SIASAT TREN MENGHINA ISLAM YANG SEMAKIN BERANI

Kenyataan Media MAPIM
12 hb Ogos 2013

MAPIM mengesa pihak berkuasa menyiasat ada apa pada tren menghina Islam yang semakin kerap kebelakangan ini.

Bermula dari ucapan berbuka puasa dengan makanan tidak halal oleh dua pasangan bukan Islam, ucapan selamat hari raya bersama anjing sebagai gambar hiasan , dan sekarang  membenarkan upacara sembahyang penganut buddha  di surau orang Islam . Semua ini berlaku dalam masa yang terdekat ini.

surau

Kami khuatir semacam ada keberanian yang bertambah untuk melakukan perbuatan yang menyebabkan kaum Muslimin marah .

Kami berpendapat ini bukan soal tidak tahu sensitiviti orang Islam . Insiden ini tidak berlaku seperti sekarang berbanding waktu zaman awal kemerdekaan. Rasa hormat dan faham perasaan antara penganut agama di negara ini menyebabkan hidup yang harmoni antara orang Islam dan bukan Islam sangat dipelihara.

Namun nampaknya diakhir-akhir ini ada tanda keberanian pihak tertentu untuk melakukan sesuatu yang boleh mencetuskan kemarahan orang Islam sehingga perlakuan yang esktrim seperti yang berlaku kebelakangani ini.

Alasan bahawa mereka tidak berniat menghina Islam sama sekali tidak boleh diterima kerana jelas ia dilakukan dengan sengaja , dipromosikan dalam media sosial dan akhirnya mendapat reaksi ramai pihak.

Mereka pasti tahu sensitiviti orang Islam dalam hal-hal seperti tempat ibadat , kemulian bulan Ramadhan dan ibadat berpuasa , menyimpan anjing dan menunjuk-nunjuk berpelukan dengan anjing. Apa tujuan semua ini dilakukan? Adakah hendak mencabar atau menguji kesabaran masyarakat Islam atau sengaja mahu mencetuskan porak-peranda dalam masyarakat.

Kami mengesa pihak berkuasa agama dan dikalangan aktivis Ngo Islam agar tidak melihat isu ini hanya sebagai isu yang kecil dan sampingan. Tren menghina Islam jika tidak dibendung , keadaan selanjutnya akan lebih parah dan merbahaya.

Pihak keselamatan harus lebih peka dan pro aktif untuk menjangka keadaan yang bakal berlaku  jika tindakan tegas tidak diambil.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Ogos 2013
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: