KEKEJAMAN TENTERA MESIR MESTI DITENTANG HABIS-HABISAN

Kenyataan Media Bersama
SHURA dan MAPIM
28 hb Jun 2013

Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengecam dan mengutuk dengan keras  pembunuhan sekali lagi rakyat Mesir oleh tentera yang berlaku pada  Jumaat baru-baru ini.

Tindakan terbaru oleh tentera Mesir ini tidak dapat dikompromi samasekali . Ia adalah isyarat jelas bahawa demokrasi yang diperjuangkan oleh Revolusi 25 hb Jun 2011 sudah dirampas oleh tentera.

946289_562664960477284_208137849_n

Pada hakikatnya tentera tidak pernah memihak kepada rakyat kerana institusi tentera sejak Mesir merdeka dari sistem monarki telah menjadi komponen yang selama ini hanya memelihara kepentingan golongan elit pegawai tinggi yang menjadi budak kepada kuasa Barat terutama US untuk mencengkam dan menindas rakyat dengan zalim.

Tentera yang bergabung dan berkospirasi dengan kehakiman , golongan liberal ,dan sekular serta Kristian  Koptik dan kelompok mafia tamarroud adalah bertanggungjawab di atas pembunuhan ini . Atas alasan menolak pemerintahan Ikhwan Muslimin , mereka menerima bantuan Amerika untuk mengguling Morsi dan membunuh rakyat Mesir.

Tentera yang mengguna kononnya mandat dari rakyat dalam perhimpunan anti Morsi yang didalangi oleh tentera sendiri di Tahrir Square telah dengan sengaja menyerang peserta perhimpunan pro Morsi di kawasan Universiti Al Azhar menjelang waktu sahur pada Jumaat tersebut.

Kini angka kematian meningkat kepada lebih 100 orang dan lebih 1000 cedera dalam insiden Jumaat itu akibat serangan tembakan rambang tentera dengan peluru hidup  ke arah peserta demonstrasi .

Jelas tentera kini terang-terangan mahu mencetuskan perang sivil dengan rakyat sendiri yang boleh mengheret Mesir ke arah situasi seperti Syria. Ketua tentera , Fatteh Al Sisi , yang melantik dirinya sebagai Menteri Pertahanan selepas menggulingkan Morsi juga telah secara terbuka mengistiharkan akan ” membersihkan” Mesir dari ” teroris” yang ditujukan kepada Ikhwan Muslimin dan penyokong Morsi.

Dengan tindakan membunuh rakyat Mesir sendiri melalui serangan brutal ke atas peserta yang tidak mempunyai sebarang daya berhadapan dengan tentera Mesir yang dilengkapi dengan senapang , keretal kebal dan pemancut gas dan air pancut yang  beracun , bermakna peralihan kepada demokrasi yang diidamkan oleh rakyat Mesir hancur samasekali.

Sangat jelas kelompok anti Islam didalangi oleh tentera dan kuasa luar untuk menolak kemenangan Mohammad Morsi yang terpilih secara pilihanraya yang demokratik. Ini sangat jelas membuktikan demokrasi yang dilaksanakan tentera adalah demokrasi penuh hipokrasi.

Dengan melakukan jenayah paling hina iaitu membunuh rakyat sendiri yang menuntut demokrasi di kembalikan selepas piliharan parlimen dan presiden Mesir telah memenangkan calon-calon Ikhwan Muslimin , ternyata tentera yang menerima lebih 1 bilion USD daripada US setiap tahun menjadi alat untuk membunuh demokrasi yang memihak kepada kelompok  Islam.

Kami mendesak komuniti antarabangsa jangan mendiamkan diri . Rakyat Mesir tidak boleh dibiarkan dibunuh dengan zalim dan mereka yang bertanggungjawab dibiarkan terlepas dari dihukum.

Kami menegaskan Ketua tentera Mesir mesti dipertanggungjawabkan diatas pembunuhan kejam tersebut dan beliau perlu dibicarakan atas kesalahan jenayah membunuh dan genosid.

Kami menuntut Malaysia mengantungkan hubungan diplomatiknya dengan Mesir untuk menyampaikan mesej yang tegas bahawa tindakan tentera Mesir tidak boleh diterima samasekali.

Kami bertegas bahawa tuntutan rakyat Mesir untuk Morsi dibebaskan dan beliau dikembalikan sebagai Presiden yang sah adalah tuntutan yang wajar disokong oleh seluruh masyarakat dunia.

Kami mengusulkan gerakan Islam sedunia bersidang segera untuk merumuskan tindakan yang berkesan untuk menghalang pertumpahan darah berterusan di Mesir.

Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “KEKEJAMAN TENTERA MESIR MESTI DITENTANG HABIS-HABISAN
  1. DURING THE TIME OF HAZRAT MAHDI’S (AS) OCCULTATION (GHAYBAH), VIOLENCE, ANARCHY AND PKK TERROR WILL EMERGE IN SOCIETY, AND PEOPLE WILL TURN AWAY FROM RELIGION

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Julai 2013
M T W T F S S
« Jun   Aug »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: