MALAYSIA PERLU TOLAK KERAJAAN TENTERA MESIR

Kenyataan Media MAPIM
5 hb Julai 2013

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menegaskan kerajaan Malaysia perlu menolak kerajaan tentera Mesir yang melakukan rampasan kuasa dan mengkhianati hasrat majoriti rakyat Mesir yang telah memileh Mohamed Morsi sebagai presiden Mesir secara demokratik dalam pilihanraya yang sah pada 2012 yang lalu.

51 % rakyat Mesir yang memileh Morsi untuk menjawat kerusi Presiden  Mesir tidak boleh diketepikan dengan mendakwa rakyat menolak beliau atas alasan demonstrasi yang diadakan yang tidak mewakili 3 % pun dari rakyat Mesir .

e2e7a4fc5500e5bdab16b870aef0e394_XL

Dengan hanya beberapa ribu yang menunjuk perasaan anti Morsi berbanding jutaan yang menyatakan sokongan kepada Morsi tidak melayakkan beliau dijatuhkan oleh tentera dengan cara rampasan kuasa.

Jika Kerajaan Malaysia menerimanya bermakna Malaysia menolak demokrasi yang mengabsahkan kehendak rakyat majoriti dalam sistem demokrasi.

Rampasan kuasa oleh tentera adalah pembunuh demokrasi dan akibatnya Mesir kini kembali kepada zaman regim tentera yang akan mengguna kuasa untuk mensasar aktivis Islam Ikhwan Muslimin di seluruh Mesir seperti era tiga Presiden diktator sebelumnya iaitu Jamal Abdul Naseer , Anwar Sadat dan Hosni Mubarak.

Alasan Ketua Angkatan Tentera Mesir , Abdel Fattah Al Sisi , bahawa Morsi tidak patuh kepada kehendak rakyat hanyalah rekaan untuk merampas kuasa , sedangkan seluruh rakyat tahu suara yang menentang Morsi pada hakikatnya adalah suara minoriti.

Dengan mengiktiraf Presiden interim yang menjadi  boneka kepada  tentera Mesir iaitu Ketua Hakim Adly Mansour , jelas membuktikan bahawa  kudeta yang dilancarkan adalah konspirasi antara tentera dan institusi kehakiman Mesir.

Bukan sahaja tindakan tentera dan Kehakiman melanggar prinsip demokrasi yang kononnya diberi kepada rakyat selepas Revolusi yang digelar Arab Spring 2011, malah ia adalah penghinaan kepada seluruh harapan dunia bahawa Mesir akan memberi hak kepada rakyat untuk menentukan pemerintahan sivil melalui pilihanraya yang bersih dan adil.

Malaysia perlu menyatakan pendiriannya untuk mewakili rakyat bahawa perampasan kuasa oleh tentera tidak boleh diterima sama sekali. Dengan yang demikian hubungan diplomatik dengan Mesir hendaklah digantung untuk sementara waktu.

Malaysia harus mencontohi Turki yang mengambil sikap yang tepat untuk tidak mengkhianati kehendak rakyat majoriti Mesir dan menyatakan penolakkan terhadap regim tentera yang mengambil alih kuasa secara tidak sah.

Mapim menegaskan tindakan tentera yang menahan Morsi dan mula menangkap pemimpin Ikhwan Muslimin adalah satu tindakan yang zalim dan ia adalah  pengulangan pendekatan regim diktator yang sebelum ini yang memusuhi gerakan tersebut. Tindakan ini mesti dihentikan dan dunia tidak boleh mendiamkan diri jika mahu mengelak Mesir berada dalam keadaan perang sivil yang merbahaya.

Masyarakat dunia perlu menerima Ikhwan Muslimin adalah gerakan  yang terbesar , mempunyai dokongan massa yang luas , jaringan rakyat yang tidak ada tolak bandingnya dan telah memilih proses demokrasi secara aman untuk memimpin Mesir. Malah ia mendapat majoriti kerusi di Parlimen pada pilihanraya Parlimen Mesir secara sah.

Namun oleh kerana ia mempunyai agenda Islam yang jelas dan kritikal terhadap hegemoni Barat , ada pemimpin Arab yang tidak senang dengan Ikhwan Muslimin menerajui kuasa di Mesir. Sebab itu Saudi , Syria , Iraq , Qatar dan UAE  menyambut baik rampasan kuasa oleh tentera dan perlantikan kerajaan interim untuk menyekat sokongan rakyat terhadap Ikhwan Muslimin .  Setakat ini hanya Turki , Tunisia dan Iran yang mengutuk dan menolak kudeta tersebut.

Mapim menegaskan Malaysia perlu membuat pendirian yang jelas untuk menuntut agar penindasan terhadap kelompok Islam dihentikan dan pilihan rakyat yang dibuat secara sah melalui pilihanraya Presiden 2012 hendaklah dikembalikan iaitu meletak semula Dr. Mohamed Morsi sebagai Presiden yang dipileh dalam pilihanraya secara demokratik yang pertama dalam sejarah Mesir.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Julai 2013
M T W T F S S
« Jun   Aug »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: