TERAS GESA ORANG MELAYU JAGA ADAB EIDIL FITRI DAN ELAK PEMBAZIRAN

Kenyataan Media TERAS
7hb Ogos 2013

Menyambut Hari Raya menjadi salah satu perayaan yang sangat meriah dikalangan orang Melayu. Istilah beraya , balik kampung , berkunjung sanak saudara , bermaaf maafan adalah antara elemen yang terpuji yang menjadi kelaziman dan tradisi orang Melayu.

Akan tetapi terdapat budaya menyambut Hari Raya yang tersasar dari matlamat yang dituntut oleh agama yang kini menjadi  budaya orang Melayu. Dalam keghairahan untuk merayakan  sambutan Hari Raya Eidil Fitri yang sememangnya dituntut dalam Islam , kerapkali batas dan ruh merayakan hari kemenangan yang dimaksudkan oleh Islam itu tidak diamalkan oleh kebanyakan bangsa Melayu.

images

Malah orang Melayu terjebak dalam amalan jahilyyah yang diharamkan oleh Islam seperti gaya hiburan yang melanggar adab syariat Islam. Malangnya sehingga sekarang tiada ketegasan pihak berkuasa agama yang menegur dan melarang acara-acara yang bertentangan dengan Islam.

Maka terlihat betapa banyak unsur yang bertentangan dengan  Islam berlaku dalam tabiat dan gelagat menyambut hari raya dikalangan orang Melayu masakini. Segala kesan dan ajaran yang dipupuk dalam bulan Ramadhan untuk hidup sederhana dan meninggalkan pembaziran serta menjaga akhlaq Islam dilupakan dan dilangar semuanya.

Dari perbelanjaan yang berlebihan sehingga kepada hiburan yang melampaui batas dan melanggar syara’ , seolah-olah orang Melayu yang beragama Islam tidak banyak beza dengan orang bukan Islam bila menyambut perayaan berhari raya.

Menjadi suatu tabiat yang ketara bila melihat orang Melayu membeli belah untuk persiapan Hari Raya yang jauh dari keperluan yang sepatutnya. Membeli perabut dan kain langsir yang baru sehingga menghabiskan ribuan ringgit sudah tidak menjadi pelik lagi. Malah ada yang berusaha untuk membeli kereta baru kerana terpancing dengan segala tawaran istimewa yang memerangkap orang Melayu untuk berhutang , sangat berleluasa.

Tidak cukup dengan itu , menjadi semacam satu perlumbaan untuk bersaing menyediakan juadah yang berlebih-lebihan sehingga menjadi satu bebanan kepada mereka yang menyambut Hari Raya. Acara rumah terbuka disanjungi , tetapi kelaziman yang melampau-lampau untuk masyarakat hanya bertumpu untuk makan yang tidak berkesudahan akan melupakan umat Islam betapa sikap bersederhana dalam menyambut Hari Raya sangat penting diingatkan.

Demikian kami merasa kesal apabila media perdana ghairah mempromosi segala gimik jualan Hari Raya sehingga semangat Hari Raya yang sebenar diketepikan. Jika sebelum ini komersialisasi Iftar Ramadhan berleluasa kini komersialisasi Edil Fitri digandakan lagi.

Lebih parah lagi apabila sambutan dicambur baur dengan acara yang sama sekali tidak menghormati adab dalam Islam.

Meneliti segala acara dan rancangan hiburan yang dipromosi dalam TV menggambarkan adab Islam dalam menyambut Eidil Fitri hampir tidak dipeduli sama sekali.

Islam menuntut agar seluruh hidup termasuk untuk menyambut suatu perayaan yang disyariatkan mesti mematuhi dan tunduk kepada syarat yang dibenarkan oleh syariat. Orang Melayu sebagai bangsa yang disinonimkan dengan Islam tidak sepatutnya menunjukkan gaya yang tidak sihat , melanggar syariat ketika menyambut perayaan Islam, terutama dikalangan anak muda dan juga dikalangan kelompok artis dan penghibur tanah air.

Kami menyeru agar orang Melayu supaya meninggalkan budaya dan kelaziman yang tidak sihat yang menyalahi tuntutan Islam serta menunjukkan kepada masyarkat lain betapa bangsa Melayu yang diberi amanah sebagai pemikul imej Islam benar-benar memberi contoh sebagai Muslim yang boleh diteladani.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Pengupayaan Melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Ogos 2013
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: