TERAS KESAL HUSAM DIKAMBINGHITAMKAN

Kenyataan Media TERAS
26hb Jun 2013

Teras kesal Datuk Husam Musa dikambinghitamkan oleh pihak yang mencemburui kelantangan beliau untuk menyatakan kebenaran , tapi didakwa sebagai menghasut.

Tindakan menahan beliau seorang Wakil Rakyat yang dikenali ramai dan juga seorang pemimpin kanan kepada parti politik di Kuala Lumpur dan dibawa ke Kota Bharu pada 21 hb Jun yang lalu adalah aneh ,  kerana ia tidak menunjukkan amalan professional dipihak polis sendiri.

husam-musa-ditahan-polis-590x350

Walaupun pihak polis mendakwa bahawa beliau telah dikaitkan dengan kesalahan dibawah Akta Hasutan 1948 namun jelas ia adalah dakwaan terpileh kerana kenyataan menghasut yang jauh lebih merbahaya pernah dikeluarkan oleh Tun Mahathir , Ibrahim Ali dan oleh akhbar Utusan Malaysia sendiri.

Pendakwaan pihak polis terhadap beliau , seperti pemimpin pembangkang yang lain , sangat bersifat terpileh kerana ia dipengaruhi oleh parti politik yang memerintah.

Bagi Teras ini adalah kes yang bukan pertama kali malah telah pun dilakukan beberapa kali bagi menyekat pemimping pembangkang menyatakan pandangan kepada rakyat.

Dari pemerhatian kami yang jelas hanya pemimpin pembangkang dan Ngo yang kritikal terhadap kerajaan sahaja yang sering diambil tindakan dengan pantas manakala mana-mana pemimpin Ngo pro kerajaan dan pemimpin kerajaan sendiri ramai yang tidak disentuh walaupun kenyataan dan tindakan bersifat hasutan  jauh lebih merbahaya.

Kami sangat kesal ujudnya gejala menindas pemimpin pembangkang melalui pendakwaan undang-undang secara terpileh dan dengan cara memperalatkan pihak polis.

Kami mendesak agar Husam dilepaskan dari pendakwaan jika pihak kerajaan benar-benar mahu menunjukkan keterbukaan dan sikap politik yang matang.

Pihak Polis tidak harus menjadi alat kepada parti politik dan perlu bertindak professional dengan melihat senario politik negara dengan matang. Pihak polis tahu bahawa hasutan membenci kaum selepas Pru 13 telah menimbulkan pelbagai tanggapan dan ada pihak yang secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan perkauman yang sangat berbahaya.

Kemarahan rakyat tercetus kerana terlalu banyak kes penganiayaan , salahguna kuasa , penipuan dalam Pru , rasuah  , kematian dalam tahanan yang tidak diambil tindakkan dengan tegas oleh pihak berkuasa.

Senario  ketidakpercayaan rakyat kepada kerajaan dan agensi yang berkaitan adalah natijah dari banyak isu yang ditimbulkan oleh rakyat tidak dijawab dengan memuaskan.  Oleh itu penyuaraan terhadap kepincangan kerajaan dan agensi keselamatan adalah munasabah dan seharusnya dilihat secara objektif.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Jun 2013
M T W T F S S
« May   Jul »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
%d bloggers like this: