MAPIM LANCAR RAYUAN RAMADHAN UNTUK ROHINGYA DI ARAKAN MYANMAR

Kenyataan Media MAPIM

 

24 hb Jun 2013

 

 Mapim melancarkan rayuan Ramadhan untuk umat Islam Rohingya di Arakan Myanmar bermula pada 24 hb Jun 2013 ini.

 

 

 

Misi Mapim yang akan berangkat ke Sittwe Arakan pada awal Julai ini adalah bertujuan untuk melihat keperluan yang mendesak di kalangan umat Islam Rohingya yang menjadi mangsa genosid oleh esktremis Rakhine Buddhist di Myanmar.

 

 

Keadaan yang maseh belum reda sepenuhnya sejak keganasan tercetus pada Mei 2012 yang lalu telah mengakibatkan ribuan terbunuh dan ratusan ribu yang menjadi pelarian dalam negeri (IDP).

 

 ROHINGYA

 

Mapim menjangka keadaan mangsa keganasan di Arakan khususnya Muslim Rohingya akan menjadi lebih rumit tatkala umat Islam tidak dibenarkan melaksanakan kewajipan berpuasa dengan selesa. Ramadhan kali ini adalah kali kedua umat Islam Rohingya akan berada dalam keadaan tertekan bila pihak berkuasa tidak membenarkan umat Islam mengguna masjid untuk melaksanakan solat terawih. Malah mereka juga tidak dibenarkan melakukan solat aid fitri di masjid diseluruh Myanmar.

 

 

Mapim dengan itu melancarkan rayuan Ramadahn kali ini untuk menghantar bantuan kemanusiaan untuk meringankan kesengsaraan yang dihadapi di kem-kem pelarian yang menempatkan ratusan ribu mangsa keganasan esktremis Rakhine.

 

 

Mapim mendapati umat Islam Rohingya sehingga kini tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya kerana pihak berkuasa Myanmar terus mendalangi serangan terhadap umat Islam dan dunia maseh tidak bertindak tegas untuk menghentikan genosid yang dilancarkan.

 

 

Mapim bercadang untuk menghantar keperlauan seperti makanan , ubatan dan pakaian yang akan diagihkan dibeberapa kem pelarian. . Program kemanusiaan Mapim termasuk untuk mengusaha bekalan air bersih serta rumah perlindungan di beberapa kawasan yang dikenalpasti.

 

 

Bulan Ramadhan adalah saat umat Islam  mengutamakan infaq yang perlu disampaikan kepada saudara mereka yang tertindas dan dizalimi. Mapim mengesa agar umat Islam di Malaysia khususnya perlu dengan bersungguh mempertahan maruah umat Islam dan memastikan segala perbelanjaan pada bulan yang mulia ini memberi fokus kepada nasib umat Islam  di Myanmar yang berhadapan dengan penindasan luar biasa.

 

 

Kepada mereka yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai rayuan ini sila berhubung dengan Abdullah : 019 989 3707   , Tarmizi : 017 560 6131.

 

 

 

Mapim telah menyediakan sebuah Tabung Khas: ROHINGYA HUMANITARIAN FUND MAPIM di bank akaun Rajhi Bank bernombor : 1540 0188 0630 441

 

 

Misi kemanusiaan Mapim akan bergerak ke Yangon dan selanjutnya ke sittwe pada 1 hb Julai ini dengan delegasi seramai 6 orang petugas. Setakat ini ada beberapa permintaan pihak Ngo dari luar negara mahu menyertai misi ini dan Mapim sedang berurusan dengan pihak berwajib Myanmar untuk memudahkan delegasi Mapim masuk ke Arakan.

 

 

Misi kemanusiaan Mapim ke Arakan kali ini adalah kali yang ke 5 . Tujuannya adalah melaksanakan penyampaian bantuan kemanusiaan seperti makanan , ubatan dan pakaian.

 

 

Sementara itu juga Mapim sudah melancarkan beberapa projek pembinaan rumah perlindungan kepada pelarian di Sittwe yang menempatkan pelarian yang tertinggi di dalam Arakan. Projek yang berskala besar yang digerakkan oleh Mapim ialah membina Asean Peace Village. Ia merupakan pembangunan suatu penempatan pelarian yang besar dilengkapkan rumah perlindungan , bekalan air dan eletrik, dewan multi guna yang juga digunakan untuk solat dan pusat pembelajaran anak-anak pelarian.

 

 

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

 

Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Jun 2013
M T W T F S S
« May   Jul »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
%d bloggers like this: