DUNIA MESTI BERTINDAK KE ATAS REGIM TENTERA MESIR YANG MEMBUNUH RAKYAT

Kenyataan Media MAPIM
9 hb Julai 2013

Mapim mengutuk sekerasnya pembunuhan perhimpunan aman penyokong Presiden Morsi pagi Isnin 8hb Julai 2013. Di laporkan lebih 50 orang terkorban pada waktu subuh ketika mereka sedang menunaikan solat akibat ditembak secara rambang oleh pihak  tentera .

Tentera yang menuduh kumpulan penunjuk perasaan mahu merempuh  kompleks Pertahanan adalah alasan yang telah dinafikan oleh pelbagai video spontan yang diambil sebagai bukti tentera telah menembak mereka yang samasekali tidak melakukan apa-apa melainkan hanya sedang bersolat.

mis1-jpg20130708102130-jpg20130708103651

(Antara mayat mereka yang terkorban dalam insiden 8 Julai 2013 – Gambar Anadolu Agency)

Kekejaman regim tentera yang telah merampas kuasa kini menunjukkan dengan jelas , tujuan menjatuhkan Morsi tidak berhenti hanya setakat menjatuhkan Presiden yang dilantik secara sah oleh rakyat tetapi seperti dijangka adalah untuk menghapus Ikhwan Muslimin dan menyerang mana-mana rakyat yang menentang regim tentera di Mesir.

Dunia tidak boleh terus menjadi penonton kepada perkembangan di Mesir yang bakal berhadapan krisis separah Syria jika tentera  Mesir dibiar melakukan keganasan ke atas rakyatnya sendiri.

Mapim mendesak supaya semua gerakan Islam memberi respon yang lebih konkrit supaya rakyat Mesir yang telah memberi mandat kepada Morsi untuk menjadi Presiden yang sah melalui sistem demokrasi pilihanraya yang adil ,  dipertahankan.

Mesir sedang menuju kepada keadaan yang semakin tidak stabil akibat tentera mendapat dokongan dari kuasa besar seperti Amerika untuk melakukan apa sahaja demi menghapus kehendak majoriti rakyat yang menyokong Ikhwan Muslimin.

Secara hipokrit  Amerika dan sekutunya menyatakan rampasan kuasa itu adalah untuk memenuhi kehendak rakyat yang kononnya tidak puasa hati terhadap pemerintahan Morsi serta didakwa tidak menghormati Perlembagaan Mesir. Ternyata demokrasi yang penuh hipokrasi ini sedang diguna oleh Ameirka dan sekutunya untuk menghalang kelompok Islam untuk memnerajui pemerintahan.

Ketua Angkatan Tentera Al Fatteh Al Sisi , Presiden Boneka Adli Mansour ,  dan Menteri Pertahanan Mesir  sekarang mesti bertanggungjawab penuh terhadap pembunuhan ini . Mereka adalah penjenayah yang mesti diheret ke Mahkamah antarabangsa atas dakwan jenayah kemanusiaan.

Mapim mendesak sekali lagi kerajaan Malaysia perlu menyatakan kenyataan yang tegas terhadap kezaliman tentera Mesir sekaligus menolak rampasan kuasa serta tidak mengiktiraf kerajaan interim Mesir yang ada sekarang.

Mapim menyeru rakyat Malaysia menyokong kebangkitan rakyat Mesir untuk berhadapan dengan tentera Mesir yang telah menjadi tali barut diktator Hosni Mubarak  dan alat kepada kuasa Barat lebih 30tahun di Mesir.

Mapim mendesak PBB  tidak boleh menjadi penonton kepada satu lagi situasi sebuah pemerintahan tentera membunuh rakyatnya sendiri. Tindakan mengembalikan kehendak rakyat yang memilih Morsi mesti dipertahankan.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Mapim

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Julai 2013
M T W T F S S
« Jun   Aug »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: