SARANAN ETIKA PAKAIAN WANITA DISOKONG

Kenyataan Media MAPIM
12 hb Julai 2013

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)  menyokong penuh saranan  MP PAS Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) di sidang Parlimen beberapa hari yang lalu  meminta agar Menteri Pembangunan Wanita , Datuk Rohani Abdul Karim memperketatkan etika pemakaian wanita di tempat awam bagi mengelak jenayah seksual berlaku.

Saranan itu adalah wajar bukan sahaja kerana ia adalah salah satu adab masyarakat Islam malah juga adalah adab yang perlu dihormati dalam masyarakat timur.

pakaian-muslimah

Mengujudkan peraturan pakaian bukan satu perkara yang baru. Banyak negara mengujudkan peraturan pakaian untuk menjaga ” kesopanan awam ” ( public decency ) walaupun peraturan yang dikuatkuasakan berdasarkan budaya masing-masing.

Akan tetapi oleh kerana Malaysia adalah negara yang mempunyai Rukun Kesopanan dan Ketatasusilaan sebagai salah satu Rukun Negara maka berpakaian yang sopan dan sesuai dengan tuntutan masyarakat timur hendaklah menjadi peraturan yang dihormati.

Kami menyedari bahawa saranan MP tersebut mengenai keselamatan kaum wanita yang sering terdedah kepada ganguan seksual dinegara ini sangat tinggi ada kebenarannya dan tidak dinafikan bahawa salah satu dorongan yang menyebabkan keganasan seksual keatas wanita adalah juga disumbang oleh cara wanita berpakaian.

Hujah mengatakan keganasan seksual keatas wanita tidak ada kaitan dengan cara wanita berpakaian adalah tidak benar kerana selain soal keselamatan wanita yang terdedah kepada keganasan ia juga termasuk isu kesopanan yang sepatutnya dihormati ketika berada dikhalayak awam.

Apakah pakaian tidak bersopan boleh dibenarkan di majlis resmi atau di majlis yang sepatutnya menghormati tetamu berbilang agama dan budaya antara kaum ?. Adakah kaum wanita suka menjadi tumpuan orang ramai ketika pakaian yang dipakai menjolok mata yang sama sekali tidak menghormati budaya orang lain ?

Pendapat MP Siti Zailah  itu jelas menyebutkan pakaian yang keterlaluan seperti pemakaian seluar dan skirt terlalu pendek di tempat awam itu merupakan salah satu punca berlakunya jenayah seks melibatkan wanita , bukan satu-satunya punca.

Tidak timbul soal diskriminasi gender seperti yang sering diketengahkan oleh kelompok yang memperjuangkan fiminisme Barat.

Malaysia harus tegas dan berprinsip dalam mengenengahkan isu peraturan pakaian untuk mempertahankan budaya dan tradisi pelbagai kaum yang hidup di negara ini dalam kerangka Rukun Negara yang disepakati.

Tidak perlu kerajaan terlalu tunduk kepada kehendak kelompok feminis yang berhujah atas alasan Hak Asasi Manusia yang tidak semuanya sesuai dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan negara ini.

Kami dengan itu menegaskan bahawa peraturan pakaian wanita dan para artis luar yang diundang perlu diwajibkan mematahui syarat berpakaian supaya budaya di negara ini dihormati.

Kami kesal dan menyelar pihak berwajip diakhir-akhir ini tidak mengambil kisah artis-artis Korea yang suka memakai seluar pendek ketika datang mengadakan persembahan di Malaysia. Akibatnya  budaya ini berleluasa di kalangan gadis di negara ini menyebabkan masyarakat awam tersinggung dengan gelagat tidak sopan mereka meniru budaya luar.

Mapim juga bersetuju supaya pakaian pramugari syarikat penerbangan di Malaysia yang memakai skrit pendek diubah supaya lebih bersopan . Jika ketika musim Haji , syarikat penerbangan membawa jamaah Haji ,  pramugari diminta berpakaian sopan , kenapa pada waktu lain pakaian mereka tidak menghormati orang lain dan menonjolakn budaya kebaratan yang berlebihan.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Julai 2013
M T W T F S S
« Jun   Aug »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: