Rakyat Palestin sengsara ekoran konflik di Mesir

 

Anis Nazri, 10 Jul 2013

 

KUALA LUMPUR: Konflik yang melanda Mesir dengan rampasan kuasa pihak tentera terhadap Presiden Dr. Mohamad Morsi menambah kesengsaraan penduduk di Palestin.

 

Ini kerana penduduk Palestin, khususnya di Semenanjung Gaza bergantung kehidupan dengan Mesir dalam aktiviti seharian mereka, dalam mendapatkan pelbagai sumber kehidupan.

 

Malangnya, sejak rampasan kuasa di Mesir 3 Julai lalu, tentera Mesir telah mengarahkan agar satu-satunya pintu keluar dari Palestin di Rafah, Mesir ditutup.

 

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, yang mengecam penutupan sempadan Rafah itu, berkata sempadan Rafah adalah talian hayat untuk Gaza yang bertarung hidup dengan bekalan asas.

 

“Tindakan menutup sempadan Rafah ini telah mendedahkan penduduk Gaza kepada keperitan dan penderitaan yang baru, di samping kemungkinan Israel akan melancarkan serangan adalah satu senario yang tidak bileh diketepikan,” tegas beliau.

 

Beliau berkata demikian pada satu sidang media, di pejabat Mapim, di sini, hari ini. (Gambar)

 

Tambah beliau penutupan sempadan Rafah dengan alasan tentera Mesir sering diserang anasir dari tentera Hamas yang tidak terbukti kebenarannya, tidak boleh diterima.

 

Dengan pergolakan di Mesir, katanya tidak sepatutnya menjadi sebab penutupan pintu Rafah kerana rakyat Gaza perlu mendapatkan akses keluar, yang kini difahamkan lebih 1000 penduduk Gaza yang keluar untuk ke Mekah, telah terkandas di lapangan terbang di Kaherah.

 

Dalam masa sama, Mapim menyeru dunia agar tidak mendiamkan diri untuk melihat implikasi ke atas Gaza akibat rampasan kuasa di Mesir.

 

Sehubungan itu, beliau mendesak PBB dan Majlis Keselamatan PBB tidak menutup mata kepada kemungkinan Israel melancarkan serangan mengejut ke atas Gaza.

 

“Kami dimaklumkan wakil kami di Gaza, tanda-tanda kemungkinan berlaku serangan sudah kelihatan seperti persiapan tentera Israel di sempadan, operasi tinjauan udara dan media Israel yang memanaskan semula laporan bahawa Gaza adalah ancaman kepada Israel,” tegas beliau.

 

Susulan itu, beliau menyeru semua NGO di Malaysia untuk membuat persiapan bersama Mapim untuk operasi kecemasan yang diperlukan jika Gaza diserang sekali lagi.

 

Dalam pada itu, Mapim turut melahirkan kekesalan dengan penutupan Rafah ini memandangkan banyak projek-projek kemanusiaan ke Gaza yang dikelolakan Mapim turut tergendala.

 

Mapim, katanya bercadang untuk menyerahkan memorandum kepada Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) selain menuntut pasukan pengaman PBB ditempatkan laluan Sinai-Gaza yang dikatakan lokasi serangan ke atas tentera Mesir.

sumber : harakahdaily.net

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Julai 2013
M T W T F S S
« Jun   Aug »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: