KERAJAAN PERLU SERIUS BASMI TABIAT MEROKOK DIKALANGAN RAKYAT

Kenyataan Media MAPIM
27 hb June 2013

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa kerajaan harus menunjukkan kesungguhan yang lebih serius untuk membasmi tabiat merokok dikalangan rakyat.

Sejak pelancaran kempen Tak Nak , sehingga kini nampaknya kempen membasmi rokok  tidak lagi menjadi agenda penting dalam usaha menangani gejala merokok dikalangan rakyat terutama dikalangan generasi muda dan kaum wanita.

dsc00206

Kami menegaskan akibat agenda kempen anti rokok tidak mendapat keutamaan lagi , bajet dua tahun yang lalu berturut turut tidak dikenakan kenaikan cukai untuk rokok. Sedangkan dalam kajian , terbukti kenaikan cukai adalah cara yang paling efektif untuk mengurangkan gejala merokok.

Rakyat Malaysia membelanjakan lebih RM 1.50 sehari untuk merokok, iaitu perbelanjaan rakyat semenanjung Malaysia sebanyak RM 4.6 juta sehari bersamaan RM 1.69 bilion setahun. Kerajaan mengutip duti eksais terhadap penjualan tembakau, rokok dan curut sebanyak RM 337.6 juta. Rakyat Malaysia mati disebabkan kanser paru-paru sebanyak 7,500 orang setiap tahun dan 90% adalah daripadanya adalah perokok. Jadi fakta ini sepatutnya dijadikan asas untuk menaikkan cukai kerana cukai aksais yang dikutip oleh kerajaan.

Akibat perhatian yang serius untuk membasmi merokok di Singapore ,  cukai di naikkan ke atas rokok sehingga ia mencecah lebih Rm 35.00 sekotak di negara tersebut.

Mapim mendapati kempen Tak Nak pada 2004-2010 anjuran kerajaan tidak memberi kesan yang diharapkan walaupun Rm 100 juta  dibelanjakan oleh kerajaan.

Kami memandang serius ketika kempen menghindari rokok dilancarkan , maseh ada kerajaan negeri tidak menunjukkan kesungguhan untuk menyambut kempen tersebut.

Kami mengesa agar premis makanan harus diharamkan menjual rokok sebagai perniagaan sampingan di kaunter pembayaran. Hal ini dapat dipastikan sebagai syarat ketika lesen premis makanan diperbaharui atau dipohon.

Kami juga menyokong supaya Shi’ sa  dan rokok Elektronik diharamkan kerana ia adalah langkah ke arah memastikan pengharaman unsur yang membawa kepada amalan merokok ini dibuat secara menyeluruh.

Kami menegaskan juga bahawa kerajaan perlu memberi fokus kepada  Fatwa Majlis Fatwa  Kebangsaan pada 1995 mengenai merokok adalah haram dan mengesa kerajaan-kerajaan negeri mengazetkan fatwa ini disetiap negeri.

Suatu usaha yang bersungguh harus dilancarkan agar Inisiatif awam untuk menguatkuasakan fatwa diperingkat qariah merokok adalah haram perlu dibantu oleh pihak berkuasa agama supaya fatwa tersebut dihormati.

Sehubungan dengan itu semua premis masjid dan surau dan tempat ibadat hendaklah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok dan jawatankuasa rumah ibadat diberi kuasa untuk menguatkuasakan larangan merokok dikalangan pengunjungnya.

Kami juga ingin menyarankan agar semua tempat awam tidak ada lagi sudut atau bilik merokok . Merokok hendaklah diharamkan secara total dimana sahaja kawasan awam tanpa kecuali . Tempat awam seperti lapangan terbang yang ada menyediakan sudut atau kamar merokok hendaklah ditutup dan seluruh kawasan tanpa kecuali adalah diharamkan merokok.

Untuk menghapuskan imej Malaysia sebagai syurga rokok , kawasan bebas cukai tidak dibenarkan lagi menjual rokok . Rokok perlu diistiharkan sebagai barang larangan dijual disemua kawasan bebas cukui.

Kami juga mengambil perhatian  bahawa dalam peraturan 22 dalam Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (pindaan) 2012 kuasa Menteri sangat luas untuk mewartakan mana-mana premis atau bahagian premis ,  bangunan atau bahagian bangunan, tempat atau bahagian tempat sebagai kawasan larangan merokok. Dengan yang demikian Menteri hendaklah menggunakan kuasanya dengan memperluaskan lagi kawasan merokok yang ditakrif sebagai kawasan yang mempunya akses awam.

Kami juga mendapati kuasa media kuat mempengaruhi tabiat merokok. Oleh kerana itu kami menyarankan agar semua babak lakonan dalam filem terbitan dalam atau luar negara  yang menunjukkan pelakon merokok hendaklah diharamkan atau disensor. Pihak Lembaga Penapisan Filem Negara hendaklah memasuk elemen merokok dalam mana-mana filem luar atau dalam negara yang menunjukkan babak merokok sebagai elemen yang perlu dipotong.

Kami menegaskan Malaysia perlu menegakkan peraturan semua tempat kerja awam dan swasta disemua kawasan kerja sebagai bebas rokok ( smoke free workplaces ). Ketegasan dan kesungguhan negara seperti Bhutan dan Ireland perlu dicontohi walaupun ada hal yang perlu dipertingkatkan keberkesanannya.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Jun 2013
M T W T F S S
« May   Jul »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
%d bloggers like this: