SEGERA ATASI INSIDEN KEMALANGAN JALAN RAYA YANG MENINGKAT

Kenyataan Media MAPIM
5hb Ogos 2013

MAPIM menarik perhatian pihak kerajaan dan semua pengguna jalan raya mengenai kadar kemalangan jalanraya yang kian meningkat menjelang sambutan Hari Raya.

Tidak dapat dinafikan , melalui berita setiap hari mengenai kemalangan maut , Mapim mengesa suatu tindakan yang drastik perlu dilakukan sebelum bilangan  nyawa yang hilang diatas jalanraya semakin meningkat.

xc2

Kami sangat khuatir , disebalik peringatan dan usaha pihak polis dan JPJ cuba mengurangkan kemalangan jalanraya , namun nampaknya ia tidak memberi kesan , malah semakin bertambah.

Kami sangat terkejut dalam beberapa hari kebelakangan ini kemalangan maut yang melibatkan beberapa ahli keluarga meninggal dunia menunjukkan insiden kemalangan sudah mencecah kadar yang sangat mencemaskan.

Kami kesal pengguna jalanraya maseh tidak mengikut panduan dan peraturan yang sepatutnya sehingga kemalangan terus berlaku. Sepatutnya dalam keadaan bilangan kenderaan di atas jalan raya yang bertambah dikala sambutan Hari Raya , pengguna perlu lebih berhati-hati , tetapi ternyata disebaliknya berlaku.

Kami juga berpandangan pihak berkuasa perlu mempertingkatkan usaha untuk mengurangkan insiden kemalangan jalanraya kerana maseh ada ruang lagi untuk menilai kenapa berbagai operasi yang dilancar oleh pihak polis dan JPJ tidak menunjukkan hasil sebagaimana yang diharapkan.

Kami berpendapat punca utama dari kemalangan yang membunuh lebih 7,000 orang setiap tahun di negara ini ialah kerana bilangan kenderaan yang sangat tinggi dan ditambah lagi faktor kecuaian pemandu .

Sudah sampai masanya suatu polisi yang tegas dilancarkan untuk mengurangkan bilangan kenderaan persendirian dan meningkatkan kualiti pengangkutan awam.

Masyarakat perlu disedarkan supaya kematian akibat kecuaian dijalanraya boleh dielakkan. Oleh kerana maseh ramai yang beranggapan bahawa mereka boleh terlepas dari tindakan undang-undang , maka pengguna jalanraya terus bersikap cuai dan tidak mempedulikan peraturan dan keselamatan pengguna lain.

Kami mengesa tindakan drastik perlu diambil agar Malaysia tidak termasuk pula dalam kategori antara negara yang mempunyai jalanraya yang tidak selamat di dunia.

Pada 2009 WHO dalam laporan Road Traffic Death Index ia telah meletakkan kedudukan Malaysia pada tahap ke 58 daripada 178 negara dari segi keselamatan jalanraya . Bermakna tidak selamat  berbanding Filipina, Myanmar , Indonesia dan Bangladesh.

Ini menunjukkan kita perlu melakukan tindakan yang lebih agresif untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan jalanraya secara menyeluruh. Faktor bilangan kenderaan , undang-undang dan syarat lesen memandu , tahap keselamatan jalan serta keselamatan kenderaan perlu diambilkira jika kerajaan serius untuk mengatasi kemalangan jalanraya sebagai musibah penyebab kematian yang semakin tinggi di negara ini.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Ogos 2013
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: