BADAN BERTINDAK SERANTAU TANGANI ISU MESIR DITUBUHKAN

Kenyataan Media
29hb Julai 2013

Sebuah Jawatankuasa Bertindak Serantau Bebaskan Mesir (REACT Egypt –  Regional Action Committee for Free Egypt ) telah ditubuhkan hari ini di Kuala Lumpur. Lembaga ini diujudkan dengan tujuan mendokong dan mengambil inisiatif untuk mendesak pemulihan semula institusi dan proses demokrasi yang sudah dirampas oleh kudeta tentera Mesir yang menggulingkan Presiden Mohammad Morsi pada 3 hb Julai 2013.

Tema piawai dalam gerakan yang diketengahkan ini ialah MESIR :  HENTIKAN PEMBUNUHAN , PULIHKAN DEMOKRASI ( Egypt : Stop the Killings , Restore Democracy )

1002700_528412310558307_282923183_n

Jawantankuasa ini yang di Pengerusi oleh Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid , Presiden MAPIM telah merumuskan bahawa beberapa orang dikalangan individu dalam dan luar negara dirantau Asean yang dikenalpasti boleh menyumbang kepada inisiatif ini akan dilantik.

Pertemuan yang dihadhiri oleh Ahli Parlimen Tumpat yang juga Pengerusi Lujnah  Antarabangsa PAS YB Datuk Kamaruddin Jaafar serta wakil dari MAPIM , PUM , Citizen International ,  SHURA, ABIM , TERAS , DPPP bersetuju untuk mengambil beberapa langkah bertindak untuk mengangkat persoalan Mesir yang bergolak pada masa sekarang.

Secara asasnya isu Mesir harus dilihat dalam konteks global iaitu bila golongan Islam berjaya mendapat kuasa politik , kelompok fundamentalis sekular dan kuasa besar akan bertindak untuk menggagalkannya. Contoh dapat dilihat dalam kes di Algeria , Bangladesh dan Tunisia . Kini Mesir.

Oleh sebab itu inisiatif untuk membebaskan Mesir dari perangkap regim tentera yang bakal diambil hendaklah bersifat jangka pendek dan jangka panjang.

Jawatakuasa Bertindak telah menggariskan tindakan yang bakal diambil untuk menangani isu Mesir iaitu:

1.Menghantar surat gesaan kepada US , EU dan UK bagi mengguna kuasa mereka untuk menghentikan pembunuhan rakyat Mesir oleh tentera sekaligus mendedahkan hipokrasi kuasa besar dalam memberi respon kepada penggulingan Morsi. Dicadangkan seramai mungkin Ahli Parlimen dari negara rantau Asean akan didekati untuk turut menyokong gesaan ini yang akan disalurkan kepada negara-negara kuasa besar.

2.Mengirim  surat kepada Setiausaha Agong  PBB dan juga kepada Majlis Keselamatan PBB untuk segera menghantar pasukan  penyiasat di Mesir bagi mengumpul maklumat terhadap pembunuhan , penangkapan , penyiksaan dan pelanggaran hak asasi manusia yang kini berlaku akibat rampasan kuasa oleh tentera Mesir.

3.Menghantar surat  kepada pemimpin negara Cina , Russia dan Latin Amerika supaya menyatakan sikap membantah  kudeta dan pertumpahan darah yang berlaku di Mesir .

4.Menyatakan sokongan terhadap seruan Syeikh Yusuf Qaradhawi yang mengesa agensi antarabangsa segera menghantar pasukan pengaman untuk menyekat penindasan yang berlaku keatas rakyat Mesir oleh tentera.

5. Menganjurkan demonstrasi besar-besaran di hadapan kedutaan US di Kuala Lumpur kerana US turut menjadi dalang untuk menjatuhkan Morsi dan menaja kumpulan oposisi yang berkonspirasi untuk menggulingkan President pilihan rakyat.

6. Menuntut supaya Syeikhul Al Azhar , Ahmad Tayyeb menarik balik sokongan kepada kerajaan tentera yang ada dan meletakkan jawatan jika terus dengan pendirian mendokong perampasan kuasa.

7. Menyeru kepada semua NGO Islam supaya  pimpinan masing-masing menyuarakan sikap terhadap tindakan tentera merampas kuasa dan membunuh orang awam di Mesir.

8. Menyeru umat Islam membaca qunut nazilah terhadap tragedi umat Islam dibunuh dalam tunjuk perasan membantah kudeta tentera. Dalam masa yang sama menyampaikan khutbah khas mengenai permusuhan kuasa Barat terhadap Islam dan Mesir sebagai salah satu kes contoh yang perlu difahami oleh rakyat.

9. Memohon pertemuan khas dengan Menteri Luar Malaysia dan Menteri Luar Indonesia untuk menyampaikan pandangan dan tuntutan supaya pemerintah mengambil inisiatif untuk membantah insiden kudeta dan pembunuhan  yang berlaku di Mesir.

10. Mengesa OIC mengantung keahlian Mesir dan mengenakan tindakan sekatan ekonomi jika tentera terus membunuh rakyat.

11. Menganjurkan Persidangan Antarabangsa mengenai Cabaran Ummah Sedunia isu pergolakan  dibeberapa negara Islam seperti Bangladesh , Mesir , Tunisia , Pakistan , Afghanistan , dan lain-lain.

12. Mengusahakan wawacaran khas di media TV mengenai Isu Mesir.

Semua inisiatif ini diharapkan juga akan menggerakkan pelbagai Ngo Islam diseluruh dunia bertindak untuk memastikan kebenaran dan keadilan tertegak untuk umat Islam mendapatkan kembali kemerdekaannya dari regim tentera di Mesir .

Mohd Azmi Abdul Hamid
Pengerusi REACT Egypt

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Ogos 2013
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: