MAPIM KESAL RAMPAS KUASA DI MESIR

Kenyataan Media MAPIM
4 hb Julai 2013

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam (Mapim) menyatakan kekesalannya terhadap rampasan kuasa oleh tentera kelmarin di Mesir bila Presiden Dr. Mohamed Morsi yang dipilih rakyat diistiharkan oleh Ketua Angkatan Tentera ,  Fateh al Sisi , tidak lagi menjadi Presiden  Mesir .

Jelas rampasan kuasa itu ada persamaan dengan rampasan kuasa di Algeria pada 1992 bila FIS menang pilihanraya tetapi diambil alih oleh tentera Algeria. Rampasan kuasa tersebut telah meninggalkan 60 ,000 terbunuh dalam konflik yang tercetus berikutnya.

1002700_528412310558307_282923183_n
Kami melihat jelas ada kuasa dalam dan luar Mesir yang mendalangi untuk tidak membenarkan kelompok Islam menerajui kuasa di Mesir yang mempunyai lebih 90 juta rakyat.

Golongan liberal dan sekular diberi lonjakkan untuk menamatkan tempoh Morsi menjadi Presiden dengan mendalangi tunjuk perasaan di Tahrir Square.

Media Barat telah menunjukkan laporan berat sebelah bila tindak menunjukkan demonstrasi pro Morsi yang jauh lebih besar di sekitar bandar utama Mesir.

Ada konspirasi yang telah dirancang dengan rapi apabila kepimpinan tentera yang berada 3  dekad di bawah Hosni Mubarak tidak akan membenarkan Morsi yang mewakili Ikhwan Muslimun memerintah lama. Konspirasi antara tentera dan institusi Kehakiman yang sejak awal memusuhi kelompok Ikhwan Muslimin telah mendalangi rampasan kuasa tersebut.

Pemerintahan Islam sememangnya dicurigai dan tidak akan diberi laluan untuk berkuasa lama. Konspirasi untuk menjatuh pemerintahan Islam menjadi agenda utama golongan kuasa liberal dan sekular yang lebih cenderung untuk menyokong kuasa Barat.

Kami kesal revolusi Mesir yang telah menunjukkan potensi untuk keluar dari pemerintahan diktator selama 3 dekad dibawah  Hosni Mubarak , kini disabotaj oleh tentera dan institusi kehakiman Mesir untuk menjatuhkan Morsi.

Pergolakkan yang tercetus di Mesir ini membuktikan pemerintahan Islam walaupun dipileh oleh majoriti rakyat  melalui proses demokrasi yang sah , tidak akan disenangi oleh kuasa Barat dan Timur.

Ikhwan Muslimin yang ditindas lebih 80 tahun menjadi sasaran serangan oleh golongan sekular liberal . Jelas pihak keselamatan membiarkan golongan musuh Ikhwan Muslimin menyerang markaz kelompok Islam itu diseluruh Mesir .

Kami melihat cabaran golongan pencinta Islam diseluruh dunia untuk menerajui Islam  tidak disenangi oleh kuasa imperialis Barat . Oleh itu mereka harus lebih bersiap menghadapi cabaran ini .

Semua aktivis Islam perlu berwaspada menghadapi perancangan musuh dan bijak meneliti realiti politik yang mendepani usaha mereka mendaulatkan keadilan dan kebenaran Islam.

Mapim mengharapkan kepimpinan Ikhwan Muslimin di Mesir dilindungi Allah dari kezaliman pihak yang memusuhi usaha mereka untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam di bumi Mesir.

Seluruh kepimpinan gerakan Islam diseluruh dunia harus bersedia untuk membantu Mesir agar tidak meluncur jatuh semula ke gaung pemerintah kukubesi dibawah kuasa tentera.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM.

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Julai 2013
M T W T F S S
« Jun   Aug »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: