MAPIM GESA MALAYSIA KELUAR DARI RUNDINGAN TPP

Kenyataan Media MAPIM
14 hb Julai 2013

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim)  berpendapat , dengan banyak perkara yang tidak menentu mengenai untung rugi dalam perundingan TPPA , adalah lebih baik Malaysia menarik diri dari kumpulan tersebut.

Dalam perbahasan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri  ,Datuk Seri Mustapa Mohamed  nyata membayangkan banyak perkara yang dikatakan Malaysia tidak akan bersetuju dan akan membantah untuk menandatangani perjanjian tersebut jika ia merugikan negara.

71799_4467742990579_819971423_n

Oleh kerana banyak perkara yang dirasa akan merugikan Malaysia dalam perundingan tersebut , mengikuti pusingan seterusnya  yang akan mengambil masa dan  menampung perbelanjaan wang yang banyak untuk menghantar  delegasi Malaysia akan hanya merugikan sumber negara.

Jika TPPA sudah menjadi isu yang dipersoalkan untung ruginya bukan sahaja di Malaysia malah juga diseluruh dunia , kenapa Malaysia maseh harus meneruskan penyertaannya .

Menteri yang bertanggungjawab tetap menyatakan perjanjian itu belum dimuktamadkan lagi . Oleh kerana itu adalah lebih selamat Malaysia tidak mengambil risiko dan memperjudikan nasib ekonomi negara hanya kerana merasakan ada keuntungan sedikit  dari TPPA tersebut.

Jika alasannya adalah hanya utnuk mendapatkan akses perdagangan yang menjadi dorongan untuk Malaysia menyertai TPPA , apakah perdagangan selama ini dengan banyak negara perlu diikat dengan syarat yang boleh menyulitkan masa depan ekonomi negara.

Mapim berpandangan Malaysia tidak perlu bergantung kepada perjanjian perdagangan yang mengikat dan mematuhi syarat yang terpaksa dipatuhi termasuk soal cara penyelesaian undang-undang dengan mengguna Mahkamah peringkat antarabangsa  ke atas Malaysia bila berlaku pertelingkahan.

Jikapun ada keuntungan yang diperolehi dari perjanjian tersebut , Malaysia harus ingat pengalaman negara-negara lain yang berhadapan dengan tindakan undang-undang antarabangsa bila berlaku pertelingkahan dengan US . Penyelesaian yang terpaksa tunduk kepada undang-undang luar menyebabkan negara yang memeterai perjanjian berhadapan dengan risiko yang berat.

Mapim tidak nampak bila Malaysia terlepas dari menandatangani FTA dengan US yang cuba dirundingi beberapa  tahun yang lalu , kenapa kali ini Malaysia mahu meneruskan pula perjanjian dalam TPPA yang implikasinya adalah sama.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Julai 2013
M T W T F S S
« Jun   Aug »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: