JANGAN BIAR NEGARA JADI SARANG MAFIA

Kenyetaan Media TERAS
31hb Julai 2013

TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS) mengesa pihak kerajaan benar-benar berusha untuk membenteras jenayah berat yang kini menjadi fenomena di negara ini supaya tidak membiarkan negara ini menjadi sarang kepada sindiket mafia melakukan jenayah upah bunuh.

Insiden yang berlaku kebelakangan ini menunjukkan adanya petanda bahaya sindiket penjenayah yang terlibat dengan jenayah pembunuhan secara terang- terangan semakin menjadi-jadi.

mafia-malaysia

Pengelaman negara Barat dan di beberapa negara lain yang dijangkiti dengan sindiket mafia yang bersedia melakukan operasi pembunuhan harus disekat dari berkembang di negara ini.

Bukan sahaja isu perundangan yang perlu dipertingkatkan malah yang lebih utama ialah penguatkuasaan yang didapati lemah dan tidak berkesan.

Pelbagai langkah seperti memasang CCTV juga bukan penyelesaian satu-satunya untuk mencegah jenayah.

Pihak kerajaan perlu mengadakan dialog nasional untuk melibatkan pelbagai pihak agar dapat melihat tren jenayah yang berlaku di negara ini . Jenayah kolar putih dan jenayah berat sudah dikenal pasti , tetapi kenapa pencegahannya kelihatan lemah .

Kami khuatir dengan berkembangnya jenayah bunuh dan rompak bersenjata yang semakin kerap di negara ini , masyarakat semakin hilang keyakinan terhadap institusi polis  semada mampu atau tidak menjadikan negara ini selamat.

Malah jaminan kepada ” whistle blowers” untuk dilindungi ternyata tidak berlaku apabila pihak yang memberi maklumat sering terdedah kepada ancaman disasar oleh penjenayah yang diupah.

Kami berpendirian meningkatkan bilangan anggota polis bukan jalan terbaik seperti yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi. Bilangan anggota polis serta meningkatkan kemudahan polis sudah pun dilulus dalam bajet beberapa tahun yang lalu , namun jelas insiden jenayah berat terus berlaku.

Kami mengusulkan agar pihak kerajaan juga mengambilkira perkembangan sosio-ekonomi masyarakat serta budaya hidup yang juga menyumbang kepada tren jenayah. Oleh kerana itu strategi yang lebih menyeluruh harus dilaksanakan.

Perkembangan kehidupan yang semakin tertekan dengan pelbagai masalah sosio-ekonomi menyuburkan kecenderungan orang melakukan jenayah untuk mencari jalan pintas mengatasi masalah.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “JANGAN BIAR NEGARA JADI SARANG MAFIA
  1. peribadirasulullah berkata:

    Berbagai usaha dan lakonan secara material bercampur maksiat kepada Allah SWT telah dilakukan untuk mencegah jenayah, sedangkan usaha untuk membunuh nilai-nilai Islam dan nilai-nilai murni secara terancang di semua peringkat dalam negara juga amat giat dilakukan- inilah punca sebenar jenayah boleh merebak kerana tauke kearah maksiat amat berkuasa dan dilengkapi dengan segala kemudahan canggih serta mendapat keistimewaan daripada pihak tertentu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Ogos 2013
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: