukan sahaja tidak demokratik malah boleh menjejaskan kepentingan awam bila maklumat mengenai perjanjian itu tidak didedahkan sepenuhnya.

Isu pokoknya adalah soal ketelusan yang tidak sama antara awam dan industri korporat bila perjanjian dirundingkan.

Soalnya sejauhmanakah amalan merahsiakan maklumat perundingan antarabangsa  akan menjadi dasar kerajaan walhal apa yang akan dimeterai ada kaitan langsung dengan polisi yang  berkepentingan awam dan mempunyai implikasi terhadap kedaulatan negara.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Jun 2013
M T W T F S S
« May   Jul »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
%d bloggers like this: