HARAMKAN ACARA PERTANDINGAN RATU CANTIK DI MALAYSIA

Kenyataan Media TERAS
23hb Julai 2013

Teras Pengupayaan Melayu ( Teras ) berpendirian acara pertandingan Ratu Cantik bukan sahaja sepatutnya diharamkan kepada orang Islam malah ia sepatutnya dilarang untuk seluruh warga  Malaysia .

Sementara jelas hukumnya haram disisi Islam akan tetapi ia juga adalah suatu eskploitasi ke atas kaum wanita .

Sudah banyak gerakan dunia yang menentang acara pertandingan ratu cantik kerana ia adalah suatu penghinaan terhadap kaum wanita yang memperaga tubuh badan mereka kepada khalayak ramai.

Suara  Anti Pertandingan Ratu Cantik yang diketengahkan  mempunyai alasan yang kuat supaya acara ini diharamkan . Dibeberapa buah negeri di India seperti Manipur acara ratu cantik memang diharamkan . Ia juga diharamkan di negeri Utter Pradesh .

Peraduan ratu cantik dilarang disemua peringkat kerana dilihat hanya menguntung syarikat penaja untuk tujuan meraih keuntungan melalui ratu cantik yang diperaga.

Alasan yang paling kuat ialah tubuh wanita tidak sepatutnya menjadi barangan murahan untuk ditontoni oleh semua hanya untuk tujuan mendapat gelaran. Mereka berpendapat maruah wanita sepatutnya dilindungi dan dipelihara serta dihormati.

Ia dilihat mencemari nilai , budaya dan tradisi tempatan kerana kecantikan bukan terletakkan kepada memperaga tubuh separuh bogel , tetapi terletak kepada daya pemikiran dan maruah diri.

Kami mengesa agar ditegaskan supaya Malaysia tidak ada lagi pihak yang menganjurkan peraduan ratu cantik dalam bentuk apa sekalipun.

Jelas betapa acara pertandingan ratu cantik merendahkan martabat wanita . Ia tidak lain dari hanya memperaga wanita tanpa berfikir tetapi hanya menjadi simbol semata-mata.

Berjalan diatas pentas hanya  seperti memperagakan haiwan untuk dinilai semuanya dari bentuk tubuh , gigi , mata,  bulu ,  kerapian , cara berjalan dan sebagainya yang kemudian spesimen haiwan yang terbaik dianugerah hadiah.

Peraduan ratu cantik boleh dikategorikan sebagai acara yang berciri rasis yang disaluti bunga.

Sangat jelas Miss Malaysia hanyalah merupakan ” iklan bergerak ” untuk penaja yang menaja acara pertandingan ratu cantik . Ia menjadikan wanita hanya sebagai alat dalam sebuah strategi dunia perdagangan .

Adalah sangat menghinakan bila wanita dipertandingkan dengan kriteria persaingan “menang-atau-dianggap tidak bernilai” . Kaum wanita sepatutnya sedar betapa mereka yang terlibat dalam peraduan ratu cantik hanya dipilih kerana dilihat muda , menghairahkan dan dipromosikan sebagai idola.  Tetapi dalam peraduan setiap tahun bila pemenang baru diistiharkan , mereka yang dahulunya bersaing akan diketepikan .

Miss Malaysia yang dipuja akhirnya hanya menjadi model pelaris barangan dan ia tidak samasekali melonjakkan sahsiyah yang betul kepada masyarakat. Matlamatnya cuma untuk menjadikan wanita tidak lagi mementingkan pemikiran dan kualiti keperibadian yang unggul .

Kualiti seperti kepintaran , daya berfikir bukan menjadi keutamaan berbanding rupa dan tubuh yang menjadi ukuran. Ratu yang dilonjak sebenarnya hanya tubuh fizikal yang dipuja , bukan daya komitmen atau sumbangan kepada sesuatu idealisme masyarakat.

Sebagai akibat , kanak-kanak dan generasi muda terpengaruh untuk mengimpikan agar mempunyai rupa dan tubuh badan seperti seorang ratu cantik. Sementara anak lelaki diasuh agar bercita-cita menjadi pemimpin manakala anak perempuan pula hanya dinilai dari sudut rupa tubuh badannya.

Pertandingan Ratu cantik menanamkan nilai rendah diri kepada wanita terbanyak bila memuja seorang ratu yang diidolakan . Malah ia suatu perhambaan kepada wanita yang ghairah dengan fesyen kasut bertumit tinggi , fesyen mendedah tubuh yang terkini . Akhirnya wanita hanya dilihat sebagai makhluk yang hanya tahu membeli dan memakai barangan dan fesyen terkini.

Tidak ada manfaat untuk meneruskan acara yang sebenarnya dieskploitasi syarikat besar yang kemudian memperalatkan ratu cantik untuk melariskan pelbagai barangan atau perkhidmatan mereka.

Diakhirnya acara ratu cantik tidak membawa manfaat apa-apa semada kepada budaya mahupun kepada imej negara.

Malaysia tidak perlu meneruskan budaya memperaga kaum wanita seperti yang diperlakukan oleh kebanyakan negara Barat yang tidak mempunyai penghormatan terhadap kemuliaan dan status wanita yang sangt tinggi disisi Islam.

Kami mengesa agar pihak kerajaan mengujudkan polisi agar acara pertandingan cantik tidak lagi dibenarkan . Ia bukan sahaja haram disisi Islam malah bercanggah dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang menjadikan kebudayaan Islam sebagai teras budaya dinegara ini.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Teras
Tel : 0194744856
Lot  S 14 , Tingkat 2 , SP Plaza , Sg.Petani Kedah

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Julai 2013
M T W T F S S
« Jun   Aug »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: